story of my life: 2012

l

 

Friday 7 December 2012

The Fatin's Tutorial part 2

Assalamualaikum :).selamat pagi,selamat petang,selamat malam.selamat segar bugar.selamat bangun dari tidurr.selamat segalanya :D

Lame betul kan rasanya aku tak update blog.disebabkan kebuzyan dan kemalasan yang melanda.memang takde selera lah nak update.tambah2 lg fon aku hilang time exam hari tu..rasa mcam --HMMMMM----.Taktau nak cakap apa.semua skrg urusan Allah nak menghukum org yg mencuri tu dgn apa cara.dan hukuman itu setimpal dgn apa yang dia lakukan.Bukan hak aku untuk memaki maki pencuri tuh.Bertambah dosa lg la aku ...agagaga.

Skrg ni pun mood tak ok ok sgt dgan blog.hanya ingin tnjukkan tutorial tudung yg ke 2 !!! :D.EXCITED GILERRR hhe..Actually cara tdung ni inspired by kawan aku,liyana nama beliau.dan aku yg buat tutorial disebabkan kemalasan dia aku yg pemangsa.(ayat apee nih).aku upload ni kat facebook yg nama lilo stitch tuh.Tapi kalau anda anda nak add..kat situ dah tak boleh .sila lah add di sini .Bukan nak promote ,tapi nak tayang.ngehehehe..tak lah,kalau rasa nak add ,nak tnya pasal tdung atau ckit2 psl agama(ckit je.ilmu msih cetek).boleh lah add.ok...now this is all about tutorial





based on this tutorial,aku nak cerita sdikit lah..shawl yang aku pakai tu shawl satin,the reason why I choose that satin shawl because it is no jarang2,,dan the material just nice...tapi kalau beli kat luar sane hrga shawl yg murah2 sllunye kualiti nye tdak brapa bgusss and kain nye agak sdikit keras.kalau the real satin yg baguss hrganye agak mahal.mayb dlm puluhan..korg sanggup kan?:P
then the second layer tuh kain bawal biase and bidang biase sje.aku beli kat uptown dpat rm8 shelai.murah kan?beli banyak2 lg murah.:D.
kenapa pakai mcm ni ?tak panas ke?
jwapannya..aku pakai macam ni sebab aku bukannya dri dulu brtudung labuh (except kat sekolah agama dulu)..tapi bila kita dh diberi cahaya dari ALLAH S.W.T why not kita mulakan dari sekarang.jangan tangguh2 smpaikan setan dah mula mghasut kita shigga niat murni kita pn dibiarkan.Banyak shawl jarang2 yg aku ade,tdung bawal yg kecik2 aku ade..dan rase rugi kalau tak pkai..nak bg kat org,takut tak elok plak bg tdung yang belum cukup ciri2 muslimah.ececeecece.
Aku tgk kwn aku liyana pkai sebegitu,rasa mcm menarik dan aku cuba aku BERJAYA ! .ehem sory excited terlebih sudah.ok takat sini sudah :)..pulang dulu ye 



ehem ehem ..like je ?

Saturday 3 November 2012

SOLAT SUNAT DHUHA .:)

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat dekat ibu pagi2 macam ni.dah lama tak balik rumah..rindu sangat.Pagi-pagi macam ni lagi rindu.:").Pesanan yang ibu selalu buat kalau pagi2 macam ni "adik ,pergilah buat solat dhuha dari dok ngadap laptop tuh.dapat jugak pahala"..Sincerely aku memang agak agak degil la.Kalau nasihat tu just masuk telinga kanan kluaq kot smua telinga .(mcm byak telinga sangat).Dear ibu,eventhough your daughter act like she doesn't love to hear you but she noticed you..she's listening every single word you have say even her face show a duck face (muka itik comey)..she is listening to you.she knows for every words that u've told her were true...

about Dhuha..
Dah lama nak buat.tapi tak buat sebab beberapa factor : 1.mengantuk di pagi hari
                                                                                      2.malas...
                                                                                      3.malas lagi...
                                                                                      4.malas lagi lagi.

Memang tak boleh jadi ni..Sampai bila aku nak jadi kawan syaitan .oh mannn...syaitan is not a friend of yours as well as mine.They are not really good in friends..mereka tu ahli neraka jahanam.hampa mau kawan..??so go on,senang sahaja..bukak aurat,dedah sana dedah sini,mencuri, etc.

What Dhuha..
Sedih..ada jugak muslims (in ic je la) tak tahu solat sunat dhuha tu ape and kalau tahu pun tak tahu apekehel kena solat dhuha.Nak share sikit lah..aku tahu solat dhuha ni lepas tengok cerita 'DHUHA'.Seorang budak tu nama nya Muhammad Dhuha...suka solat dhuha time rehat,and because of that dia selalu lambat ke kelas.Dan the most sad part dia kena marah2 dgn sorang cikgu laki yg sangat garang tahap perhhh perhhh.Lastly dipendekkan crita budak tuh meninggal dunia sbab excident .Depan mata cikgu yg garang tuh..lpas tu cikgu tu tak pernah tinggalkan solat sunat dhuha and dia mnyesal marah2 + tuduh2 budak tuh.-theend-

Dari cerita tu aku tanya ibu ,'ibu..APE TU SOLAT DHUHA?? ' (comel je kan aku tny?ahakss).She replied.
'solat dhuha tu solat sunat .solat tuh boleh dilakukan dari pukul 8 sehingga sblum tengahri.'dan ini sahaja aku mampu berkata 'oooooooooooooooooooooooo'.

Fadhilat dhuha..(copy and paste je mampu )


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

cara solat sunat Dhuha :







Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher














    Alhamdulillah..hampir setiap hari aku berkesempatan melakukan solat sunat dhuha.Bila study pun rasa aman .tak perlu tensionkan diri.Allah kan ada :)

    p/s : sempat lagi ni nak solat sunat dhuha .haiyya haiyya :)
    ehem ehem ..like je ?

    Sunday 14 October 2012

    korang pernah tak.....


    Korang pernah tak .......


    1. Time tgok cermin dgn kawan ,korg akan tengok diri korang ,pastu tngok kwn korang dkat cermin,pastu tgok balik diri korg dan brkata "cantik /hensem lg aku"pastu senyum.
    2. Gali hidung blakang org pastu calit kat tempat lain selain baju korg.
    3. cakap "mulai esok nak diet" ,dan esokknye korg makan nasi lemak sbb nasi lemak tu sedap dan kegemaran korg.
    4. waktu kecik2 suka lukis gmbar burung bentuk v.
    5. terkentut kuat dpan kawn lepastu korang bg statement kalau kentut kuat tak busuk sbb tu angin je (dusta smata mata.haha)
    6. buat-buat tersilap bg msej kat bf/gf korg supaya diorg jeles ingat korg msej dgn laki/pmpn lain.(cari pasal nme nye nii)
    7. gigit kuku bg pendek bila tiba2 kat skolah korg ada buat spotcheck kuku.
    8. ckap dkat crush korg yg korg ada suka seseorg ,pdahal korg suka dia.
    9. main surat cinta,baling2 dlam kelas.(gatai kan ?)
    10. ckp kat kwan korg benci kaler pink pdahal korg suke sgt bnda kaler pink sbb comel.
    11. bila msuk pnggung wyg,atau bas korg harap org yg duduk sebelah seorg yg cntik/hensem.
    12. ckap kat kwn korg 'dari td aku nmpak org tu pandang aku'.padahal org tu bru terpandang korg time tuh.
    13. wktu kecik2 pasang kipas pastu ckap dpan kipas.suara getar2..pastu rsa seronok
    14. wktu lukis pemandangan..kita lukis bukit..tengah2 bukit tu mesti ada matahari.
    15. rasa sakit perut mcm na tberak bila nervous..tapi hilang sakit..bila dah hlg nervous.
    16. nak cari pakwe mcm imam muda tapi malasnyeee nak mngaji.
    17. rasa nak pakai tudung macam dena bahrin tapi takut org label 'meniru!!'
    18. klau gaduh dgn kawan ,mesti salahkan kawan pdahal diri sendri yg mulakan.
    19. kalau nak ponteng kelas ajak kawan sbab taknak nnt kantoi korg saje yg kena.
    20. wktu kecik2 dulu time nak ttup peti ais korg tutup pelan pelan sbab nak tgk bila lampu tu tutup sndiri.
    Saja bosan2 buat post nih.so korg pernah alami yg mna 1?ke semuanya???!!!!!! 


    ehem ehem ..like je ?

    Oh bakal ibu mertuaku


    Assalamualaikum..
    Hari ni hari yg 'sangat segan ' kenapa?kerana lilo sudah berjumpa bakal mak mertua beliau -,,,-.
    Ibu aku buat makan2 kat surau tadi..abah Hadhari ada bwak kwn buat pengenalan pasal an nidaa'..ok sebelum tu kite cite ckit pasal an nidaa'.AN NIDAA' ??ape tur..

    An nidaa' ni satu pertubuhan gerakan islam..untuk tahu lebih lanjut boleh tekan sini 

    Apa yang aku nak crita kat sni sbenarnya aku nak maklumkan yg aku sgt lah rasa bersalah dan malu?WHY?
    Because of aku terlalu segan dgn umi hadhari.tak tahu lah knpa,dgn macik lain aku ok je nak ckp2 tapi dgn umi dia aku malu terlebih smpai sbabkan aku jadi diam mmbisu.

    First jumpa dulu kat rumah hadhari..Time tuh kan tah2 mak dia aku tak boleh ckap.yela..kan aku diam je memanjang.ckp sepatah pun tak.Aku mane pernah nak sembang ngn macik2 sebelum ni.Bukan taknak,tapi taktau mcamana nak mula.Then sejak tu hadhari suruh aku berusaha untuk ambl hati mak dia.At first memang aku terasa dgn kata2 dia..Dia ckap ptutnye aku ambil hati umi dia,tapi kakak aku pulak yg rancak sembang ngn umi dia.memang aku rasa down betul time tuh.Aku rasa mcm aku ni tak layak...'tak layak' adalah 2 perkataan yg mnyakitkan T-T.

    Balik dari surau aku mula buat research..aku google search je.Itu sahaja aku mampu.,.wuuuuuu...oh ibu mertua ku (mood gtaaii)

    Aku search punya search...benda yg sama ja aku jumpa..selalunye tips nak ngam dgn bakal mertua nih

    1. Jangan buat benda yang dia tak suka.Ini memang aku kurg stuju.Kalau aku tak berckap dgn dia..mcamana aku nak tahu dia suka atau tak.
    2. Seelok eloknya kalau berjumpa lebih manis berbaju kurung.Yang nih aku siap pakai jubah.Mana lg manis?hehe
    3. Kena tunjuk rajin depan dia.Ya Allah....rajinkanlah hambaMu ini yg sejak azali nye susah beno nak buat keje.adehh

    Itu la antarenye..dan aku tak tahu lah setakat mane tips ni berkesan..
    Serius sedih wehhh..nak kawin tapi otak aku mcam belum matang je lg.hmmm..sdey teramat.Mesti ibu dia tak berkenan sgt.takut.Kawan2 bantu la sye...:(
    keluarga kami



    ehem ehem ..like je ?

    Thursday 11 October 2012

    Kenapa aku berubah ?




    Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum :).Firstly nak ucap syukran to Allah cuz beri aku peluang menikmati oxygen di muka bumi ini,berjalan dgan perfect,dapat makan dan minum dgn sempurna,dpat melihat keindahan alam dan segala ciptaan Allah ,dpat menyanyi seperti biasa (eh nynyi ?)..hahaha..tdak lah,dpat mnikmati dan mngalunkan bacaan al-quran ,ALHAMDULILLAH.Teramat bersyukur..
    Tujuan aku mengepost ni bukan sebab nak memberi announcement bhwa aku sudah brubah .noooo.Aku tak rsa pun aku sudah cukup2 brubah.means bnyak aku kena change diri aku ni lgi..This is because a part of my frens rmai bertanya

     'Kenapa kau pkai mcam ni skrg ni '.Lalu aku bertnya balik sambil angkat kening sprti ZIANA ZAIN ."Asal?aku nmpak lain ke dari dulu'.Si peminat ZIANA ZAIN pun bertanya lagi..'A'ah..dulu mcm fashion2 ckit (cover ayat supaya aku tak trsa,it's good bebeh),skrg kau da mcm ala ala ustazah.kenape?'.aku senyum lalu...

    Here it is,..
    Dulu YES mmg aku agak jahil.Sincerely I admit yang aku sgt tidak menitik beratkan soal agama aku,Islam ,dan soal aurat aku.As a girl who was be in islamic school mcm aku mmg sgt rugi kalau tak praktikkan apa yang selalu diamalkan zaman skolah dulu.Pernah aku ditanya sorang kwan aku time bru2 msuk matrik ,

    "Fatin,kenapa aku tngok semua kwan2 skolah kau dulu pkai tdung labuh kat cni ,kau je tudung biase "..it's kinda  harsh.but thanks dear,soalan kau ini mmbuka minda dan hati aku untuk brubah .

    Dan di sini aku nak tegaskan sekali ini ,prubahan aku ini bukan sebab seorang makhluk Allah yang diberi nama lelaki.Ok memang la org akan kata mcm ni 'Fatin tu berubah sebab pakwe dia IMAM MUDA .'Definitely wrong'.Bagi aku kalau prubahan mcm ni hnya sbab seseorang,tak akan kekal.Mungkin akan kekal kalau dia betul2 brubah , tapi kalau hnya kerana kekasih ,dengan izin Allah perubahan dia tidak ttap.
    Kalau la pakwe korang tinggalkan korng lepas korang berubah.Dan korang berubah pon sebab nak ambil hati dia ,dan nak tunjuk kat dia  'i dah brubah ni syggg'.(sgt lah tidak ikhlas.hoho).Korang akan sedih dan sedih dan korang akan fikir.'jadi macam dulu lah '.Tambah lg setan suka whisper2 nih.

    Lagi pun..before aku kenal H.Aku dah tergerak hati untuk mnukar penampilan aku.SINCE WHEN ?
    1.First, kwn baik aku liyana yg dahulu nya sgt pndai bergaya sudah bertudung labuh.Aku tergugat.
    2.Since aku baca blog dena bahrin.aku rasa i should change untuk merebut kasih syang Allah.
    3.Hidup aku mkin tak tentu arah,tatau mana satu point aku.Macam hari ni aku suka org tuh.esok aku tak   suka dia.mcm tu lah.

    APA JADI AFTER AKU MELAKUKAN PERUBAHAN ?
    ALHAMDULILLAH..aku lebih tenang dan selesa dgan pemakaian aku sekarang .Biasalah kalau aku kadang2 ke kelas lupa pkai handsock,sarung kaki .'Saye budak baru belaja.maafkan saye "(smbil buat muka comel mcm cekodok ).Aku sekrg sedang dlam proses menyesuaikan diri dgn personaliti baru.ewahhhh.
    Dear my friends,Doakan aku agar aku kekalkan dan majukan perubahan aku.Mane tahu aku bley jd mcm bawah nih
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    InsyaALLAH :)
    Setakat ini aku selesa dgn penampilan aku.Tak semestinya org yang ttup aurat nih tak boleh bergaya,tetapi jgn lah berlebihan.kaum hawa boleh lagi jd cantik dgn pemakaian muslimah.Kalau korang pernah dgr,mostly kaum adam mesti akan kata 'yang bertudung jgk nnt aku nak ambil jd isteri '.So yg tidak bertudung?mcmana mereka ?Jangan risau syg...awak2 yang freehair msih ada masa untuk brubah..tp ingat kalau ajal ttap ajal.tak boleh kita nak postpone ajal kita mcam kita dok postpone assignment tuuurr..Kan seronok kalau 1 dunia menutup aurat ^_^.

    Itu sahaja la kali nih.nak pi mandii nih..ayaq kat kmpk ni takda la pulak.dugaan Allah.siapa sangka :)Let's face it with a smile.jom p angkat ayaq ngn baldi.hewhewhew.

    p/s : korang perasan capital H ?lain2 kali aku cerita pasal dia..Tapi tgu kami kahwin la baru aku crita.haha.





    ehem ehem ..like je ?

    HARI anti couple


    Assalamualaikumm !!~.
    how are you?fine ?GREAT.!.
    soryyy sengal ckit.Tension sbab first ayaq takda,second dok pkir pspm .hehe..tp it's ok,insyaALLAH Allah akan permudahkan apa yg susah jika kita berusaha dn brtawakal :)

    This is about today.today adalah hari 'ANTI COUPLE' di kmpk.Semua ini angkara JPP KMPK.kelasss gituu.buat hari anti couple.So siapa2 yg anti couple boleh lah memakai pkaian purple or pink.Untuk girls jela,boys aku tak tahuu.

    syida,anies,n..............???plis fill in the black.:Dsory.
    Sebab ape ye 'anti couple' ni dibuat.
    Bagi aku mungkin nak elak terlalu berleluasa kes couple2 nih.Nak elakkan pengarah kami dpt cucu sblum masenye :D.Jujur la aku cakap kes couple kat kmpk ni mnjdi jadi.Aku pergi mane2 je nmpk org dok dating.Memang korang suke kan aku jalan tutup mate.But what for dating dlm matrik yg kecik.hari2 jumpa.tarak bosankah?Ikut suka lah.pndai buat pandai tanggung.jgn smpai terlebih lebih bila dating. :)

    Aku ini anti couple ke?
    Boleh tak aku taknak jwab soalan nih>?ngehehehee...(aku tak pakai pun bju pink or purple :D )
    Fine..aku plih tgah2..bagi aku couple is not haram..but perbuatan semasa couple itu yg mengharamkan..Macam aku ckap sbentar tadi,pandai buat, pandai tanggung..Ade jgk aku pernah tgk ustaz dan ustazah couple.but diorg tahu batas nya..Dan yg penting ustaz tu perlu ade niat untuk mengahwini ustazah itu.itu yg pnting.dan jgn tangguh lama2..da ckup duit minang je trus.takot2 bila tak tahan nafsu..haaaa..mcam2 boleh jadi .

    ain,slay and catalys.

    dataran kmpk.see..rmai jgk pkai pink purple

    tak kenal.tapi tape diorang tak nmpak.haha


    Itu je aku ade gmbarnye..the end-
    ehem ehem ..like je ?

    Wednesday 10 October 2012

    cerpen : Aku dah kawen sekarang !!!!


    Assalamualaikum :)..cerpen lain lg..actually fatin tatau nak update apo dah..nak exam,dok pkir pasal study je (pikir le sgt ).kadang2 bosan tengok2 la blog org .Pastu ada terbaca crita nih.ni fatin copy and paste je dari blog dia.cerita sempoi2 je.tp bila bca lagi bawah .mula dah ayaq mata kuaq.sedehhh2.sila la baca ya :)


                                                                                    Tajuk Cerpen : Aq da kwen skrg!!

    Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..




    Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..




    Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..




    Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.




    Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.




    Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.




    Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.




    Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..




    Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.




    Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..




    Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??




    Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!




    Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!




    Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..




    Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..




    Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.




    Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!




    Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!




    Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..




    Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??




    Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!




    So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..




    Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!




    Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??




    Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.




    Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!




    Aku buntu..




    Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..




    Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.




    Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..




    Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..




    Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!




    1 Julai 2007,


    Buat suami yang baru kupunya,
    Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
    Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
    Ara memang cinta padamu,


    Dan Ara menangis bila abang melamarku
    Buat suamiku yang baru kupunya,
    Luaranku mungkin nampak sempurna,
    Luaranku mungkin ramai yang terpesona,


    Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
    Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
    Buat suamiku yang baru kupunya,
    Andai abang ingin melihat Ara ketawa,


    Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
    Andai abang mahu Ara berjenaka,
    Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
    Kerana Ara tak mampu berbica,


    Seperti orang lain berbicara,
    Kerana Ara tak mampu ketawa,
    Seperti orang lain ketawa


    Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
    Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
    Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
    Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


    Yang benar,
    Isteri yang menyanjungmu.




    *Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..




    Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?




    4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?




    Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.




    Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.




    Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.




    “Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”




    Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..




    Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..




    Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..




    (T.T)

    ehem ehem ..like je ?

    Saturday 6 October 2012

    cerpen : aspura anti aspuri part 2

    16

    Zaman persekolahan...


    Setelah lama mebuat persiapan untuk perbahasan, kontinjen sekolahku mulai bergerak ke medan peperangan bahas – SM Sains Kubang Pasu – dengan menaiki bas SM Sains Alam Shah (ASIS). Kami terpaksa menumpang bas sekolah tersebut memandangkan kedudukan sekolah kami yang dekat. Malah, hanya lapan orang wakil sahaja yang berjuang demi nama sekolah – empat pembahas Bahasa Melayu dan empat lagi pembahas Bahasa Inggeris. Pemain bola keranjang – lelaki dan perempuan – terkandas dalam saringan zon.

    Ketika di dalam bas, hanya Fazilah dan Didiana sahaja pelajar perempuan. Aku dapat melihat riak ketidakselesaan terpamer di wajah mereka berdua terutamanya Fazilah. Seringkali dia diusik oleh pelajar-pelajar ASIS lantas membuatnya masam mencuka.

    Bas berhenti sebentar di RNR Tapah untuk berhenti rehat. Fazilah menjadi orang yang pertama turun dari perut bas disusuli Didiana. Aku terdengar Fazilah merungut sesuatu seperti bau busuk, miang, tekanan… Hmm, apa-apa sajalah engkau labu! Apa yang penting perut aku perlu diisi dahulu sebelum aku jatuh gastrik.

    Lewat tiga minit sebelum pukul dua petang, aku masuk ke tandas. Perutku entah mengapa tiba-tiba memulas. Mungkin kerana terlalu banyak makan. Tadi aku makan nasi goreng USA ayam, dua pau kacang hitam, menumpang rasa sup tulang Lukman Afizi, dan dipelawa oleh kenalan baruku (Hazaril Naim, ASIS) untuk merasa tembikai kuning yang baru dibelinya. Inilah akibatnya kalau tidak mengikut sunah nabi dalam etika pemakanan – BERHENTI SEBELUM KENYANG!

    Seperti biasa, etika berada di tandas aku amalkan. Pertama, baca doa masuk tandas. Kemudian, melangkah masuk dengan kaki kiri. Bahagian ini ramai orang terlupa – mereka masuk tandas dengan kaki kiri lantas menyarungkan selipar bermula dengan kaki kiri. Walhal, sunah nabi mendahulukan kaki kanan dalam memakai alas kaki. Oleh itu, aku meletakkan kaki kiriku di atas selipar kiri (tanpa menyarungkannya) kemudian kaki kananku menyusul dan dimasukkan dalam selipar kanan. Barulah selepas itu kaki kiri dimasukkan ke dalam selipar kiri. Aku sentiasa berwaspada agar kakiku tidak menginjak lantai tandas kerana kotorannya membahayakan kesihatan.

    Doa Masuk Tandas

    Posted Image
    Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.


    Selesai hajatku disempurnakan, aku melangkah keluar dengan kaki kanan disusuli kaki kiri. Doa keluar juga turut dibaca dalam hati. Pesan ayahku, jangan baca doa dalam tandas. Baca sebelum melangkah masuk atau selepas melangkah keluar. Nama tuhan tak elok dibawa ke tempat kotor seperti tandas.

    Doa Keluar Tandas

    Posted Image
    Aku memohon keampunan daripadaMu.


    Dari jauh, aku terlihat Fazilah mundar-mandir. Mukanya cemas. Atau merah padam. Atau wajah menangis. Aku sendiri tidak dapat mengecam ekspresinya ketika itu kerana aku tidak arif tentang kaum Hawa. Aku segera mendekatinya.

    “Mengapa dengan awak?” aku tanya sebaik sampai di tempatnya berdiri.

    Serta-merta Fazilah mengesat air matanya. “Addin! Awak pun tertinggal jugakah?”

    “Tertinggal?” ulangku. “Tertinggal apa?”

    Fazilah tidak dapat membendung kesedihannya. Air matanya mulai tumpah mencurah-curah. “Kita dah tertinggal bas!”

    “MasyaALLAH!” Jantungku seakan ingin meletup mendengarnya. “Dah lamakah bas tu jalan?”

    “Adalah dalam 20 minit. Saya pergi ke surau tadi. Buat solat jamak qasar. Alih-alih bas dah hilang time saya ke sini,” jelas Fazilah dalam sedunya yang cuba dikawal. “Awak ada bawa telefon bimbit tak? Telefon saya dalam bas.”

    “Ada. Tapi nak telefon siapa?”

    “Telefon Cikgu Masrah atau Cikgu Redzuan. Mereka berdua bertolak pukul dua setengah dari sekolah,” cadang Fazilah.

    Lancar jari-jemariku menekan punat telefon. Nama Cikgu Redzuan terus tertera. Dalam hatiku tidak putus-putus berdoa memohon diberi pertolongan. Hish, macam manalah mereka dalam bas tu boleh lupa kami berdua! Rungutku dalam hati.

    Sekejap sahaja menunggu, panggilanku terus diangkat. Aku memberitahu masalah yang menimpa aku dan Fazilah kepada Cikgu Redzuan. Nasib baiklah Cikgu Redzuan dan Cikgu Masrah belum melewati RNR Tapah. Dalam empat puluh minit mereka mungkin akan tiba untuk mengambil kami berdua.

    Sementara menunggu, aku dan Fazilah duduk-duduk di tempat menunggu yang disediakan. Mata Fazilah masih bergenang tangis. Hujung lengan bajunya dijadikan pengelap tangisnya. Simpati melihat duka Fazilah, aku menghulurkan tisu. Dengan ragu-ragu, dia mengambil tisu tersebut. Macamlah aku bubuh minyak pengasih dalam tisu tu sampai nak ambil pun kena berfikir panjang. Gumamku dalam hati.

    “Terima kasih,” ucapnya perlahan.

    Aku mengangguk. “Sama-sama.”

    Kemudian, suasana kembali senyap. Aku pandang kiri, Fazilah pandang kanan. Seolah-olah kami menjadi kaku dan cuba mengelakkan daripada melihat sesama kami. Kalau ada Lukman Afizi dan Didiana, tidaklah kami berasa janggal seperti ini.

    “Boleh saya tanya sesuatu – tentang kumpulan 4A? tanya Fazilah memecah kesepian antara kami berdua.

    “Boleh,” jawabku ringkas. “Tapi saya pun nak tahu tentang kumpulan 3A.”

    Fazilah tersenyum. Hmm, manis juga senyumannya. Pertama kali dia menyimpulkan senyuman kepadaku. Astaghfirullah! Cepat-cepat aku membuang fikiran tentang keindahan senyumannya sebentar tadi.

    “Begini. Mengapa kumpulan 4A tak suka perempuan? Kumpulan 4A ni err… awak faham-fahamlah sendiri!”

    Aku tahu benar maksud Fazilah. Mesti dia serta ahli kumpulannya yang lain memikirkan kumpulan kami ini kumpulan songsang. Na’udzubillah min dzalik!

    “Silap tu. Kami normal. Cuba kami tidak suka sebilangan perempuan sahaja – bukan semua. Kami tidak suka perempuan yang, awak tahulah, yang gedik-gedik. Bercakap terliuk-lentok. Banyak lagilah kriterianya kalau saya nak jelaskan. Ringkasnya kami tak suka perempuan yang berbaur goda. Namun, kami hormati perempuan yang baik-baik. Tidak termasuk perempuan yang nampak baik, tapi hakikatnya suka cari pasal,” sengaja aku tekankan ayat terakhir.

    “Kalau 4A tak suka perempuan berbaur goda, kami kumpulan 3A tak suka lelaki berbaur miang. Sangat-sangat menyampah! Lelaki yang menjatuhkan maruah perempuan pula sangat dimusuhi. Lelaki yang macam tu adalah lelaki dayus!” Fazilah agak beremosi ketika menceritakan perihal kebencian kumpulannya.

    “Saya kategori lelaki mana sehingga kumpulan awak membenci saya tahap Gaban?” soalku berbaur lelucon. Biar reda sedikit emosinya. Tak mahulah gaduh-gaduh ni. Payah!

    “Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti kategori awak. Mungkin, awak kategori ‘lelaki yang menjatuhkan maruah perempuan’ – dayus. Mulanya, awak kelihatan baik. Namun, selepas kejadian awak memalukan Nurri dan serangan susulan awak tu – awak mulai dilabel sebagai musuh ketat kumpulan 3A. Nasib baik kedua-dua kumpulan ini tidak ketahui pihak sekolah. Kalau tidak, nahas kita semua!” Fazilah tidak lagi beremosi. Dia kini kelihatan ramah membincangkan hal anti-menganti ini.

    “Tahu tak. Suatu hari nanti kita semua akan mendirikan masjid masing-masing. Ketika itu kita akan berpasangan dengan lawan jantina kita. Oleh itu, kita tak boleh terlalu ekstrim dalam fikrah ini. Cukup sekadar ingin menjauhi fitnah antara lelaki dan perempuan,” nasihatku yang kuambil dari kata-kata Fathi ketika aku masih baru dalam kumpulan 4A.

    “Betul tu. Kami dalam 3A berusaha untuk membendung hati kami daripada dijentik perasaan kasih kepada lelaki sewaktu di bangku persekolahan. Malah, kami cuba membantu sahabiah yang lain untuk meninggalkan budaya couple,” Fazilah cuba memahamkan aku situasi dalam fikrah kumpulannya yang pada hematku – ianya tidak banyak berbeza dengan usaha 4A.

    “Setiap kumpulan itu ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kita cubalah memaksimumkan kebaikan yang ada dan menyempitkan keburukan yang datang. InsyaALLAH, siapa tahu, 3A dan 4A boleh memansuhkan budaya couple dan budaya ‘tidak menyenangkan’ dalam sekolah,” aku mengakhiri perbualan anti-menganti dengan mengemukakan isu perbahasan yang bakal kami pertandingkan. Ketika itu, berderai semua permusuhanku dengan Fazilah. Kami berdua menjadi mesra hanya kerana perbualan beberapa minit tersebut. Salah faham dalam fikrah – selesai (hanya dengan Fazilah).


    ************************************************************************************************************
    17

    Zaman sekarang...

    Nurri masih marah-marah. Semuanya berpunca daripada kejahilanku dalam mengendalikan situasi bayi buang air besar. Mundar-mandir aku di sekitar ruang tamu tanpa mahu mendekati Munzier. Bukan aku saja biarkan diri menangis. Cuma aku geli dengan ‘kuah dalnya’.

    “Cakap kononnya suka kanak-kanaklah. Nak anak ramailah. Nak anak comel-comel, lincah-lincah. Cakap saja lebih. Tiba masa bayi berak, dia pula tak keruan,” omel Nurri sambil membersihkan Munzier.

    Aku diam saja. Tak payah nak buat muka bodoh. Memang dah bodoh pun muka aku sekarang ni. Perkara sekecil ni pun aku tak reti urus. Aduh, nasib baik belum jadi bapa betul-betul.

    Munzier masih menangis. Tetapi tidaklah sekuat tangisnya ketika aku membiarkannya di tilam tadi. Sekadar sedu kecil sahaja. Lampinnya pun telah ditukar dengan yang baru. Akhirnya, setelah disapu bedak dan dipakaikan pakaian yang bersih, Munzier senyap. Nurri mengacah-acah dengannya lantas membuatku cemburu.

    Aku beredar dari sofa lantas mendekati mereka. “Wah, anak abah dah wangi!” pujiku sambil mengelus pipi mugil Munzier.

    Tangan Nurri lantas menepis tanganku.

    “Awak ni. Munzier dah bersih, baru awak nak dekat. Ish, geramnya!” cebik Nurri sambil menjauhkan Munzier dariku.

    Nurri segera membelakangkanku, meneruskan layanannya terhadap Munzier. Apa dia fikir dia saja yang geram? Aku pun geram juga! Nurri tiba-tiba menoleh sebelum menjelirkan lidahnya – “Uwek!”

    Melihat reaksi keanak-anakannya, aku terus tidak jadi geram. Eh, pembetulan! Aku masih geram tetapi geram disebabkan melihat telatah Nurri yang sangat sangat dan sangat mencuitkan hatiku. Telingaku tiba-tiba dapat menangkap bunyi paluan kompang… bukan, ini bunyi dram… atau bunyi gendang?

    Aku cuba mengamati bunyi itu. Datangnya dari dalam badanku – lebih tepat lagi ialah dari organku. Oh, jantungku berdegup kencang rupanya! Patutlah bunyinya macambiasa dengar. Orang kata, kalau jantung kita berdegup pantas maknanya kita sedang jatuh cinta. Nurri, adakah aku sedang dilamun cinta?

    Keesokan harinya, aku membawa Nurri dan Munzier ke One Utama. Di sana ada agenda penulis bertemu peminat di MPH Bookstore. Penulis yang dimaksudkan ialah Ustazah Siti Nor Bahyah, pakar rumah tangga islami.

    “Bila Ustazah nak sampai?” tanya salah seorang pengunjung di MPH Bookstore kepada pekerja di situ.

    “Pukul 11 pagi beliau sampai. Sementara menunggu, puan boleh lihat-lihat buku di sini dulu. Ada sejam lebih lagi Ustazah sampai,” jawab pekerja itu dengan ramah.

    Mendengar penjelasan itu, aku dan Nurri meronda-ronda seketika sekitar kedai buku itu. Sedang kami sibuk membelek buku-buku yang berkenan, empat orang pengunjung mendekati kami.

    “Assalamualaikum,” sapa salah seorang daripada mereka. “Puan dan tuan, kami ialah wakil dari kumpulan penerbitan buku Telaga Biru. Dan Telaga Biru akan menerbitkan sebuah lagi majalah baru berbentuk kekeluargaan,” sambungnya sambil menunjukkan kad keahliannya yang tergantung di leher – IKHWAN.

    “Jadi, apa yang boleh kami bantu?” tanyaku, menunjukkan minat terhadap kumpulan mereka.

    “Senang saja encik,” celah kawan Ikhwan, yang jika dibaca dari kadnya – dia bernama Musa. “Sekarang kami sedang mencari gambar keluarga ideal untuk dimuatkan dalam majalah terbaru kami – USRATI. Jadi kami bercadang memilih gambar keluarga encik memandangkan keluarga encik nampak seperti baru saja menimang cahaya mata. Maafkan saya kalau saya tersilap.”

    Aku menoleh ke arah Nurri. Nurri juga sedang memandangku. Kami seolah-olah berkomunikasi secara monolog. Dari pandangan matanya, aku faham apa yang dia ingin katakan.

    Tak payah!

    Mengapa pula?

    Saya tak suka.

    Tak sukakah malu?

    Dua-duanya sekali.

    Kalau saya kata saya terima tawarannya?

    Jangan!

    Alah, awak jangan risaulah! At least, this way can build harmony in our still-in-question family.

    What do you mean by still-in-question family, huh?

    Just forget it. Saya cuma nak ajak awak untuk cuba cara ni dalam usaha mengeratkan hubungan kita yang sedia maklum hambar ni.

    But, doesn’t it look like hypocrite?

    Just try it! Will you?

    Nurri berfikir dalam-dalam. Mata kami masih bertentang. Krew Majalah Usrati masih menunggu-nunggu jawapan kami. Dan akhirnya, Nurri mengangguk setuju.

    Jazakillah!

    Wa iyyaka!

    “Lama berfikir, encik. Apa keputusannya?” tanya Ikhwan seakan-akan tahu bahawa kami sedang bermusyuwarah dalam fikiran.

    Aku tersenyum sambil menuturkan, “InsyaALLAH kami setuju!”

    “Alhamdulillah!” ucap keempat-empat mereka.


    ********************************************************************************************************
    18

    Zaman persekolahan…

    Sang Perindu Kasihnya ALLAH sedang bermimpi. Mimpi mainan syaitan yang membuat tangannya menggagau udara seolah-olah menepis sesuatu yang tidak kelihatan. “Jangan ganggu aku! Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku!” Dia tidak sedar, air matanya mengalir dalam lenanya.

    Jauh berbatu-batu daripada tempat tidurnya, seorang insan masih berjaga. “Oh tuhan, aku mohon kepadaMU agar dijauhkan perasaan ini dari diriku dan dirinya. Peliharalah hatiku. Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa aku sedari. Kumohon sungguh-sungguh ya ALLAH, kuatkanlah imanku dan imannya,” doa Sang Pendamba Cinta Ilahi di kala malam yang sunyi tanpa gangguan daripada mereka yang lena.

    Manakala, hanya beberapa blok sahaja daripada tempat sujud Sang Pendamba Cinta Ilahi – Sang Pemburu Redhanya Rabbi masih menghafaz surah kitab suci Al-Quran. Matanya pejam. Namun mindanya masih celik dengan alunan tilawah yang disimpan rapi dalam dirinya. Semoga menjadi bekalan di hayat yang abadi.

    Berhenti setakat ini. Kisah zaman persekolahan masih panjang. Terlalu banyak konflik, suka duka, dan cabaran yang perlu dihadapi. Ya, suatu hari nanti akan kenallah siapa mereka di atas. Suatu hari nanti. Aku tidak boleh beritahu waktu yang tepat. Dan aku tidak boleh janji. Kerana jika aku tidak kotai, maka namaku tercatat sebagai munafik. Aku hanya dapat memberi bayangan. Serta harapan.




    zaman sekarang..
    Sesi fotografi bersama krew Usrati berakhir dengan sempurna. Kufikir, aku sekeluarga saja yang dipilih. Rupa-rupanya ramai lagi pasangan suami isteri yang bertuah menjadi penghias majalah tersebut. Munzier telah lena dalam dakapanku. Subhanallah, comelnya ciptaanMU tuhan! Makin dekat rasanya diri ini denganMU.

    Aku tertanya-tanya. Mengapa aku masih belum dapat menerima dirinya sebagai suamiku? Walhal, hampir dua bulan usia perkahwinan kami. Aku juga hairan. Kalau aku tidak suka, mengapa aku menerima lamaran keluarganya? Tuhan, cambahkanlah benih cintaku kepadanya agar aku semakin subur dengan keagungan cintaMU.

    Malam itu, emak dan ayah memanggilku. Wajah mereka berseri-seri. Senang hatiku melihat mereka gembira. Tanggungjawabku sejak dari kecil sehingga besar ialah menyenangkan hati mereka. Jika mereka gembira, maka itulah kegembiraan buatku. Jika mereka kecewa, maka deritalah aku.

    Aku bertanya tujuan mereka. Lancar dan jelas, aku mendapati bahawa aku dilamar oleh sebuah keluarga yang baik-baik menurut orang tuaku. Aku mahu menolak, namun aku tidak sampai hati mengeruhkan wajah gembira mereka. Aku tahu mereka tidak memaksa. Tapi, mereka tidak dapat menipu harapan mereka ke atasku.

    Malam itu, aku solat istikarah. Malam itu juga aku bermimpi ibuku menghulurkan lembaran al-Quran kepadaku. Malam kedua, aku solat istikarah sekali lagi. Namun, tiada mimpi yang bertandang. Cuma aku dapat petunjuk melalui bacaan ayahku semasa solat Subuh.



    Dan abdikan dirimu kepada Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya (mempersekutukan Allah) dengan sesuatu; dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, keluarga yang hampir, anak-anak yatim, orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, sahabat handai, orang yang dalam perjalanan dan orang yang dimiliki oleh tangan kanan kamu (hamba sahaya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menyombong dan membanggakan diri. [QS An-Nisa' 4:36]


    Malam ketiga, aku solat sekali ini. Ini penentu buatku. Aku hairan mengapa wajahnya tidak bertamu? Hatta aku tidak tahu gerangannya dan wajahnya, sekurang-kurangnya aku mahu tahu namanya. Tetapi, semuanya telah diatur Maha Kuasa. Telingaku seperti dikaburkan tatkala namanya disebut.

    Lantas, malam itu aku didatangi seorang insan. Yang menemani tidurku usai selesai solatku. Aku menangis di sebelahnya. Dia memujukku dan sedia menerima segala jawapanku dengan hati terbuka. Katanya, dia tidak senang tidur mendengar rintihan doaku sejak beberapa malam. Lantas aku menjawab, “Nurri ikut saja kehendak emak. Itulah yang disampaikan ALLAH kepada Nurri.”

    Aku yakin. ALLAH SWT lebih mengetahui dan akan memberikan yang terbaik buat hambaNYA yang taat. Semoga aku tercatat sebagai golongan tersebut. Doaku tidak pernah putus agar ditetapkan pendirian yang aku putuskan – Pilihan Emak Pilihan Anak.

    DOA SUPAYA DITETAPKAN PENDIRIAN

    رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

    "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” “Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun” [QS Ali ‘Imran 3:191-192]


    Addin, dia baik. Cuma aku masih trauma dengan kisah lampau. Oh, ujian tuhan! Hampir menangis aku ketika melihat dirinya menjadi pasanganku di hari pernikahan. Traumaku bertukar menjadi kelam. Kelam yang beransur-ansur menjadi kelambu hitam yang terus menyelimut hatiku untuk membencinya. Awal-awal lagi selepas kami ditanggalkan berdua-duaan, aku mengungkapkan perkataan yang derhaka bagi seorang isteri, “Saya masih melihat awak sebagai seorang musuh!”

    Berulang kali dia mengajakku untuk mencuba dan terus mencuba dalam menyemai cinta kerana ALLAH denganku. Bukan aku tidak berusaha, namun lekitan kisah semalam masih menjadi barah dalam jiwaku. Maafkan aku Addin. Aku sedang berusaha. Doamu sangat kuperlukan. Kasihmu sungguh aku dambakan. Hanya menanti jentikan hidayah Ilahi saja lagi. Anggaplah ini ujian buat kita berdua.

    “Sayang, jom kita balik,” tutur Addin selepas peminat-peminat Ustazah Siti Nor Bahyah beransur-ansur pergi. Sesi bertemu peminat selesai.

    Aku merenung Addin, tidak percaya. Dia panggil aku apa? Sayang? Err… dia sakitkah? Atau penyakit hilang ingatannya semakin kronik? Meremang bulu tengkukku mendengarnya. Namun, tidak kutunjukkan ketidaksenanganku di hadapannya. Sekurang-kurangnya aku dapat melatih diri dengan panggil sedemikian rupa. Bukankah baru sebentar tadi Ustazah Siti Nor Bahyah berpesan agar menjaga kebahagian rumah tangga? Nampaknya Addin mulai berlatih ke arah kebahagian kami. Aku perlu menyahut seruannya. Aku perlu berusaha!

    “Err… jom. Tapi aa… abang tak rasa nak makankah dulu?” tergagap-gagap aku menutur ungkapan ini. Seperti naik gila.

    “Kita masak bersama di rumah – ambil sunah nabi dalam urusan keluarga. Kalau sayang penat, biar abang saja yang masak,” Addin benar-benar ikhlas. Aku boleh lihat melalui matanya. Sejuk hatiku menatap mata itu.

    “Terima kasih Addin,” ungkapku perlahan. “Terima kasih untuk cinta ini.” Mataku terasa panas. Oh, tolong! Jangan menangis. Tolong! Ah, aku tak mampu menahanmu lagi wahai air mata! Keluarlah. Keluarlah dengan menghapuskan dosa atas keinsafan ini.

    Lantas, Addin mengesat air mataku. “Sayang, alirkanlah mutiara suci itu ketika menghadap DIA Yang Maha Esa.”


    **********************************************************************************************************
    19

    Zaman sekarang...

    Munzier kusuap dengan bubur masakanku. Selera dia menjamah buatan tanganku itu. Di sisi, Addin setia menjadi penonton kami anak-beranak. Sekali-sekala aku mencuri pandang melihat Addin. Sungguh, aku dapat merasa debaran jantungku semacam saja selepas beberapa hari kami mempraktikkan kehidupan yang tiada hambar. Walaupun hambar beransur hilang, namun malu pula menyanyi-nyanyi di sekelilingku.

    “Selera sungguh Munzier makan bubur sayang, ya. Mesti sedap, kan?” puji Addin kepadaku membuat hatiku berbunga-bunga. Seronok rupanya jika dipuji suami ni. “Suapkan abang sekali, boleh? Abang nak rasa juga,” sambung Addin.

    “Eh, awak… err… abang buat tabiatkah? Bubur ni untuk kanak-kanak. Kalau abang nak bubur, lepas ni saya buatkan,” jawabku. Pelik sungguh dengan permintaan Addin sebentar tadi.

    “Abang nak makan bubur Munzier juga,” Addin berkeras seperti budak-budak.

    Aku memutar bebola mataku. Apa kes suami aku ni? Semakin menjadi-jadi pula manjanya denganku. Nak minta suap juga macam Munzier. Ish, aku suapkan dengan mangkuk ni sekali baru tahu!

    “Buang tabiat!” cebikku sambil menggaul-gaul bubur Munzier. “Buka mulut,” arahku sambil mencedok sedikit bubur tersebut.

    “Aaahh…” sengaja aku membuat bunyi agar Addin membuka mulutnya. Hmm, bagus! Dia ikut perintah. Sudu bubur itu kuhalakan kepadanya. Sedikit lagi hendak sampai di mulutnya, terus kualihkan arah sudu itu kepada Munzier sementara Addin menutup mulutnya – makan angin!

    “Aih, mengelat ya!” Addin tertawa kerana terpedaya.

    Aku tertawa bersamanya. Hehe… berjaya juga aku mengenakan Addin. Munzier yang tidak tahu apa-apa turut menyibuk untuk ketawa. Macam saja dia faham gurauan aku dan Addin. Kucibit pipinya yang sering menjadi mangsa jemariku jika aku berasa geram.

    “Mengapa cubit pipi Munzier?” tanya Addin.

    Aku tersenyum. “Pasal saya geram tengok dia ketawa. Comel sangat!”

    Tiba-tiba Addin mencubit pipiku lembut. Tak sempat aku mengelaknya!

    “Eh, apa ni?!” tanyaku yang nyata terkejut.

    “Abang pun geram dengan Nurri. Comel sangat! Cantik sangat-sangat!” Addin terhibur dengan perbuatannya sebentar tadi.

    Serta-merta pipiku merona merah. Bukan kerana kesan cubitan Addin, tetapi disebabkan pujiannya yang lebih-lebih. Termasuk kali ini, entah berapa banyak sudah pujian yang aku terima. Itu belum termasuk dengan gurauannya yang mendamaikan lagi. Tapi benarkah? Benarkah aku telah menerima dia seadanya? Oh tuhan, berikan aku petunjukMU!

    Doa Supaya Dilimpahi Rahmat Dan Diberi Petunjuk

    رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
    Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.


    Addin bingkas berdiri dari tempat duduknya. “Abang nak keluar sekejap. Sayang tunggu ya?” ujarnya dengan senyum yang masih bersisa.

    “Abang nak ke mana?” Sebagai seorang isteri, aku perlu mengambil tahu tentang pergerakan suamiku.

    “Abang nak selesaikan satu perkara. Lepas abang balik nanti abang beritahu sayang, ya,” ujarnya masih berahsia denganku.

    Sementara menunggu kepulangan Addin, aku memandikan Munzier. Biar Addin dapat mencium ‘baby’ kami ini sepuas-puasnya.

    Usai memandikan dan menidurkan Munzier, kucapai buku Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha. Buku ini dihadiahkan Addin sempena hari pertama kami cuba membina keluarga bahagia. Kami berjanji untuk bersama-sama membuang kehambaran yang hampir tiga bulan menyelubungi bumbung rumah kami. Ternyata buku tersebut memberi banyak manfaat buatku.

    Kebanyakan karya sentuhan jemari Fatimah Syarha sangat bernilai kandungannya berbanding dengan harganya. Hatta, nukilan suaminya juga, Doktor Farhan Hadi, tidak kurang hebatnya. Aku baru membaca sinopsis novel Denyut Kasih Medik pagi tadi . Minta-minta Addin membeli novel itu.

    Sedang aku khusyuk membaca buku tersebut, sebuah mesej masuk ke peti masuk telefon bimbitku. Aku membaca nama pengirimnya – MyHubby.

    [MyHubby]
    Salam. Abang cuma nak pesan. Jaga diri baik-baik di rumah. Abang sentiasa sayang Nurri. Muah!


    Kubalas mesejnya dengan pantas.

    [MyZauja]
    Wasalam. Jzkk atas pesanannya. Nurri sayang abang juga!


    Betulkah aku taip ni? Ah, biarlah! Apa yang penting SMS kami ini halal dan mendapat pahala. Sebelum kahwin dulu, Kak Hajar ada cakap bahawa setiap SMS antara suami isteri dikira mendapat ganjaran pahala kerana meningkatkan kecintaan kepada ALLAH SWT. Wah, ini sudah cukup bagus! Tidak seperti SMS pasangan kekasih sekarang ni. Mendatangkan dosa saja.

    Kemudian, mesej kedua masuk.

    [MyHubby]
    Wa iyyaki sayang. Hurm… sayang boleh tak bersiap sekarang? Abang nak ajak keluar dating ni. Sepuluh minit lagi abang sampai.


    Sepuluh minit lagi? Sempatkah? Tanpa berlengah aku terus ke bilik. Bersiap ala kadar namun aku perlu pastikan kecantikanku terserlah hanya buat suamiku. Kedengaran enjin kereta Addin di luar rumah. Alamak, aku belum siap lagi! Dah lumrah perempuan, sepuluh minit ibarat seminit. Tidak akan pernah mencukupi untuk tempoh bersiap.

    “Assalamualaikum,” ucap Addin di ruang tamu.

    Dari dalam bilik aku menjawab salam tersebut, “Waalaikumussalam. Rumah ni tak ada orang!” Aku ketawa dengan lawak sendiri.

    “Saya tahu rumah ni tak ada orang. Rumah ni cuma ada monyet!” Berdesing telingaku apabila mendengar kata-kata Addin sebentar tadi. Aku dapat mendengar dengan jelas suara tawanya bergema di ruang tamu.

    Segera aku keluar dari bilik sambil membuat muka marah. “Siapa monyet?”

    “Mengapa sayang? Marahkah?” tanya Addin selamba.

    Huh, panasnya hatiku!

    “Hanya orang tak waras saja yang tak marah jika dipanggil monyet!” ujarku separuh emosi.

    “Siapa yang panggil sayang monyet?” Addin mendekatiku dengan senyuman mengusik. “Beritahu abang siapa orangnya. Biar abang pukul dia cukup-cukup!” sambungnya lagi.

    “Abanglah orangnya!” jawabku pantas.

    “Iyakah? Tapi setahu abang, abang tak panggil sayang ni monyet,” Addin cuba mengelat.

    Eih, geramnya aku!

    “Habis tu, apa maksud abang tadi? Rumah ni tak ada orang, monyet saja!”

    Addin ketawa kelucuan lantas membuat hatiku bertambah geram. “Oh, abang tak habis cakap lagi. Rumah ni tak ada orang. Cuma ada monyet yang ini,” Addin mengambil anak patung monyet yang menjadi mainan Munzier sebelum menggoyang-goyangkan patung itu di hadapanku.

    Cih, aku terpedaya rupanya! Niat nak kenakan Addin, alih-alih aku terkena balik. Aku cuba menahan senyumku agar raut kemarahanku masih terpamer. Saja buat-buat merajuk – macam Aisyah r.ha.

    “Kalau rumah ni tak ada orang, saya ni apa? Munzier pula apa? Bukan orang?” tanyaku tidak mahu kalah.

    “Munzier adalah ‘anak kecil di syurga’ dan Nurri pula bidadari syurga. Kamu berdua bukannya manusia biasa. Kamu berdua adalah manusia yang istimewa di hati abang,” Addin mengakhiri kata-katanya dengan syahdu. Lantas pipiku disentuh lembut. Mata kami bertentangan. “Sayang dah siapkah?”

    Eh, terlupa pula! Aku sebenarnya nak bersiap untuk keluar ni. Ugh, marah punya pasal terlupa tujuan utama aku! Segera aku kembali ke dalam bilik untuk menyelesaikan persiapan terakhir. Okey, dah lawa!

    Munzier yang berada dalam buaian kuangkat perlahan-lahan. “Sayang, abah ajak keluar!” bisikku di telinganya walaupun aku tahu dia tidak mendengarnya. Tambahan pula, dia masih belum boleh memahami.

    Sebelum melangkah keluar, doa keluar rumah aku bacakan agar perjalanan kami dirahmati ALLAH SWT.

    Doa Sebelum Keluar Rumah

    Posted Image
    Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah.



    ***********************************************************************************************************
    20

    Zaman sekarang...

    "Abang, kita nak ke mana sebenarnya ni?" tanyaku setelah lama Addin memandu.

    "Nanti abang beritahu. Sayang kena sabar ya. Sabarkan separuh daripada iman," ujar Addin yang masih lagi berahsia.

    "Silap tu. Sabar bukan separuh daripada keimanan," ujarku lantas membuat Addin berkerut kening - tidak percaya dengan kenyataanku itu.

    "Habis, sabda Nabi tu salahlah ya?" Addin cuba mendugaku.

    "Hadith Nabi tak salah. Tapi terjemahannya yang salah. Terjemahan yang sebenar ialah sabar sebahagian daripada keimanan," jelasku bersungguh-sungguh. "Perkataan separuh tidak sesuai digunakan kerana separuh menunjukkan satu per dua.

    Buktinya, jika saya bersabar - saya telah mempunyai separuh keimanan. Kemudian, saya jaga kebersihan kerana kebersihan juga dikatakan separuh daripada iman. Apabila saya campurkan kedua-dua perkara ini iaitu bersabar dan jaga kebersihan, maka keimanan saya sudah sempurna.

    Secara matematiknya, satu per dua tambah satu per dua bersamaan dengan dua per dua atau lebih tepat lagi ialah satu. Oleh itu, gunakanlah perkataan sebahagian kerana sebahagian menunjukkan bahagian-bahagian atau cabang-cabang keimanan. Apa yang saya nak sampaikan, terjemahan juga perlu diperhatikan betul-betul kerana boleh mencetuskan kekeliruan dalam mempraktiskan amalan agama."

    "Sayang, abang bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan sayang. Benarlah kata-kata Fathi dulu, kahwin ni merupakan ibadat yang mampu meningkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT. Duduk bersama sayang membuat abang semakin sayang dan cinta kepada ALLAH. Seolah-olah ALLAH SWT itu berada tersangat dekat dengan abang," luah Addin jujur.

    "Abang," celahku apabila mendapat isi yang perlu aku sampaikan kepada suamiku. "ALLAH itu memang senantiasa dekat dengan kita kerana firman ALLAH SWT,



    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [QS Qaaf 50:16]


    Betapa bertuahnya kita kerana Pencipta kita berada tersangat dekat dengan kita, kan bang?"

    Addin mengucap syukur berulang-ulang kali. Walaupun matanya masih kepada pemanduannya, namun seluruh tumpuannya khusyuk menghayati perkongsianku sebentar tadi. "Sayang, terima kasih atas perkongsiannya. Abang tahu ayat tu cuma abang ni selalu lupa. Inilah kelemahan abang. Abang harap kita bersama-sama dapat membimbing keluarga kita agar sentiasa dekat dengan ALLAH. Tepatlah pilihan keluarga abang untuk menjadikan sayang sebagai zawjah abang. Petuanya senang, dahulukan agamanya kemudian selebihnya adalah bonus untuk abang."

    Hadith Sebab-Sebab Wanita Dikahwini

    “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).


    Addin tertawa. Ah, sudah! Mesti ada perkara yang dia nak kenakan aku. Dan dugaanku tepat!

    "Walaupun pada awal perkahwinan kita, kita selalu bertekak. Abang panggil sayang dengan panggilan No... Auch!" Addin mengaduh kesakitan atas cubitanku sebelum dia sempat menyebut nama pelik itu. "Okey! Okey! Abang tak sebut nama tu!"

    "Padan muka!" getusku puas.

    "Hmm... bestlah kena cubit sayang. Walaupun sakit tapi buat abang tambah sayang. Hehe... Auch!" dia mengaduh kesakitan lagi selepas aku menyerang lengannya kali kedua.

    Setelah lama duduk dalam kereta, kami pun sampai di destinasi kami. Aku keluar dari kereta dan memerhati sekeliling. Gelap! Tiada apa-apa kecuali cahaya lampu kereta. Takut juga aku berdiri di tempat macam ni. Cepat-cepat aku berdiri di sebelah Addin. Nasib baik Munzier kami tinggalkan di rumah jiran sebelah. Sekurang-kurangnya aku tak perlu risau akan ketakutannya berada dalam gelap seperti ini.

    "Tempat apa ni, bang? Macam seram saja!" Kupeluk lengan Addin sambil merebahkan kepalaku di dadanya.

    "Inilah adalah tempat..." Addin merapatkan bibirnya ke telingaku sebelum menyambung ayatnya, "... yang paling cantik pernah abang lihat!"

    Fuh! Buat saspen saja. Ingatkan Addin ingin mengatakan tempat ini adalah tempat yang paling menyeramkan. Addin kemudiannya menyuruh aku masuk semula ke dalam kereta sebelum dia mengeluarkan peralatannya. Setelah lama menyiapkan projek rahsianya, dia memanggilku keluar.

    "Sayang sudah bersedia nak tengok kejutan abang?"

    "Ya," ujarku dalam debaran.

    "Satu... dua... tiga!"

    Allah hi Allah kia kero... dukh na kisi ko diya kero... jo duniya ka malik hai... naam ussi ka liya kero... Allah hi Allah...

    Telefon bimbit Addin tiba-tiba berbunyi menyanyikan lagu Allahi Allah Kiya Karo dendangan Maher Zain. Aku sudah cukup arif dengan suamiku. Dia sangat meminati lagu-lagu Inggeris. Semenjak aku memperingatinya agar banyak mendengarkan sesuatu yang mengingatkan diri kepada ALLAH, lagu-lagu popular daripada penyanyi barat ditukarkan kepada lagu-lagu nasyid berbahasa Inggeris. Maher Zain, Sami Yusuf, Yusuf Islam, dan beberapa lagi penyanyi yang mendendangkan lagu dalam bahasa antarabangsa menjadi pilihan Addin.

    "Assalamualaikum," ucapnya sebaik menjawab panggilan. Aku yang tidak dapat mendengar perbualannya dengan pemanggil hanya memerhati Addin. Dia mengangguk-angguk sambil menjawab jawapan yang sama seperti 'faham', 'okey', 'ya' dan akhir sekali dia berkata, "Kami akan ke sana sekarang."

    Panggilan dimatikan. Addin merenungku tajam.

    "Siapa yang menelefon tadi?" tanyaku serba ingin tahu.

    "Abang Wahid," jawabnya ringkas. Abang Wahid ialah jiran sebelah rumah kami yang tinggal bersama isterinya Kak Hayati dan tiga orang anak mereka. "Dia cakap ada orang penting nak berjumpa di rumah kita. Dia suruh pulang segera."

    "Siapa orang penting tu?" tanyaku lagi.

    Addin mengangkat bahunya. "Abang pun tahu. Tapi, penting katanya. Hmm... nampaknya abang terpaksa tangguh kejutan abang malam ni," Addin kelihatan sedikit hampa. "Lain kali sajalah abang persembahkan kejutan abang, ya!" sambungnya dengan memberi harapan untukku yang sejak mula perjalanan lagi ternanti-nanti kejutannya.

    "Saya tak kisah. Bila-bila masa pun boleh," ujarku cuba untuk menaikkan semangatnya. "Jom balik!" ajakku sambil bergerak menuju ke kereta.

    Kaki kananku mendahului masuk ke dalam kereta. Sunah-sunah kecil seperti ini terus-menerus kuamalkan. Jika aku tersilap masuk dengan kaki kiri, cepat-cepat aku menarik kakiku dan menukarkan dengan kaki kanan. Doa menaiki kenderaan dibacakan sebaik duduk di dalamnya.

    Posted Image

    "Memandangkan malam ni rancangan abang tak dapat disempurnakan," Addin membuka mulut sebaik kereta kembali menyusur di jalan raya. "Abang terpaksa tukar planning lain."

    Perlahan, aku menyentuh lengan Addin untuk meraih perhatiannya. "Apa planning abang yang lain?"

    "Abang nak nyanyikan lagu untuk sayang!"

    Tidak sengaja, aku tergelak kecil. Alahai, suamiku nak menyanyilah pula! Terasa macam cerita High School Musical. Huhu... Tapi okey juga. Belum pernah lagi aku menghayati suara suamiku. Entah merdu entah tidak. Layan sajalah.

    Tangan Addin menekan-nekan butang pemain musik kereta sebaik memasukkan sebuah CD di dalamnya. Dia memilih track nombor tiga. Oh, menyanyi berlatarkan musik rupanya! Tak sabar nak dengar. Lagu apalah yang ingin disampaikannya nanti?

    "Lagu ini abang persembahkan khas buat isteri tercinta yang selama ini menjadi teman bertengkar saya. Auch! Okey! Sorry sorry!," Addin dan aku sama-sama tertawa. Musik pendahuluan mulai kedengaran. "Hayatilah lagu ini..." sambung Addin.

    For The Rest Of My Life

    I praise Allah for sending me you my love
    You're finally home
    It's you're here for me
    And i'm here for you
    Now let me let you know
    You've opened my heart

    I was always thinking that love was wrong
    But everything was changed when you came along
    Oh.. and there's a couple of words I wanna say

    For the rest of my life I'll be with you
    I'll stay by your side honest and true
    'til the end of my time I'll be loving you
    loving you
    For the rest of my life through days and nights
    I thank Allah for opening my eyes
    Now and forever I
    I'll be there for you
    I know it deep in my heart

    I feel so blessed when I think of you
    And I ask Allah to bless all we do
    You're my wife and my friend and my strenghth
    And I pray we're together in Jannah

    Finally now I found myself I feel so strong
    'cause everything was changed when you came along
    Oh.. and there's a couple of words I wanna say

    For the rest of my life I'll be with you
    I'll stay by your side honest and true
    'til the end of my time I'll be loving you
    loving you
    For the rest of my life through days and nights
    I thank Allah for opening my eyes
    Now and forever I
    I'll be there for you
    I know it deep in my heart

    And now that you're here in front of me
    I strongly feel love
    And I have no doubt and I sing it loud
    That I will love you eternally

    For the rest of my life I'll be with you
    I'll stay by your side honest and true
    'til the end of my time I'll be loving you
    loving you
    For the rest of my life through days and nights
    I thank Allah for opening my eyes
    Now and forever I
    I'll be there for you
    I know it deep in my heart





    Usai menyanyikan lagu tersebut, Addin menolehku. Ketika itu air mataku memang tidak dapat ditahan lagi. Ya ALLAH, sungguh aku rasa sangat berdosa kerana memusuhi Addin selama ini! Ya ALLAH, aku sangat cinta kepadanya. Namun, kupohon agar cintaku kepadaMU dan rasulMU lebih ampuh daripada itu.

    "Mungkin abang bukanlah lelaki terbaik yang dapat membahagiakan sayang setiap masa. Namun, abang akan berusaha menjadikan rumah tangga kita dihiasi dengan perasaan cinta atas dasar ketakwaan kita kepada ALLAH SWT," sayup Addin menuturkannya.

    Sepanjang perjalanan, sebelah tangannya memegang stereng kereta sementelah sebelah tangan lagi menggenggam erat tanganku. Aku berasa sangat bertuah ketika itu kerana diraih dengan kasih sayang sedemikian rupa. Akhirnya kami sampai di rumah.

    "Eh, mengapa ramai sangat yang datang di rumah kita?!" soal Addin sambil cuba memasukkan kereta ke dalam rumah dengan berhati-hati.

    Di sekeliling luar pagar rumah kami terdapat banyak kereta dan berpuluh-puluh lelaki bak kongsi gelap terpacak menanti kepulangan kami. Abang Wahid sekeluarga hanya mengintai dari tingkap rumah mereka. Ya ALLAH, apa yang berlaku ni?!

    ****************************************************************************
    21


    Zaman sekarang...

    Seorang lelaki berpakaian ala korporat mendekatiku sebaik aku keluar dari perut kereta. Di kiri dan kanannya berdiri dua orang lelaki yang berbadan sasa yang aku berasa cukup yakin mereka adalah pengawal peribadi lelaki tersebut. Cerut di tepi bibir lelaki itu mengeluarkan asap yang memeningkan. Ya, aku seorang lelaki yang tidak merokok dan benci menghidu baunya. Di pipi lelaki itu terdapat kesan parut yang panjang. Nampak saja peribadi sebegitu, memang sah lelaki ini adalah ketua kongsi gelap.

    "Maaf. Boleh saya tahu kenapa awak datang rumah saya?" aku cuba bersuara setenang yang mungkin. Agak bahaya jika aku menunjukkan ketakutanku. Sesekali aku mengerling ke dalam kereta untuk memastikan Nurri masih selamat di situ.

    "Gua mahu ambil itu Jay Chou!" jawab lelaki itu dengan pelat Cinanya.

    "Hah?! Jay Chou?" ulangku dengan nada terkejut yang boleh mengalahkan 'terkejut beruk'. Kalau ada istilah 'terkejut gorila', mungkin itulah frasa yang sesuai untuk menunjukkan tahap kejutan aku kala itu. Apa kes pulak aku simpan Jay Chou dalam rumah aku!

    "Err... encik, Jay Chou tu orang terkenal. Tambahan pula, dia bukan penduduk negara ni. Kalau encik nak cari selebriti tu, encik boleh tanya Suki OIAM atau Daniel Malaysian Idol. Saya betul-betul tak tahu Jay Chou di mana."

    Impak kata-kataku itu, kedua-dua pengawal peribadi itu mara ke depan seolah-olah ingin membelasahku namun sempat di tahan oleh ketua mereka dengan isyarat tangan. Fuh, nasib baik aku tak kena belasah! Tapi kalau mereka nak belasah sekalipun, aku boleh lawan dengan ilmu persilatanku.

    "Gua halap lu tidak main-main sama gua. Sekalang ni gua ada 21 pengikut sama gua di sini. Semuanya datang untuk ambil Jay Chou semula. Sekalang gua mau lu serahkan semula Jay Chou sama gua. Kalau tidak," ketua kongsi gelap itu menunjukkan isyarat kelar leher.

    Gulp! Aku menelan air liurku untuk membasahkan tekak yang mulai kekeringan. Aduh, apa masalah apek ni? Gilakah nak bunuh aku pasal kononnya aku sembunyikan Jay Chou. Dia ada buktikah yang mengatakan bahawa aku sorokkan Jay Chou? Ya, bukti! Tanya dia tentang bukti!

    "Encik tak baik tuduh melulu dengan saya. Encik ada buktikah?"

    "Bukti?!" tempias ketua kongsi gelap itu terpercik ke mukaku.

    Huh, kurang asam! Cakap macam nak makan aku saja! Ni tanda-tanda menimbulkan kemarahan aku ni. Tak apa. Sabar-sabar... sabar itu sebahagian daripada keimanan.

    "^%*& #@$^&B &^%~#$ ^%%*>," lelaki itu bercakap dalam bahasa Cina kepada pengikutnya yang berdiri tidak jauh dari tempat kami berdiri. Pengikutnya itu mengangguk faham sebelum masuk ke dalam kereta. Beberapa saat kemudian, dia keluar semula dengan membawa senaskah majalah.

    "$#@% &^%$## *!#$@% ^_^ &!$@ !#$@$!" terpinga-pinga aku mendengar mereka berkomunikasi dengan bahasa tersebut dengan ketua mereka.

    "Nah, ini buktinya!" ujar pengikut itu sambil menghulurkan majalah yang telah ditanda laman muka suratnya.

    Aku mengambil majalah tersebut dan melihat laman yang mereka lebarkan - muka surat 12 majalah Sinar. Tajuknya 'Dato' Siti Nor Bahyah Bertemu Peminat'. Di bawah artikel itu terdapat satu kolum kecil yang bertajuk 'Majalah Usrati Bakal Diterbitkan' dan gambar yang menjadi penghias kolum itu ialah foto kami sekeluarga tempoh hari.

    "Itu!" tunjuk ketua kongsi gelap itu. "Itu foto Jay Chou! Yang bini lu dukung!"

    Munzier?

    Munzier adalah Jay Chou?

    Hah?! Adakah ini teman lelaki yang ibu Munzier maksudkan. Alamak, tak sampai dua minggu lagi. Ini baru hari keenam Munzier dengan kami. Aduh, nak buat macam mana ni? Aku dapati Nurri di dalam kereta sedang menekup mulutnya - riak terkejut! Nurri, sabar sayang! Abang akan selesaikan masalah ni. Bisikku dalam hati.

    Eh, sekejap! Bukankah nama sebenar Munzier ialah Mun Zi Xian? Mengapa namanya bertukar Jay Chou pula. Aku perlu selidik betul-betul ni.


    "Encik, bayi tu bukan Jay Chou. Nama dia Mun Zi Xian," jelasku.

    "Bukan! Nama dia bukan Mun Zi Xian! Itu nama pelempuan gila tu bagi! Nama dia Jay Chou! Dia anak gua dengan bini gua! Kelly, lai lai!" lelaki itu memanggil isterinya.

    Seorang perempuan Cina keluar dari kereta dengan mata yang bergenang. Sapu tangannya setia di tabir matanya. Mengapa dia menangis? Dia dipaksakah? Dan... inikah ibu Munzier?

    "@@$#!% ^@%# Mun Zi Xian #@#!" rayu perempuan Cina itu kepadaku.

    "Wo pu ming pai chiang semme! Wo se malai ren, bhu se hua ren!" aku menghentam kromok bahasa Cina tersebut. Maksud ayat yang aku ucapkan itu ialah - Saya tak faham awak cakap apa! Saya orang Melayu, bukan orang Cina! Terima kasih kepada Liew yang mengajarku ungkapan ini ketika di SBPX dahulu.

    "English?" tanya Kelly.

    "Yeah, of course," jawabku.

    "Gua lasa baik kita bincang secala damai di dalam lu punya lumah. Bincang di lual lumah tidak molek. Lamai olang tengok. Lu akan lasa malu dan gua pula lasa macam artis. So, macam mana? Bincang lual kah atau dalam kah?" celah ketua kongsi gelap itu.

    "Bincang di dalam," jawabku pantas.

    Aku mengajak Nurri keluar dari dalam kereta sebelum membenarkan ketua kongsi gelap dan isterinya serta beberapa orang pengikutnya masuk ke dalam rumah. Pasangan suami isteri itu duduk berdepan dengan aku dan Nurri.

    "Nama gua Jackie Chan. Nama betul gua Jackson Micheal," dia memperkenalkan diri. Ketika itu aku sedang berusaha menahan diriku daripada ketawa. Ugh, pelik sungguh namanya! "Ini bini gua, Kelly Clarkson."

    "Saya Addin Hakim dan ini isteri saya, Nurri Abadi," perkenalku dengan kawalan pernafasan yang tertahan-tahan (aku sedang berusaha tidak ketawa dan kalau boleh aku memerlukan lesung batu untuk disumbatkan ke dalam mulutku). Aku pun ada nama ala-ala artis, Norman Hakim dan Abby Abadi. Nurri ketika itu menjengkilkan matanya tanda amaran agar aku serius.

    "Nice to meet you," ucap Kelly Clarkson. "Can you please tell me the whole story about how my baby can be with both of you?"

    Aku mengangguk dan mulai membuka cerita. Bermula daripada panggilan Nurri sehinggalah surat daripada ibu Munzier. Jackie Chan meminta untuk membaca surat itu. Setelah lama menatapnya, surat itu diremukkannya. Kemudian, dia meminta maaf dan menyuruh pengikutnya untuk meratakan surat itu semula dengan seterika. Aku cepat-cepat mengatakan tidak mengapa dan mengambil semula surat itu.

    "Untuk pengetahuan lu berdua, ini pelempuan dalam sulat adalah bini salah seolang pengikut gua. Dia bekelja sebagai penjaga isteri gua. Waktu bini gua belanak, dia juga belanak. Tapi, dua bulan lepas tu anak dia mati tertelan guli yang dibelikan oleh laki dia. Itu pelempuan mula jadi gila. Hali-hali dan malam-malam menangis pasal anak dia. Nama anak dia Mun Zi Xian.

    Suatu malam, sedang kami sekelualga tidul berdengkul - itu pelempuan gila culi-culi masuk lumah dan melalikan anak kami, Jay Chou. Puas kami cali tapi tidak jumpa. Akhilnya kami jumpa itu pelempuan gila di lumah kawannya. Tapi Jay Chou gua sudah hilang. Pelempuan gila tu telus diam tidak mau cakap. Nasib baik semalam pengikut gua yang suka baca politik telpandang foto tadi. Dali situlah kami jumpa lu punya lumah," hurai Jackie Chan panjang lebar.

    Aku membetulkan lidahku di lelangit kerana penat mendengar pelat Cinanya yang kehilangan huruf R. Kemudian aku bersuara, "So, awak berdua nak ambil Jay Chou semulalah ya? Boleh tunjukkan saya bukti yang mengesahkan Jay Chou itu adalah anak awak?"

    Jackie Chan memetik jarinya sekali. Kemudian, seorang lagi pengikutnya datang dan meletakkan briefcase di atas meja. Dia membuka briefcase itu dan mengeluarkan beberapa keping gambar dan sekeping sijil lahir.

    Aku mengambil kesemua gambar tersebut sebelum memberikannya kepada Nurri. Apa yang aku mahu lihat sekarang ialah surat beranak Munzier. Setelah memerhati dengan penuh teliti dan dikuatkan lagi dengan bukti foto yang diberi, memang sah Munzier adalah anak mereka berdua.

    "Sekalang gua mau baby gua," ujar Jackie Chan serius.

    Bahu Nurri mulai terhenjut-henjut sambil wajahnya dibenamkan di dadaku. Aku menyapu-nyapu bahunya memujuk agar dia tidak menangis. Aku juga berasa cukup sedih dengan berita ini. Setelah enam hari bersama Munzier, tiba-tiba saja dia diambil secara mengejut oleh ornag tuanya. Ya, aku tidak boleh salahkan mereka kerana mereka juga seperti kami - menjadi mangsa keadaan. Tetapi, kasih aku dan Nurri terhadap Munzier seperti sebuah keluarga.

    Munzier kuambil dari rumah Abang Wahid. Aku cuba menceritakan seringkas yang boleh tentang kejadian ini kepadanya agar aku dapat bersama dengan Munzier sedikit masa lagi. Nurri segera memeluk Munzier sebaik aku kembali masuk ke ruang tamu. Munzier yang seakan-akan tahu bahawa kami akan berpisah sebentar lagi turut menangis. Tanpa aku sedari, air mata yang kucuba pertahankan turut tertumpah.

    "Sudahlah sayang. Berikan Munzier kepada keluarganya. Ingat, ini ujian tuhan buat kita berdua," nasihatku kepadanya sebelum membacakan potongan surah al-Ankabut.



    Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [QS Al-Ankabut 29:2-3]



    Sejenak kemudian, hati Nurri kembali lembut. Dia mulai dapat menerima keadaan untuk mengembalikan Munzier kepada keluarganya yang sebenar. Kelly terus memeluk anaknya setelah lama tidak berjumpa. Sementara Jackie tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Menurutnya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Hong Kong memandangkan Kelly bukanlah warganegara Malaysia. Dia berjanji bahawa suatu hari mereka akan membawa Munzier untuk melawat kami.

    Selamat tinggal anakku. Abah akan sentiasa menanti kepulanganmu. Kasih yang abah curahkan tidak pernah berkurangan walaupun kau pergi meninggalkan kami di sini. Apa yang abah doakan agar engkau benar-benar menjadi Munzier apabila dewasa kelak. Semoga cahaya keislaman itu menyinar dalam setiap pelusuk keluargamu. Abah sayang kamu...
    **********************************************************************************************************
    22

    Zaman sekarang...

    Nurri, air matanya sudah kering. Namun aku yakin hatinya masih menangis merindui 'anak' kami - Munzier. Puas aku memujuknya agar bersabar, akhirnya dia tertidur dalam sendu yang perlahan. Lenganku yang menjadi alasnya untuk berbantal terasa lenguh. Setelah yakin bahawa dia mula meneroka alam mimpi, kutarik lenganku perlahan-lahan agar dia tidak terjaga.

    Sebelum kumeninggalkan katil, kuhadiahkan sebuah kucupan di ubun-ubun rambutnya sambil berbisik, "Tidurlah sayang. Semoga esok engkau akan lebih tabah. Abang sangat menyayangimu... selepas ALLAH dan Rasulullah."

    Jam menunjukkan pukul 11.02 malam. Kuambil jaketku dan mempersiapkan kunci kereta di tangan. Destinasiku ketika ini hanya satu - masjid. Di situlah tempat yang bisa menenangkan aku. Tempat yang aku rasa mempunyai ruh kedamaian. Jika di zaman Rasulullah, masjid bukan rumah ibadat semata-mata malah menjadi medan mesyuarat, institusi pendidikan, dan banyak lagi kegunaannya. Zaman sekarang sahaja yang mengehadkan peranan masjid.

    Pemain musik dalam keretaku secara automatik terpasang sebaik enjin dihidupkan - serentak lagu Inshaa ALLAH dendangan penyanyi kegemaranku, Mahaer Zain, berputar memainkan rentaknya. Inti lagu itu ,subhanallah, memang kena denganku ketika ini. Bagaimana lagu itu menasihati agar selalu mengadu kepada ALLAH kerana di sebalik kekecewaan dan keputusasaan yang menyelubungi kita, pasti dan pasti ALLAH akan membantu kita. Begitulah Maha Agungnya ALLAH SWT yang selalu bersama kita. ALLAHU AKHBAR!

    In Shaa Allah

    Everytime you feel like you cannot go on
    You feel so lost
    That your so alone
    All you is see is night
    And darkness all around
    You feel so helpless
    You can`t see which way to go
    Don`t despair and never loose hope
    Cause Allah is always by your side

    Insya Allah3x
    Insya Allah you`ll find your way

    Everytime you can make one more mistake
    You feel you can`t repent
    And that its way too late
    Your`re so confused,wrong decisions you have made
    Haunt your mind and your heart is full of shame


    Don`t despair and never loose hope
    Cause Allah is always by your side
    Insya Allah3x
    Insya Allah you`ll find your way
    Insya Allah3x
    Insya Allah you`ll find your way

    Turn to Allah
    He`s never far away
    Put your trust in Him
    Raise your hands and pray
    OOO Ya Allah
    Guide my steps don`t let me go astray
    You`re the only one that showed me the way,
    Showed me the way 2x
    Insya Allah3x
    Insya Allah we`ll find the way





    "Abang, mengapa ujian ALLAH kali ini begitu berat?" tanya Nurri dalam tangisnya. Mukanya dibenamkan di dadaku. "Nurri rasa Nurri tak dapat nak menanggung bebanan ujian kali ini!"

    "Sayang, jangan kata begitu," tegurku separa berbisik. "Sayang mampu menghadapi ujian ini. Percayalah!" aku cuba menanam keyakinan kepada Nurri sambil membacakan potongan ayat Quran.



    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
    (Surah al-Baqarah, ayat 286)



    "Mungkin, Nurri yang terlalu lemah. Ujian sekecil begini pun Nurri dah kecundang. Apatah lagi ujian yang lebih besar kelak," ujar Nurri, sayu bunyinya.

    Dan aku... aku hanya tahu membalas kata-katanya dengan Kalamullah. Ayat seterusnya aku bacakan disertakan dengan terjemahan ayat tersebut.



    "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
    (Surah al-Imran, ayat 139)



    "Sayang seorang yang taat kepada ALLAH, bukan?" tanyaku sambil mengesat manik-manik air matanya. "Hadapilah dugaan ini dengan meminta pertolongan kepada ALLAH juga merakamkan dalam Quran tentang cara menghadapi ujianNYA."



    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
    (Surah al-Baqarah ayat 45)



    Kusambung nasihatku kepada Nurri dengan berkata, "Sayang tahu, ketika ini ALLAH saja yang menjadi tempat pengharapan sayang. Hatta abang sendiri pun hanya sekadar makhluk yang dipinjamkan ALLAH kepada sayang untuk berkongsi suka dan duka. Cuba perhatikan ayat ini," bibirku lantas membacakan ayat seterusnya.



    "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
    (Surah at-Taubah, ayat 129)


    "Sekiranya sayang dapat melalui dugaan ini dengan sabar dan redha atas ketentuannya, ALLAH SWT telah membina sebuah syurga khusus untuk sayang dan golongan sobirin yang lain. Janji tuhan itu pasti."



    "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
    (Surah at-Taubah, ayat 111)



    "Abang sangat ingin menegaskan kepada sayang - Jangan jangan jangan sesekali berasa putus asa kepada ALLAH. Ingatlah bahawa orang yang ingkar sahaja yang berputus asa dari rahmatNYA. Sayang seorang yang taat, bukan?" aku mengulangkan soalan yang sama agar Nurri benar-benar menghadam nasihatku kepadanya. Kemudian, kubisikkan di telinganya;



    "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
    (Surah Yusuf, ayat 87)



    Setelah lama menyepi, Nurri membuka suaranya, "Sampai bila Nurri merasa kesulitan sebegini?"

    Entah mengapa, aku pun turut berasa sayu. Air mataku cuba kutahan semahunya. Aku tidak mahu Nurri melihat aku kelihatan lemah sedangkan aku berusaha memangkinkan semangatnya semula. Setelah lama berdiam, akhirnya kutemui jawapan yang sesuai.

    "Di sebalik kedukaan ini, ALLAH telah ciptaankan kebahagian buat sayang. Ketaatan, keimanan, ketakwaan, dan kesabaran sayang akan dibalas dengan nikmat yang tidak tergambar selepas ini. Yakinilah akan DIA... kerana DIA selalu di samping kita."

    Mendengar kalimat terakhirku, serta-merta Nurri mendakapku seerat-eratnya seolah-olah aku akan hilang dalam beberapa saat lagi. Bahuku basah dengan linangan air matanya. Kubalas dakapan itu dengan penuh kasih. Seketika, aku terdengar suaranya bertasbih memuji ALLAH berulang kali.

    "Sungguh, abanglah hadiah terbesar buat Nurri selepas islam dan iman Nurri," ujarnya disusuli dengan kalimah hamdalah.

    Cermin keretaku diketuk dari luar lantas membawaku semula ke alam nyata. Oh, aku terimbas kenangan sebelum keluar rumah rupa-rupanya! Berapa lama aku termenung dalam kereta ni? Ya ALLAH, astaghfirullahal 'adzim! Kusapu mukaku berulang kali. Aku sendiri tidak tahu bagaimana keretaku telah berada di perkarangan masjid. Nampaknya, aku memandu tanpa tumpuan kepada jalan. Tumpuanku lebih kepada imbasan di rumah.

    Tok! Tok! Tok!

    Sekali lagi cermin keretaku diketuk. Aku menoleh dan mendapati ada seorang lelaki tercegat di luar kereta. Wajahnya kusut. Boleh jadi dia seorang peminta sedekah. Tetapi, adakah lagi peminta sedekah merayau di tengah malam buta sebegini? Pelik! Hatiku mulai berasa tidak enak. Kuserahkan segalanya kepada ALLAH...


    ****************************************************************************************************************************
    23

    Zaman sekarang...

    "Encik ni ustazkah?" tanya lelaki itu kepadaku sebaik aku menjabat tangannya.

    "Bukan. Saya cuma orang biasa," jawabku.

    "Encik nak ke mana?" tanyanya ketika melihat aku menyarungkan kopiah di kepala.

    "Saya nak solat."

    "Eh, encik baru nak solatkah?" dia melihat jam tangannya. "Sekarang dah pukul 11.57 malam, encik. Bukankah Islam melarang umatnya melengah-lengahkan solat?"

    Aku tersenyum sambil mengangguk kekaguman. Kagum melihat lelaki yang walaupun kelihatan compang-camping, namun masih punya kefahaman tentang agama. Benarlah kata seorang alim yang pernah kujumpa dahulu, yang alim tak semestinya elok rupanya dan yang jahil tak semestinya comot penampilannya.

    "Saya bukannya nak solat Isyak," jawabku dengan senang hati. "Saya mahu solat sunat sahaja. Memperbanyak solat sunat boleh melatih diri untuk khusyuk dalam solat fardhu. Encik mahu solat sunat bersama saya?" ajakku.


    Lelaki itu terus mengangguk, menerima ajakanku. Kami berdua kemudiannya melangkah menuju ke bilik wuduk. Aku berasa pelik, lelaki itu tersedu-sedan ketika membasahi anggota wuduknya dengan air. Dia punya masalahkah? Barangkali dia sedang menginsafi dosa-dosanya yang lalu. Siapa tahu, kan?

    Doa Selepas Wuduk

    Posted Image
    "Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.


    Usai mengerjakan solat, kuambil sebuah mushaf Quran dan kualunkan bacaanku. Ketika aku tenggelam dalam tilawahku, sekali lagi aku terdengar esakan lelaki tadi. Kudapati dia sedang duduk di sebelahku. Mushaf Quran itu kusimpan semula.

    "Encik ada masalah yang ingin dikongsi sama saya?" tanyaku bersimpati.

    "Tak usah berencik-encik dengan saya. Panggil saja saya Iyan," ujarnya sambil menahan sedih di hati.

    "Hmm... saya Addin," perkenalku kepadanya. "Kalau awak nak kongsikan masalah awak, saya sudi mendengarnya. InsyaALLAH apa yang termampu, saya akan bantu."

    Iyan memulakan ceritanya. Dari raut wajahnya, kufaham dia memerlukan tempat meluah selepas mengadu kepada ALLAH. "Saya ada seorang kekasih. Namun, kami hidup tak ubah seperti pasangan suami isteri. Kami tinggal serumah," ujarnya sambil mengeluh. 

    Mendengar penjelasan itu, aku beristighfar berulang kali.

    "Saya tahu perkara itu salah tapi itulah saya. Kalah dengan hawa nafsu. Sehinggalah pada suatu hari, kekasih saya mengandung. Saya mendesaknya agar menggugurkan kandungan itu namun kekasih saya berkeras untuk menjaganya. Sehinggalah bayi itu lahir, saya dan kekasih saya berasa sungguh bahagia," sambung Iyan.

    Ceritanya ini membuat aku berasa agak geram. Namun, kutahan perasanku kerana aku tahu - semua manusia layak untuk bertaubat. Matlamat orang yang faham akan agama ialah membantu saudara yang lain agar kembali kepada jalan yang sebenar. Kekasaran bukanlah perkara pertama dalam membantu saudara kita untuk berubah. Mulakanlah dakwah dengan hikmah dan bijaksana.

    Posted Image
    Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik... [QS an-Nahl 16:125]


    "Apa kamu mulai benci dengan saya?" tanya Iyan.

    "Tidak, teruskan dengan ceritamu," pintaku kepadanya.

    "Kelahiran si kecil itu sungguh menakjubkan. Kasih sayang antara kami berdua semakin utuh - sukar untuk digambarkan," jelasnya bersungguh-sungguh. 

    Ketika itu, aku terkenang semula akan Munzier. Betul juga kata Iyan, kemunculan orang baru seperti si kecil dalam hidup sesebuah rumah mampu mengeratkan hubungan suami isteri. Bak istilah melayunya, anak pengikat kasih.

    "Malangnya, suatu hari anak kami sakit. Menangis tidak henti-henti. Kekasih saya pula sedang bekerja. Memandangkan saya tiada pengalaman dalam menjaga anak, saya..." Iyan meraup wajahnya penuh kesal. Tidak sanggup dia menyambung ceritanya. Bahu Iyan kutepuk, memujuknya agar bersabar.

    "Apa yang berlaku?" tanyaku, terasa ingin tahu.

    Iyan mengangkat mukanya. "Saya fikirkan.... saya fikirkan sukatan ubat bayi sama dengan sukatan orang dewasa. Saya - sungguh saya tak tahu - memberinya ubat panadol dua biji." 

    Mataku terbeliak! Dua biji panadol orang dewasa? Astaghfirullahal adzim! Aku mulai berasa simpati. Sedikit-sebanyak aku dapat ibrah (pengajaran) - kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu keibubapaan sebelum merancang memiliki anak. Namun, perkara sudah lepas, kita perlu redha atasnya.

    "Anak saya semakin tenat selepas itu. Ketika kekasih saya pulang, dia melihat anak saya tidur. Setelah beberapa jam, anak saya masih tidur. Dia mulai tidak sedap hati lalu memeriksa bayi kami. Dan... bayi kami telah tiada," akhiri cerita Iyan.

    "Apa jadi selepas itu?"

    "Kekasih saya... dia mulai membenci saya. Walhal saya sangat menyanyanginya. Pantang dia melihat saya di rumah, pasti ada saja benda melayang. Saya jadi tertekan selepas itu. Suatu hari kekasih saya melarikan diri dari rumah. Majikan kami berdua datang ke rumah dan mencarinya. Saya mengesyaki kekasih saya telah melakukan sesuatu." Iyan mulai berubah serius. "... dan benar, masalah ini melibatkan majikan kami berdua!"

    "Kemudian?"

    "Kemudian majikan saya mengerah orang-orangnya mencari kekasih saya. Saya pula ditumbuk bertubi-tubi. Setiap hari saya berdoa agar kekasih saya tidak ditemui. Tapi, pendosa seperti saya mustahil diperkenankan doa. Kekasih saya ditemui di sebuah rumah perlindungan dan dia diseksa sehingga... sehingga dia lumpuh satu badan!" Bara kemarahan jelas terpamer di raut wajah Iyan. 

    Aku pula berasa tidak enak.

    "Kamu tahu mengapa saya tidak mengahwini kekasih saya?" tanyanya.

    "Tidak."

    "Kamu tahu mengapa majikan saya memburunya?"

    "Tidak."

    "Kamu tahu mengapa saya di sini?"

    Aku tidak menjawab kerana aku mulai mengesyaki sesuatu. Sesuatu yang sangat berkait rapat dengan aku sekeluarga. Iyan. Mungkinkah dia...

    "Kekasih saya tidak mahu masuk Islam," Iyan memberi jawapan bagi soalan pertama. "Kerana dia seorang wanita Cina. Dan dia telah melakukan kesalahan dengan menculik anak majikan kami," itu jawapan bagi soalan kedua. Jawapan ketiga, "Saya ke sini kerana ingin membunuh manusia yang tidak melindungi hasil pengorbanan kekasih saya - anak yang kamu jaga selama ini!"

    Sepucuk pistol dihala ke arahku. Iyan yang tadinya kelihatan lemah kini tampak membara dengan api dendam. Aku berdoa sepenuhnya di dalam hati. Iyan sudah tidak teragak-agak lagi dengan keputusannya. Kulihat jari telunjuknya siap siaga untuk menarik picu pistol...

    ***

    "ABANG!!!"

    Aku terkejut dari mimpiku. Ya ALLAH, mimpi tadi sungguh menakutkan. Suamiku, Addin... Kepalaku lantas mencari bayangannya di sebelah. Tiada! Di mana Addin? Abang, abang di mana? Entah mengapa hati ini seolah-olah mahu menangis. Adakah sebak kerana kehilangan Munzier ataupun sebak kerana ketiadaan Addin di sisiku? Lantas, kubingkas dari katil dan menuju ke bilik mandi. Solat. Itulah perkara utama yang kulakukan jika berasa tidak tenteram.

    ***********************************************************************************************************

    24

    Zaman sekarang...

    Akhirnya, jenazah selamat dikebumikan. Ramai sanak-saudara yang mengiringi hingga ke tanah perkuburan. Semuanya hadir dengan wajah duka. Tidak sangka hayatnya berakhir dengan cara yang sangat dahsyat.

    Selepas dibunuh, kepalanya dipenggal. Kedua-dua belah tangan dan kakinya dipisahkan dari badan. Perutnya dirodok dengan pisau sehingga keluar segala isi di dalamnya. Ketika orang awam menjumpai mayat itu, seekor biawak sedang mencakar-cakar karung guninya. Nasib baik jasadnya belum sempat dimamah binatang liar itu.

    Mengikut hasil laporan polis, pembunuh sakit mental itu masih bebas. Kemungkinan pembunuh itu akan muncul semula untuk membalas dendam kepada ahli keluarga mangsa pula. Kerana itulah isteri jenazah diberi perlindungan rapi oleh pihak polis. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pembunuh itu mempunyai ilmu pukau dalam melakukan jenayahnya. Wallahu 'alam!

    Nurri menangis teresak-esak di rumahnya. Kejadian ini sungguh membuatnya seperti kehilangan nyawa. Saat itu hanya wajah Addin yang terbayang-bayang di matanya. Sedih sungguh! Pemergian lelaki sepertinya sepatutnya berakhir dengan cara yang baik. Bukan dengan keadaan sebegini.

    Sedang Nurri tenggelam dengan perasaannya, tiba-tiba pinggangnya dirangkul dari belakang! Berderau darah Nurri ketika itu. Terkejut!


    "Kenapa sayang bersedih?"

    Serta-merta Nurri membalikkan tubuhnya untuk menghadap orang yang memeluknya. Ditatapnya wajah itu penuh kasih sebelum menyembamkan wajah di dadanya. Pelukannnya erat seperti tidak mahu dilepaskan.

    "Sayang cuma tak dapat terima kenyataan..." sedu Nurri. "Arwah seorang yang baik. Sangat baik!"

    "Tidak mengapalah. Anggaplah ini sebagai ujian ALLAH buat keluarga arwah," bisikku kepadanya.

    Nurri tidak menjawab. Aku tahu dia masih terkejut mendengar pemergian pensyarahnya yang menjadi mangsa pembunuhan kejam. Motif pembunuhan masih belum diketahui. Pihak polis mengandaikan bahawa motifnya ialah dendam berdasarkan keterangan-keterangan yang diambil.

    "Abang," ucap Nurri lembut. "Selepas ni abang nak ke mana?"

    "Abang nak ke Baitul Eeman," jawabku ringkas. "Sayang nak ikut?"

    Nurri menggeleng kepala. "Abang nak bawa buah tangankah? Kalau nak, biar Nurri siapkan."

    "Ya. Tapi kalau sayang penat, tak mengapalah."

    "Ini tanggungjawab Nurri sebagai zawjah(isteri) abang," Nurri melalukan jemarinya di janggut sejemputku. Aik, rasa digoda pula! Hehe... "Nurri siapkan sekarang ya!" sambungnya sambil cepat-cepat melangkah keluar dari bilik sebelum aku memberi respon atas kenakalannya sebentar tadi.

    Setelah beberapa minit, aku mulai bertolak ke Shah Alam. Di sana tertubuhnya sebuah rumah pemulihan untuk individu-individu yang mahu kembali ke pangkal hidayah Ilahi. Aku antara salah seorang pengasas rumah tersebut bersama beberapa orang sahabat yang lain. Kebanyakan penghuni Baitul Eeman ialah golongan terpelajar yang kehilangan arah tuju. Alhamdulillah penubuhan rumah pemulihan tersebut mendapat banyak sokongan pelbagai pihak malah banyak permintaan agar cawangan Baitul Eeman diperluaskan lagi. 

    "Assalamualaikum!" ucapku sebaik masuk ke dalam Pejabat Pentadbiran.

    Muiz, ketua dalam pengurusan Baitul Eeman, mengukir senyuman ramahnya sebaik mendengar ucapanku. "Waalaikumussalam. Syeikh Addin, apa khabar iman hari ini?" Itulah soalan lazim yang ditanyanya jika kami berjumpa.

    "Iman saya perlu dicas pasal banyak sangat dugaan di luar sana," balasku sambil membalas pelukan sunnah yang diberikan Muiz. "Iman dan jasad ustaz macam mana pula?"

    "Alhamdulillah syeikh. Semoga ALLAH mengekalkan kesejahteraan atas kedua-dua nikmat ini. Eh, duduk dulu! Biar ana siapkan air," pelawa Muiz.

    "Tak payahlah susah-susah, ustaz. Saya pun bukannya orang asing dalam Baitul Eeman ni," buah tangan yang disediakan Nurri kuhulurkan kepada Muiz. "Ini buah tangan yang saya bawa. Bolehlah kita makan bersama nanti."

    "Ana rasa baik kita bagi kepada ikhwah Baitul Eeman saja buah tangan ni. Kalau untuk kita-kita, insyaALLAH boleh dicari buah tangan macam ni. Tapi kalau mereka, faham-faham sajalah. Mereka tiada saudara-mara nak kunjungi. Sekadar cadangan saja syeikh," ujar Muiz agar aku faham.

    "Buah tangan yang saya bawa ni sikit saja. Tak mengapakah?" luahku akan kegusaran yang melanda. Menyesal pula tak bawa banyak.

    "InsyaALLAH mereka akan faham. Yang penting mereka dapat rasa dihargai - masih ada yang menyayangi mereka." Muiz, seperti biasa, selalu menjawab dengan husnu dzon (bersangka baik) yang membuat aku kagum dengannya.

    Kami kemudiannya melawat penghuni Baitul Eeman. Ternyata mereka gembira dengan kunjunganku. Ramai yang bersalaman dan memelukku manakala yang sedang sibuk membuat kerja mereka hanya melambai sambil mengucapkan salam dari jauh.

    "Syeikh, lagu tema yang syeikh cadangkan tempoh hari memang berkesanlah. Ramai penghuni di sini yang terharu ketika kami memasang lagu tu buat pertama kali untuk mereka. Lagu yang... subahanallah syeikh!" Muiz sangat teruja sehingga sukar mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keberkesanan lagu tersebut.

    "Sebenarnya ustaz, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut dicedok dari lautan Kalamullah. Pasal itulah bait lagu tu menjadi indah senada dengan iramanya. Lagu yang saya cadangkan tu pula kebetulan kena dengan situasi penghuni di sini.

    Lagu yang mengisahkan bagaimana seorang hamba ALLAH yang sangat bersyukur kepada Penciptanya kerana masih membuka pintu taubat untuknya walaupun terlalu banyak dosa dilakukan. Maha Suci dan Maha Pemurahnya ALLAH, tidak pernah jauh meninggalkan kita. Lagu 'Thank You ALLAH' ni merupakan antara lagu kegemaran saya.

    Inilah yang saya cuba sampaikan kepada penghuni di sini bahawa walau menggunung tinggi sekalipun dosa yang kita lakukan, jika kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh - insyaALLAH kita akan diampunkan. Firman ALLAH SWT yang berbunyi;

    Posted Image
    Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai... [QS At Tahriim 66:8]

    Begitulah yang sebaiknya, kan ustaz?" tanyaku meminta pendapatnya yang lebih alim dalam bidang agama.

    Thank You Allah

    I was so far from you
    Yet to me you were always so close
    I wandered lost in the dark
    I closed my eyes toward the signs
    You put in my way
    I walked everyday
    further and further away from you

    O Allah, you brought me home
    I thank you with every breath I take

    الحمد لله
    All praises to Allah

    I never thought about
    All the things you have given to me
    I never thanked you once
    I was too proud to see the truth
    And prostrate to you
    Until I took the first step
    And that's when you opened the doors for me
    Now Allah, I realized what I was missing
    By being far from you

    الحمد لله
    All praises to Allah

    Allah, I wanna thank you
    I wanna thank you for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    And did you give me hope

    O Allah, I wanna thank you
    I wanna thank you for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    I wanna thank you for bringing me home

    الحمد لله
    All praises to Allah

    الحمد لله



    Muiz atau nama sebenarnya Muiz Nasrallah mengangguk membenarkan kata-kataku. Kemudian, perbualan kami berdua terganggu oleh kehadiran seorang yang aku rindui dan sayangi. Insan itu berdiri penuh kasih di belakang tempat kami duduk berehat-rehat.

    Aku bingkas berdiri dan memeluk tubuh itu. "Akhi Iyan, subhanallah rindunya dengan akhi. Iman dan jasad sihat?"

    Abang Iyan memeluk tubuhku erat-erat. "Alhamdulillah Addin, akhi sihat di sini. Iman akhi insyaALLAH ada peningkatan. Ini semua kerana bantuan Addin yang membantu akhi masuk menjadi penghuni Baitul Eeman. Jazakallahu khairan katsira," ucapnya.

    Abang Iyan kelihatan banyak berubah semenjak beberapa hari masuk di rumah pemulihan ini. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan aku jarang dapat melawatnya di sini. Jika awal pertemuan dahulu dia kelihatan comot, hari ini dia kelihatan segak dan tampan. Wajahnya terpancar sinaran ketenangan. Alhamdulillah, ucapku dalam hati.

    Mengimbau kembali kejadian pada beberapa malam yang lepas ketika Abang Iyan mengacukan pistolnya kepadaku. Aku hanya mampu berdoa memohon perlindungan kepada ALLAH agar dijauhkan daripada sebarang musibah.

    Posted Image
    Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.


    Tangan Abang Iyang menggeletar namun masih tetap menghalakan pistol ke arahku. "Sebenarnya aku dah nekad nak bunuh engkau pada malam ni!" ujarnya dengan nada yang meninggi. "Aku tak dapat terima kekasih aku lumpuh kerana mengharapkan perlindungan bayi yang sia-sia! Kesakitan hati aku perlu dibalas! Engkau! Engkau akan mati pada malam ini!"

    Aku tidak bergerak hatta seinci. Kupamerkan wajah tenang agar ketakutanku tenggelam dan tidak dapat dibaca oleh Abang Iyan. ALLAH, jika aku mati di tangannya - janganlah ENGKAU menghukumnya selepas itu kerana sesungguhnya aku memaafkan kesalahannya, doaku dalam hati.

    "Engkau tak takutkah?" tanya Abang Iyan yang mulai berasa hairan.

    "Sesungguhnya ALLAH ada bersama saya dan kamu. Tiada apa yang saya perlu takutkan." Mataku menunjukkan keyakinan atas ucapanku agar Abang Iyan berlembut hati. "Dan dengan nama ALLAH, saya akan selalu mencintai kamu."

    "Engkau mencintai aku?" ulangnya. "Aku bukan gay!"

    Eh, dia dah salah faham! Bukan maksud aku cinta err... cinta lelaki dengan lelaki. Maksud aku cinta manusia kerana ALLAH. Aduh, saat kritikal macam ni pula dia nak salah faham. Sempatkah aku terangkan kepadanya tentang cinta yang aku maksudkan? Oh, aku tak mahu mati dengan dilabelkan sebagai golongan 'itu'! Tidak! Aku tulen! Aku sejati!

    "Err... bukan cinta yang macam tu," ujarku (ketika itu Abang Iyan kelihatan bertambah nekad untuk menembakku mungkin disebabkan tanggapannya yang serong terhadapku. Matilah aku!). "Maksud saya, kerana kamu adalah seorang Islam dan saya juga seorang Islam - maka wajib ke atas saya menyayangi kamu. Sabda Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya - Tidak (sempurna) iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri. Lagipun, semua orang Islam adalah bersaudara."

    Abang Iyan memikirkan penjelasanku dalam-dalam. "Mengapa engkau terlalu baik untuk menyintaiku sedangkan aku sedang cuba membunuhmu?"

    Aku menghela nafas panjang. "Kerana saya tahu, cinta yang dibina atas dasar ketakwaan kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak terhitung. Syurga adalah tempat yang selayaknya untuk mereka yang saling bercinta kerana ALLAH SWT."

    Abang Iyan diam. Aku dapat menduga bahawa hatinya ketika itu mulai lembut. Ucapan yang kuluahkan sebentar tadi sedang mengalir di segenap anggotanya. Walau bagaimanapun, pistol masih diacu kepadaku.

    "Maaf, aku telah nekad! Aku terpaksa membunuh engkau!"

    BANG!!!

    Aku terbaring di atas karpet masjid. Mataku terpejam. Ketika itu dadaku basah dengan cecair. Aku menutup kawasan yang basah dengan kedua belah tanganku. Pelik! Beginikah rasanya kena tembakan? Mengapa tidak sakit? Mengapa tiada rasa yang mengancam nyawa?

    Aku membuka mataku. Kelihatan Abang Iyan sedang memeriksa pistolnya.

    "Cis, tertukar dengan pistol mainan anak jiran aku pula!" gerutunya sendirian.

    Hah, pistol mainan?! Cepat-cepat aku berdiri. Kuperiksa dadaku yang terkena tembakan. Tiada kesan darah! Yang ada hanyalah cecairan air paip. Haha... aku terpedaya. Aku ditembak denga pistol air. Bukan pistol betul.

    Abang Iyan memerhatiku dengan mata yang terkebil-kebil. Perlahan-lahan pistol itu diangkatnya dan di acukan kepadaku. Sebaik jarinya menarik picu pistol, pancutan air termuntah dari hujung pistol itu lantas terkena mukaku.

    "Hayat kamu masih panjang, Addin," ujar Abang Iyan lantas membawaku ke dunia realiti. "Kalaulah hari tu akhi bawa pistol sebenar, boleh jadi akhi terus tenggelam dengan dosa maksiat."

    "Bersyukurlah ya akhi. ALLAH masih sayang dengan akhi pasal tu ditukarkanNYA pistol akhi dengan pistol mainan anak jiran akhi. Hehe... tapi peristiwa akhi tembak saya denga pistol mainan itulah yang menyebabkan saya dapat idea untuk mengadakan aktiviti Paintball hujung minggu ni," jelasku dengan senang hati.

    "Pastikan Addin tak bawa senjata api yang sebenar pada hari tu. Kalau tak, semua penghuni di sini jadi arwah," seloroh Abang Iyan lantas kedua-dua kami ketawa (tapi ketawa Abang Iyan macam gorila... hehehe).

    *********************************************************************************************************
    25

    Posted Image
    Dulu Nurri dan Addin saling bermusuh, sekarang...


    Malam kian larut. Sedangkan aku masih setia di meja, menaip sambungan penulisanku. Khusyuk pandanganku di dada komputer langsung tidak terusik sehinggalah bahuku disentuh lembut dari belakang.

    “Cerpen abang tak siap lagikah?” tanya Nurri sebelum melabuhkan punggung di sebelahku. Sebiji cawan berisi air habbatus sawda’ diletakkan di tepi meja. “Abang minumlah dulu. Segarkan minda.”

    Aku berhenti menaip. “Jazakillahu khair, sayang,” ucapku sebelum meneguk air yang dibancuhnya. “Hmm… sedap rasanya. Semanis senyuman sayang.”

    Nurri tersenyum manis mendengar pujian tersebut. Tangannya kemudian mengurut-ngurut belakangku. “Mesti abang penat, kan? Biar Nurri hilangkan lenguh-lenguh abang.”

    “Abang, Nurri nak tanya sesuatu boleh?” tanya Nurri sebaik aku menyambung penaipanku.

    “Nurri tanya seribu pun tidak mengapa. Tapi start dari soalan kesebelas, abang dah berdengkur kot,” selorohku lantas urutan Nurri menjadi sebuah cubitan geram. “Okey, okey. Apa yang sayang nak tanya?”

    “Sebenarnya, Nurri teringin sangat nak tahu – mengapa abang gunakan arena penulisan sebagai medium dakwah abang?” tanya Nurri.

    “Itu sajakah?” tanyaku pula.

    “Ada lagi. Tapi abang jawablah dulu soalan ni,” pinta Nurri manja.

    “Sayang, ingatkah lagi kisah Nabi Muhammad menyebarkan dakwah melalui surat utusannya kepada beberapa orang pemimpin?” soalanku dijawab dengan anggukan Nurri.

    “Kalau abang ceritakan dengan mendalam, kemungkinan kita terpaksa berjaga sehingga Zohor,” gurauku bersahaja. “Tetapi, apa yang abang ingin sampaikan ialah penulisan juga merupakan antara uslub dakwah terawal yang nabi gunakan.

    Dakwah penulisan berbentuk attractive, kalau sayang teliti. Lihat pada zaman sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul. Orang Quraisy Mekah sangat tertarik dengan sastera berbentuk puisi. Eh, sayang janganlah tidur! Kasihan abang cakap seorang diri,” Pipi Nurri kucubit. Dia tersengih apabila matanya segar semula.

    “Abang ringkaskan cerita abang, boleh? Hehe…” ujar Nurri yang jelas kurang berminat dengan ayat-ayat berbungaku.

    “Secara ringkasnya, penulisan itu sunnah perjuangan dakwah Nabi walaupun surat utusan itu ditulis oleh jurutulis baginda. Malah, dalam al-Quran pun turut merakamkan agar penulis menulis kebenaran,” jelasku panjang lebar.

    Posted Image
    Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis... [QS al-Baqarah 2:282]


    “Abang nak contohi jejak langkah penulis-penulis dakwah yang lainkah? Contohnya Kang Abik, Fatimah Syarha, Hlovate… Siapa lagi ya?” Nurri menggaru-garu dagunya, berfikir.

    “Ramai lagi penulis dakwah yang lahir. Penulis dakwah yang abang maksudkan ialah mereka yang menulis melalui penyampaian cerita,” ujarku berhemah. “Hamka, Faisal Tehrani – abang suka karya mereka. Sesungguhnya mereka merupakan para suami yang berusaha keras menuntut redhai Ilahi. Dan Nurri juga perlu sedar bahawa selama ini Nurri hidup bermadu.”

    “Maksud abang?”

    “Maksud abang – perjuangan dakwah merupakan isteri pertama bagi suami. Perjuangan dakwah untuk keluarga, masyarakat, dan negara. Sayang rela, kan?”

    Nurri mengangguk. “Selagi madu Nurri ni bukan manusia, Nurri gembiralah. Tetapi kalau bermadu tu – lain kes. Hehe… bukan Nurri menolak poligami. Namun, kebanyakan wanita berselimut selendang cemburu.”

    “Aik, isteri abang ni reti cemburu juga rupanya!” usikku sambil mencubit hujung hidungnya. “Ingatkan Nurri tak kisah kalau abang ehemm ehemm – kahwin satu lagi!”

    Selepas beberapa ketika aku dicubit, dipukul-pukul di bahu (tak sakit pun), dan digigit di lengan (adegan ini tiada dalam kejadian, saja nak tambah) – Nurri serta-merta terkaku sebaik aku berlagak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seketika, aku mengenyit mata kepadanya.

    “Someone is blushing right now!” ujarku apabila Nurri merona merah.

    Kemudian, aku menceritakan kepada Nurri tentang perancanganku selepas menyiapkan karyaku. Bagaimana selepas ini aku akan membuat kisah yang sama namun berbentuk lebih realistik dan jalan ceritanya lebih terperinci. Tambahan pula, dua novel akan dilakar untuk mengasingkan dua zaman yang dimuatkan dalam karya online.

    Nurri menyokong cadanganku malah menasihati aku agar mengekalkan nuansa humor dalam penulisanku.

    “Kalau pembaca yang mempunyai kefahaman yang bagus dalam agama, hidup pun dalam suasana islami – InsyaALLAH mereka sukakan novel yang bersulam keislaman,” ujar Nurri dengan bijak. “Namun, bagaimana pula dengan mereka yang tidak merasa peluang seperti itu. Mereka lebih sukakan pembacaan yang tidak terlalu berat untuk dihadam.”

    “InsyaALLAH abang akan cuba usahakan cerita islami yang boleh dihadam oleh semua golongan yang punya fikrah agama ataupun yang kurang memilikinya,” setujuku dengan pendapat Nurri.

    “Penulisan lanjut ini akan menjawab semua persoalan yang timbul dan misteri yang belum terungkai dalam karya online abang,” jelasku lagi.

    Melalui enjin pencarian internet, kutaip sebuah laman sesawang. Sebuah tajuk besar muncul di dada komputer yang berbunyi - PTS Menganjurkan Sayembara Menulis Novel Humor.

    “Abang nak sertai pertandingan inikah?” tanya Nurri teruja.

    Aku angguk kepala. “Menang bukanlah tujuan utama abang. Tujuan utama abang ialah kalimah cinta ALLAH yang abang titipkan dalam penulisan ini dapat dikongsi bersama saudara seislam yang lain.”

    “Kalau menang, apa abang nak buat dengan wang ganjaran?” tanya Nurri.

    “Abang nak kahwin satu lagi. Hehe…” ujarku lantas membuat Nurri mencebik. “Abang gurau saja. Kalau menang, sebahagian besar wang itu abang nak belanjakan di jalan ALLAH. Lifeline4Gaza sekarang ni sedang mengutip sumbangan untuk saudara kita di Palestin. Mungkin inilah peluang untuk abang melabur bakti kepada bumi Gaza.”

    “Abang tak nak guna duit tu untuk kepentingan sendiri?” Nurri cuba mendugaku.

    “Sayang, cukuplah dengan fulus dari kerja abang untuk menyenangkan keluarga kita. Abang dah lakar halatuju kewangan abang. Sayang jangan risau ya. Lagipun rezeki seseorang itu ditentukan oleh ALLAH,” nasihatku kepada Nurri. “Doakan abang ya!”

    “Untuk abang, Nurri sentiasa doakan yang terbaik. Semoga usaha abang menjadi asbab pemberat amalan ketika di mahsyar kelak.” Doa Nurri kuaminkan agar diperkenankan oleh ALLAH SWT. Sungguh, aku beharap doa dalam usaha ini!


    Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! [QS al-Mukmin 40:60]


    *********************************************************************************************************
    26
    Posted Image


    Usai perbualan kami di dalam ruang tamu, kupimpin isteriku di balkoni rumah. Nasib baik balkoni rumah aku terlindung daripada rumah-rumah yang lain. Jadi, bolehlah aku nikmati panorama malam tanpa berasa bimbang dengan mata-mata nakal orang asing.

    “Abang, abang tahu tak yang perempuan sukakan lelaki yang berilmiah lagi beriman? Err… kebanyakannyalah, tak semua,” Nurri memperbetulkan statementnya.

    “So, sayang nak abang bagi tadzkirahlah ya?” tanyaku sebelum mengangkat tangannya. “Lihat jari-jemari ini. Sayang pernah terfikir tak mengapa jari-jari kita tak sama rata?”

    Nurri menggeleng kepala.

    “Jari ibu ni melambangkan agama islam atau iman, merupakan jari yg terpenting sekali dalam kesemua jari-jemari. Tanpa jari ini tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla bla,” celotehku macam biasa – kurang serius. “Begitulah pentingnya iman pada hidup ini.”

    “Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, contoh apabila orang tanya mana masjid? Kita akan tunjuk dengan jari telunjuk,” tambahku lagi. “Memberi tunjuk ajar kepada manusia.”

    “Jari tengah pula?” tanya Nurri.

    Aku ketawa secara tiba-tiba. Terlintas perkara yang tidak baik di kepalaku. “Betul sayang nak tahu?” tanyaku dengan sisa tawa. Nurri angguk kepala.

    “Ini jari F!” meledak ketawaku serta-merta. Ish, nakal juga aku ni rupanya! Nurri yang pada mulanya tidak dapat menangkap maksudku terus mencubit lenganku apabila dia mulai faham.

    “Ish, time orang nak dengar perkara ilmiah – time tulah juga abang nak menggatal!” rungut Nurri namun dia turut tertawa.

    Aku beristighfar berulang kali. Setelah mendapat kekuatan untuk bersuara semula, aku menyambung, “Ini jari nafsu. Sekarang cuba sayang bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ini lebih tinggi dari jari ilmu. Ini bermakna walau hebat sekalipun ilmu agama, nafsu tetap mendahului. Sebab tu nabi suruh kahwin cepat-cepat!”

    “Sekarang kita beralih kepada jari manis. Jari manis diibaratkan sebagai isteri yang manis. Isterilah yang dapat meredakan nafsu syahwat lelaki,” ujarku sambil memerhati Nurri. Aku berhati-hati memilih ayat agar tidak diserang Nurri lagi.

    “Jika sayang perasan, jari manis dan jari telunjuk mengapit jari F, err… maksud abang jari tengah. Maka nafsu akan terkawal. Begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah.”

    “Last but not least, jari kelingking atau sesetengah orang memanggilnya jari anak. Abang tak nak ulas lanjut pasal jari ni kerana dah jelas namanya mewakili anak-anak. Inginkan anak-anak yang soleh, kenalah kahwin dulu. Nanti tiadalah berlaku kes pembuangan bayi,” tuturku mengakhiri tadzkirah yang terselit sedikit kenakalanku.

    “Nurri nak buat konklusi boleh?” pinta Nurri, dan kujawab dengan anggukan. “In essence, kita perlulah persiapkan diri dengan amal ibadat serta mendampingi orang yang soleh agar nafsu dapat dilentur. End of all, kita dapat menuju mardhatillah. Bercinta sehingga di syurga. Seindah bintang malam ni.”

    Ku tatap dada langit. “Sayang lihat bintang tu, terang sangat kerdipannya!”

    Nurri turut melihat bintang yang kumaksudkan. “Subhanallah, cantiknya! Bintang yang sebelah tu pun cantik juga!”

    “Sayang lihat bintang ni. Dekat sangat dengan abang. Lagi cantik! Cepat tengok!” ujarku teruja.

    Nurri segera menoleh dan… pipinya tersentuh bibirku. Yes, trick aku menjadi! Aku memang nak kucup pipi dia pun. Hehe…

    “Nurrilah bintang hati abang. Yang lebih indah dari bintang di dada langit. Bintang hati yang menambahkan keimanan dan ketakwaan abang setiap masa,” bisikku sebelum membacakan sepotong ayat.


    Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). [QS An Nuur 24:26]



    Ku tatap wajah Nurri. Matanya kurenung penuh kasih sementara tangannya kutekap di dadaku. Walau tanpa bicara, aku mahu dia faham bahawa jantung yang berdegup ini pasti akan terhenti suatu hari nanti. Oleh itu, penyambung nafasku selepas ini perlulah meneruskan perjuangan dakwah di jalan ALLAH.

    “Srikandi cintaku, redhailah suamimu dan bakal anak-anakmu jika perjuangan mereka menemui syahid. Kesaksian cintamu bukan milik hakiki seorang suami. Namun, ALLAH-lah yang selayaknya engkau serahkan jiwa sucimu. Jangan disesalkan sedikit pun jika sesuatu yang menyakitkan itu bisa menaikkan darjatmu di sisi ALLAH.”

    Nurri tanpa kusedari menitiskan mutiara jernihnya. Suaranya terlalu perlahan dan halus sehingga telingaku sukar menangkap ucapannya. Namun, aku tahu – dia sedang memuji Ilahi sepertimana lisanku bersyukur kepada ALLAH. Bersyukur kerana sebuah perkahwinan memimpin susuk tubuhku agar bertambah erat dengan lembayung kasih ALLAH.

    “Jom solat sunat!” ajak Nurri, senyumannya penuh tersirat. Sedihnya diganti dengan sebuah tekad.

    “Solat apa? Nak solat tahajud, kita belum tidur lagi,” aku sedikit keliru.

    “Tadi abang juga nak cakap, Nurri perlu meredhai bakal anak-anak Nurri untuk berjuang. Seperti kisah Khansa yang dikenali Ummu Syuhada (Ibu Orang Syahid) yang mengerah kesemua puteranya untuk berjuang,” petah Nurri menutur kata. “Tetapi Nurri belum ada Muhammad al-Fateh untuk memimpin tentera Islam. Atau Salahuddin al-Ayubbi yang menakluki semula al-Aqsa.”

    Aku tersenyum. Faham dengan maksud Nurri. Nampaknya Nurri mempamerkan peribadinya sebagai ciri-ciri isteri yang dipuji Rasulullah – yakni menghilangkan rasa malu untuk menambat hati suami.

    Sambil berpimpinan tangan, aku menyanyikan lagu ciptaanku sendiri.

    “Eh, rentak lagu abang ni macam lagu Doa Makan dalam TV. Lagu doa untuk kanak-kanak. Tapi mengapa ayatnya berbeza?” tanya Nurri.

    Memang benar aku meniru rentak lagu Doa Makan. Lirik saja yang aku gubah menjadi doa lain. Kukuatkan nyanyianku dengan nada kanak-kanak nakal agar Nurri lebih teliti.

    Posted Image
    Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami. [HR. Bukhari: 6/141, Muslim: 2/1028]


    Setelah menghayati doa tersebut, Nurri tergelak sama. Malah dia juga turut mendendangkan lagu itu dengan nada merdu dan mencuitkan hatiku. Bahagia? Ya, aku rasa bahagia kala ini. Dengan zawjah yang solehah, mana-mana lelaki pun berasa seperti di syurga. Alhamdulillah ya ALLAH!

    Cinta suami isteri antara Addin dan Nurri kian mengharum di laman perkahwinan. Perkahwinan yang mereka didirikan bukan atas dasar nafsu. Bukan pula kerana suka-suka seperti liburan anak muda. Malah mereka meletakkan perkahwinan itu bukan tujuan, kerana maksud perkahwinan mereka adalah jalan. Jalan yang membawa manusia menikmati harumnya Firdausi, manisnya iman, serta agungnya Ilahi.


    Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [QS An-Nisa :1]



    .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

    CINTA SUAMI ISTERI
    TAMAT

    ehem ehem ..like je ?