story of my life: Pergi Pesta Tanglung ???Boleh ker???

l

 

Monday 24 September 2012

Pergi Pesta Tanglung ???Boleh ker???







Bismillahirahmanirrahim....Assalamualaikum ..ehemmm.rase kekok sesangat pulak nak update post nih.Lame bebeno teman tak update.Pada  pagi yang indah  ni...saya fatin zafirah bt ruhaiyem ingin mengatakan bahawa saya tersangatlah mengantuk.WHY ?? Because i had not enough rest since hari jumaat.well biasa la jumaat kelas..mlam jumaat..after iqrak  yassin saya on the lappy ..then apa lagii..movie movie mana movie ni haaaa..keje dan segala assignment tolak tepi2.Budak2 matrik msti faham sgt dgn situasi ini ya..sbb hari jumaat kelas ckit..time tuh kira anggap kelas takdoh dah leee.tambah lg yang ade gap tuh..kembang je idung..
starting cite lekaihh..

once upon jumaat ..i saw iklan pasal 'PESTA TANGLUNG'.then i felt..woww..msti best..time tuh mcm excited jgak la sbb last year ade jgak pesta tanglung nih dan mmg boleh dicakapkan totally MEMANG BEST.yelaa..time tuh lah pelajar matrik nak gather same2..student cina plak bt game mcm2 yang menarik minat kami.Maybe itulah keseronokkannye yg ada di pesta tanglung.But the main point dlam post saya kali nih.BOLEHKAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM MENGHADIRI PESTA TANGLUNG TERSEBUT ?
Tiba tiba hati ini terdetik rasa ragu2 sebab sebelum ni saya hanya fikir asalkan tidak ada niat untuk meraikan perayaan org kafir tetapi sekadar ingin menghormati agama lain adlah dibolehkan.Perkara ni saya terfikir apabila salah sorg adik roomate tny 'kak lilo,boleh ke kite pegi pesta tanglung tuh ?dulu klau tak silap yaya,ustaz kate haram'.At that moment saya terdiam .Saya seorang bekas pljar agama msih cetek dgn ilmu agama sbgini mmg takut nak jwb boleh atau tidak.So i need to make a call with my imam muda.yes Hadhari yes..dia la sapa lagi :D.Saya bertanya pasal pesta tanglung tuh..Hadhari ckp memang DIHARAMKAN kita sebagai umat Islam menghadiri upacara seperti itu.Saya percaya itu dan sya mula tertarik untuk buat siasatan lanjut..ini hasil yang saya dpat ........................................................


Bismillahirrahmanirrahim resimleri

وَالَّذينَ لا يَشهَدونَ الزّورَ وَإِذا مَرّوا بِاللَّغوِ مَرّوا كِرامًا ﴿٧٢﴾

Firman Allah Taala bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah Taala itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia maka mereka melaluinya dengan cara menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan: ayat 72). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: (Setelah Rasulullah S.A.W. melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman Jahiliyah).

Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir maka dia dikalangan mereka (orang-orang kafir). (Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruquthni). Berkata Saidina Umar R.A. bermaksud: Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah Taala) akan turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat al-Baihaqi).


As the conclusion..berdasarkan dalil2 di atas dapat disimpulkan bahawa tidak harus bagi seorang muslim menghadiri event seperti perayaan orang bukan islam.(pesta tanglung dan lain2).
Kita semacam meredhai dan memberi izin terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang menyalahi syariat Islam dengan kehadiran kita. Tapi Islam tidak pula melarang kaum-kaum bukan Islam merayakan hari keagamaan mereka sesama mereka. Sama juga macam isu kongsi raya di antara Islam dengan bukan Islam yang pernah diadakan oleh kerajaan Malaysia pada satu ketika dahulu. Dato Seri (Dr) Harussani Zakaria berkata adalah haram berkongsi raya seperti itu. Wallahualam. Sumber - www.iluvislam.com/forum. 

Saya juga manusia biasa tak lari dari membuat ksilapan .Saya dulu pernah hadiri pesta tanglung nih.But once bila kita dah tau ksilapan kita..memang wajib kita perbetulkan sebelum kita lebih terpesong.so that's all for today.tenkiuuu n Assalamualaikum :)



ehem ehem ..like je ?

0 taip taip:

Post a Comment