story of my life: The truth about CONTACT LENS

l

 

Thursday 27 September 2012

The truth about CONTACT LENS


Assalamualaikum ...how are you ? i'm fine thank you.Itu lah ayat2 yang diajar teacher2 kite dri skolah rendah lagi.Teringat dulu saya time tadika..waktu tu baru belajar bahasa inggeris la katekan..so nak cuba la TRY AN ERROR .

FATIN : Paksu try la tanya apa2 kat fatin dalam bhasa inggeris.msti fatin boleh jawab.kat tadika teacher ajar     cakap bahasa inggeris.
PAKSU : ok.WHAT IS YOUR NAME ?
FATIN : (dengan yakin dan pasti dan pantas pulak tu lalu ku menjawab ) TODAY IS MONDAY !!! (siap buat suara semangat gituuu. >,< )
PAKSU : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAA (ketawa guling2 )
FATIN : awat gelak.betoi la.. (muka seyes )
ABAH : ( cuba ingin mnyampuk sebentar ).Adik..paksu tanya nama adik.bukan WHAT DATE IS TODAY? ....apa laaaaaa anak abah nih.kata terror bi.
FATIN : Tapi melodi paksu tanya td sama mcm teacher dok tanya pagi2.kami sllu jwb TODAY IS MONDAY la..
PAKSU : hahahaha.ok la..fatin memang 'pandai '

As the conclusion..ini bukan lah tajuk cerita hari ini.hehhe.saja ja nak tnjuk ckit episod OH MY ENGLISH versi lilo stitch.kui3.

One day,.saya ternampak rmai sangat yang mempunyai mata cantik2..kaler2..WOW.cantiknyee mata mreka.Kalau zaman tok kaduk dulu ,bila nmpak orang mata lain dri kaler hitam msti ckp 'dia ni kacukan nih ".Nowdays tak perlu kacukan..sudah cntik mata :) .Sebab apa??..taraaaaaaaaaaaaaa...ada lah alat bantuan diaa...CONTACT LENS.
APA TU CONTACT LENS ??ni nak habaq mai la apa tuh  contact lens .
definisi : kepingan yg diletak diatas bebola mata bagi menggantikan cermin mata@kaca mata dek kerana rabun.( kamus dewan bahasa cap ayam )

PAKAI CONTACT LENS ??BOLEH KE??
Dalam soal ini pun saya musykil.Dulu tak silap saya ,ustz ada cakap pakai contact lens haram.Tapi diharam untuk yang bewarna kerana ia boleh menarik perhatian lelaki ajnabi.Hal ini saya pernah tanya kat imam muda saya ,yes Hadhari. (ish dia lg ) ^^.dan dia cakap seperti ustaz tu ckap.sebagai lelaki dia tdak suka isterinya memaki cntct lens di khalayak rmai sbb boleh mnarik perhatian lelaki lain.kcntikan isteri hnya untuk suami mreka.awwww....sawiitttt kan.:D..Tetapi persoalan saya tak berhenti d ctu saja.Saya try search plak kat youtube kot2 ada ustaz yang berilmiah brckap mngenai hukum memakai conct lens.Cari punya cari..ustaz ganu dapatnyee..hee..dipersilakan USTAZ AZHAR IDRUS




But statement nih pon msih belum ckup bg sya..ok..try research lg..................................................................................................................

Fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:
"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang.Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto,
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagaiberlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.


Wallahu a’lam.

SEBAB APA PAKAI CONTACT LENS NI ?
1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

PERINTAH ALLAH KEPADA WANITA :
                                   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا 

ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ 

عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ 

أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ

 أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ 

أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ 

الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن 

زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ 

الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(24:31)  
 AKIBAT PAKAI CONTACT LENS :

Ada jgak dari blogger2 kita ni yang kena sakit mata sbab contct lens.tgok cni :


Berdasarkan apa yang saya dpat,saya boleh simpulkan bahawa mmakai contact lens tidak haram tetapi dilarang bagi memakai yang bewarna.Tidak bersyukurkah dgn kurniaan Allah beri pda kita.Mempunyai mata wlaupun sama kaler dgn org lain..tetapi msih boleh melihat sudah memadai.Tak perlu lah nak over the top dok pakai kaler2 nih.Tapi demi mengambil hati suami yang tercinta..tak salah kita nak memakainye..yela nmpak cantik kan.Suami suka isteri cantik2 depan dia.DEPAN DIA SAJA LA :)
KECANTIKKAN DALAMAN LEBIH PENTING :D





ehem ehem ..like je ?

Comments
2 Comments

2 taip taip:

  1. terkejut sakan !
    ingtkan blog saper td .... blog fatin rupanya ..haahaa...thumbs up!information yg amt sempurna sekali !
    dalam channel apa daaa...lupaa...........pakai kontak len nak cntik tapi bawa padah ....
    nak buat apa2 ikut landasan islam .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lerrrrrrrrrrr.selama ni taktau ka ni blog saye....haha
      thanx aiman.byak lg fatin kena baiki nih, :D

      Delete