story of my life: cerpen :Aspura anti Aspuri PART 1

l

 

Friday 5 October 2012

cerpen :Aspura anti Aspuri PART 1

Assalamualaikum..kali ni fatin nak tunjuk cerpen or novel tah nih yg femes time fatin balaja kat skolah dulu.Best cite nih.,rugi tak bce .seorg blogger yg buat cite nih.dia post cite nih dkat http://komuniti.iluvislam.com .





1

Aku terjaga dari tidur. Huh, seram sungguh mimpi tadi! Dalam mimpiku, aku berkahwin dengan Noni 3A. Suasana ketika itu meriah. Aku duduk di depan seorang kadi yang menjabat tanganku erat.

“Aku nikahkan engkau dengan Nurri Syuhada bte Rahim dengan mas kahwinnya RM50 tunai,” ucap kadi itu.

Dengan lancar dalam satu nafas aku melafazkan, “Aku terima nikahnya Nurri Syuhada bte Rahim dengan mas kahwinnya RM50 tunai.”

Kemudian, Abang Chik dan Safuan yang berperanan sebagai saksi mengesahkan ijab kabul tersebut. Dan dengan itu, secara rasminya aku telah sah bergelar suami kepada Noni 3A!

Doa Apabila Terganggu dan Terkejut Ketika Tidur atau Rasa Kesepian

Posted Image

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.


Aku mengesat peluh dingin yang membasahi dahiku. Fuh, nasib baik mimpi! Kalau betul, tak tahulah macam mana aku nak jalani kehidupan aku nanti. Aku melirik jam di sebelah katilku – 4.17 pagi. Boleh solat tahajud ni!

Ketika aku menarik selimutku untuk keluar dari dalamnya, sesuatu yang lebih dahsyat dan menyeramkan membuat aku separuh menjerit. Noni 3A sedang lena di sebelahku! Oh, tidak!

Aku duduk di tepi katil sambil memicit-micit kepalaku yang sedaya upaya berfikir. Mengapa Noni 3A ada di sebelahku? Perkara pertama sekali kuperiksa ialah tubuhku. Setelah kuamati dengan teliti, tubuhku alhamdulillah masih berbalut dengan baju dan seluar. Maksudnya tiada apa-apa yang tidak enak berlaku antara kami berdua.

Aku berfikir dengan lebih dalam. Mulutku berkumat-kamit membaca selawat ke atas nabi. Itulah tindakan yang kulakukan sekiranya aku dalam keadaan lupa. Tadi, aku bermimpi bahawa aku mengahwini Noni 3A. Tetapi benarkah itu sekadar mimpi. Atau perkahwinan itu benar-benar terjadi? Mataku terbeliak! Sekarang aku sudah ingat! Aku memang mengahwini Noni 3A tengah hari tadi. Dan upacara akad nikah itu memang benar-benar berlaku.

Astaghfirullahal ‘adzim! Aku mengucap panjang. Penyakitku masih belum hilang rupanya. Dari kecil hingga sekarang, penyakit ‘lupa selepas bangun’ tidak pernah pulih. Walau berapa banyak kaedah rawatan pun yang aku jalankan, semuanya tidak mendatangkan hasil. Aku tidak pasti sama ada aku seorang sajakah yang menderita penyakit ini? Wallahu ‘alam. Inilah ujian ALLAH SWT buatku.

Kulihat Noni 3A yang masih lena. Dalam cahaya yang samar-samar kumasih dapat melihat wajah kepenatannya. Sudah tentu dia letih melayan tetamu yang datang sehingga pukul 11 malam tadi. Dengan ragu-ragu tanganku menyentuh bahunya.

“Noni. Noni,” aku menggoyang bahunya. Liatnya dia nak bangun. Bagaimana kehendakku ingin dipenuhi kalau dia masih tidur.

Lantas aku memasuki bilik air kemudian membawa segayung air. Kucelup tanganku di dalam gayung itu sebelum kurenjis wajahnya. Mata Noni 3A yang masih terpejam bergerak-gerak. Keningnya berkerut. Pun begitu, dia masih berdegil untuk bangun. Kehendakku kala itu meronta-ronta. Noni, kau mesti bangun! Kurenjis wajahnya dua kali.

“Eh, apa ni?!” Noni 3A bingkas duduk. Tangannya menyapu-nyapu wajahnya yang sedikit basah.

“Jom,” ucapku sambil tersengih.

Noni 3A seperti terkejut. Aku tak pasti sama ada dia terkejut kerana aku bangunkan dia, atau dia terkejut dengan perkataan yang kuucap itu.

“Jom?” ulangnya dalam bentuk pertanyaan. Aku dapat mendengar jantungnya berdegup kuat. Dia menepis tanganku ketika aku cuba menarik tangannya.

“Awak nak bawa saya ke mana?” tanyanya dengan nada risau.

Aku tersenyum. “Malam ni… eh, silap! Pagi buta ni, saya…” kulihat Noni 3A semakin pucat. “Saya nak ajak awak solat tahajud bersama saya.”

Noni 3A mengeluh nafas lega. Aku beredar meninggalkan dia yang masih dalam keadaan terkejut sambil bibirku tersengih kecil. Hehe… mesti dia takut separuh mati dengan lakonan suspens aku tadi. Sebelum aku menutup pintu bilik air, kusempat terdengar Noni 3A seperti mengomel sesuatu.

*********************************************************************************************************

2

Zaman persekolahan...

Tujuh tahun yang lalu, aku berjaya menjejakkan kaki ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Keputusan PMRku yang cemerlang melayakkan aku menjadi golongan pelajar SBP. Ibu bapaku berasa bangga kerana kesemua anak mereka berjaya memasuki SBP dan MRSM.

Dan aku lebih berasa bangga kerana akhirnya aku berjaya menebus kekecewaan kerana tidak memasuki SBP selepas UPSR dulu. Bukan aku tak layak, namun aku tidak mendapat sebarang tawaran. Berbeza dengan keempat-empat abangku yang lain, mereka menjadi pelajar SBP dan MRSM sejak tingkatan satu lagi.

Ketika aku memasuki SBPX (nama dirahsiakan), kelompok pertama yang menjumpaiku ialah kelompok pelajar lelaki yang anti dengan pelajar perempuan. Maaf, mereka bukan gay. Namun, mereka kurang menyenangi perangai kebanyakan perempuan di sekolah itu. Mereka menggelarkan kumpulan mereka 4A (Aspura Amat Anti-Aspuri).

Memandangkan ketika itu aku belum mempunyai ramai kenalan, secara automatiknya aku menjadi salah seorang daripada kumpulan 4A. Kebetulan, aku juga sememangnya tidak rapat dengan mana-mana perempuan. Apatah lagi dalam keluargaku tiada jantina itu melainkan ibuku.

Kumpulan 4A tertubuh apabila terdapat kumpulan yang hampir sama dengan 4A dalam kalangan aspuri. Merekalah yang memulakan dan mencetuskan kumpulan anti-menganti ini. Nama kumpulan mereka ialah 3A (Aspuri Anti-Aspura). Dan salah seorang daripada anggota 3A ialah Noni!

Asalnya aku dan Noni tidaklah bermusuh sangat. Namun, ada peristiwa yang sangat memalukan dirinya dan hampir menjatuhkan air mukaku telah berlaku beberapa bulan selepas aku masuk di sekolah itu. Semenjak itu, kami berdua menjadi musuh ketat. Tersangat ketat!

Namun, sungguh tidak kusangka Noni 3A kini menjadi milikku. Aku seakan percaya dan tidak percaya akan perkara ini. Ibuku, Hajah Rohayu, sudah maklum bahawa kesemua anak lelakinya tidak akan membantah kemahuannya. Begitulah cemerlangnya didikan ibu dan ayah yang membuat kami sentiasa patuh arahan mereka. Dan kerana kepatuhanku itulah yang menjodohkan aku dengan musuh ketatku itu.

“Ibu nampak kamu ni dah dewasa. Kewangan kamu pun sudah stabil,” ibuku memulakan mukadimahnya. “Jadi, ibu kepingin sangat nak melihat anak bongsu ibu ni membina rumah tangga seperti abang-abang kamu yang lain.”

Aku ketika itu sekadar mengukir senyuman. Aku sudah tahu maksud tujuan ibu memanggilku pulang ke kampung. Oleh itu, aku juga telah sedia memasang telinga untuk mendengar luahan ibu. Malah, aku juga membawa kejutan besar kepada ibu ketika itu.

“Ibu, sebelum ibu bercakap lebih lanjut, saya ada sesuatu nak tunjukkan dengan ibu.” Aku mengeluarkan sepucuk envelope besar dari beg bimbitku.

Ibu membukanya envelope itu dan membaca kandungannya dengan teliti. Wajah ibu berubah antara terharu dan gembira. Dia mengucup sijil kursus perkahwinan yang tertera namaku di atasnya.

“Kamu sengaja buat ibu terkejut. Bila kamu ikut kursus ni?”

Aku tertawa kecil. “Selepas ibu gesa Abang Chik kahwin dulu, saya cepat-cepat daftar borang untuk kursus perkahwinan. Nanti tidaklah tergopoh-gapah macam Abang Chik.”

“Kamu sudah ada calon?”

Aku menggeleng kepala. “Soal pasangan hidup saya, saya serahkan kepada ibu dan ayah. Sama seperti Abang Long, Abang Chik, dan Safuan – kecuali Abang Ngah. Saya tahu, ibu dan ayah mesti inginkan pasangan yang terbaik dan solehah untuk anak-anak, kan?”

Ibu mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi. “InsyaALLAH minggu depan ibu akan beritahu gerangan bidadari buat kamu nanti. Bulan hadapan kita langsungkan majlis perkahwinan kamu tanpa pertunangan.”

Aku mengangguk tanda setuju. Walaupun sebenarnya aku berdebar dalam hati. Inilah pertama kalinya aku berasa berdebar kerana wanita. Dalam hatiku, aku berdoa.

Doa untuk Memudahkan Sebarang Urusan

Posted Image
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
************************************************************************************************************
3

Zaman sekarang…

Mata Noni 3A bergenang tangis – merah. Kami berdua baru saja selesai ‘berbahas’ tentang Facebook. Aku menegurnya agar tidak berhubung dengan lelaki lain dalam laman sosial itu. Sebagai isteri, dia tidak boleh bergaul dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

Noni 3A menegaskan bahawa langsung tidak terdetik di hatinya untuk menjadikan kenalan-kenalan barunya itu sebagai calon suami. Sekadar mengisi masa lapang saja. Dengan menggunakan nama dan tanggungjawabku sebagai seorang suami, aku menegaskan bahawa aku tidak membenarkan Noni 3A berhubung dengan kenalan-kenalan barunya itu.

“Saya nak tahu dari mulut awak sendiri,” suara Noni 3A memecah kesepian dalam ruang tamu. “Mengapa awak mengahwini saya kalau awak tahu yang awak tidak mencintai saya?”

Aku diam. Cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk kulontarkan kepadanya. Agar selepas memberi jawapan tersebut, kami berdua tidak bertengkar lagi. Aku sendiri pun sudah bosan dengan kehidupan berperang mulut sebegini. Walhal, aku asalnya seorang yang tidak banyak mulut.

“Noni…”

“Jangan panggil saya Noni!” pintas Noni 3A.

Aku menahan sengih. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia kacau. Gelaran Noni 3A itu diberikan oleh kumpulan 4A dahulu kerana salah seorang ahli 4A tersalah dengar nama Nurri sebagai Noni. Semenjak itu, gelaran Noni lekat padanya.

“Maaf. Nurri, secara jujurnya saya sendiri tidak tahu mengapa saya mengahwini awak. Tapi saya yakin bahawa ini ketentuan ALLAH SWT untuk awak dan saya. Ketentuan bahawa awak menjadi isteri saya.

Jujur, saya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh kita berdua. Saya tahu ALLAH SWT telah memberikan yang terbaik buat saya. Saya harap awak tidak lagi mempersoalkan tentang jodoh yang ditetapkan ini. Banyakkan istighfar. Kita telah melakukan kemungkaran jika kuasa ALLAH SWT tidak kita yakini.

Larangan Mengingkari Takdir

Diriwayatkan dari Umamah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Tiga macam orang yang tidak akan menerima dari mereka tebusan ataupun taubat: Orang yang durhaka, yang suka mengungkit-ngungkit pemberian, dan mendustakan takdir'," (Hasan, Ibnu 'Ashim dalam as-Sunnah [323]).


"Dan…” aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk mengungkapkan – “… saya cuba sebaik mungkin untuk mencintai awak. Saya harapkan awak juga macam tu.”

Noni 3A mengesat mutiara kaca yang hampir tumpah di pipinya.

“Tapi sampai bila?” ujarnya separuh berbisik namun masih boleh kudengari. “Sampai bila kita nak hidup sebegini.”

“Penderitaan ini akan tamat setelah saya sepenuhnya mencintai awak dan dalam masa yang sama hanya saya seorang yang menjadi kekasih dalam hati awak – setelah ALLAH SWT dan pesuruhNYA Muhammad SAW.” Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku boleh mereka sebuah ayat yang – pada pendapatku – romantis islami. “Banyakkan berdoa kepadaNYA agar disemaikan benih cinta kerana ALLAH dalam rumah tangga kita.”

Aku mendekatkan diri kepada Noni 3A. Kuambil tangannya dan kutekapkan di dadaku. Aku tidak tahu mengapa aku berani menyentuh tangannya sedangkan sebelum ini jarang sekali kami bersentuhan.

Aku dapat merasakan debaran Noni 3A ketika aku merapatkan wajahku ke wajahnya. Pipinya merona merah. Semakin lama wajah kami mendekat. Aku memejamkan mataku…

“Cukup!”

Serta-merta aku mendapati tubuhku tersandar di tepi almari. Hidungku terasa panas. Terdapat cecairan pekat sedang mengalir keluar dari dalamnya. Darah! Noni 3A menekup mulutnya. Aku tahu, dia tidak sengaja menumbuk batang hidungku.

“Addin!” Noni 3A meluru pantas ke arahku.

“Auchh!!!” aku mengaduh ketika dia menyentuh batang hidungku.

“Oh, maaf! Maaf! Saya tak sengaja!” kelam kabut dia jadinya.

Aku terus menyambar tangannya. Dia terkaku apabila mata kami saling bertentangan.

“Please…” gumamku perlahan. “Please get me the first aid.”

Tanpa banyak membantah, dia segera mendapatkan kotak kecemasan. Aku tertawa sendirian sambil menahan pedih di hidung. Hmm… padan dengan muka aku sendiri!

************************************************************************************************************


4

Zaman persekolahan…

Semua pelajar telah meninggalkan bangunan akademik. Ketika berjalan bersama pelajar yang lain untuk ke asrama, aku tiba-tiba teringat buku Lelaki Soleh yang tertinggal di atas meja kelasku.

“Aku nak balik ke kelas kejap. Nak ambil barang tertinggal,” aku meminta izin kawan-kawanku untuk tidak menyertai mereka menuju ke asrama.

Sambil berlari-lari anak, aku masuk ke kelas 4 Umar al-Khatab. Buku berwarna kuning kesayanganku itu tergeletak kemas tanpa terusik sedikitpun kedudukannya ketika aku selesai membacanya tadi. Dengan senang hati, aku mengambil buku itu.

“Maaf, pelajar tak dibenarkan duduk di kelas antara pukul 2 petang hingga 3 petang. Ini peraturan sekolah,” seorang pengawas menegurku dari luar pintu kelas.

“Saya cuma nak ambil buku saya,” jelasku sambil menunjukkan buku tersebut.

“Mengapa tak ambil waktu prep saja?” tanya pengawas itu. “Maaflah, saya terpaksa ambil nama awak. Nama awak?” tanya pengawas itu sambil mengeluarkan buku catatannya.

“Tak bolehkah awak consider sikit? Lagipun saya bukannya mencuri!” Aku cuba mempertahankan diriku.

Pengawas itu mengangkat mukanya – serius. “Awak pelajar baru, kan?”

Aku mengangguk.

“Awak sepatutnya menjaga rekod pelajar baru awak agar tidak dilabel sebagai pelajar kurang berdisiplin. Saya dimaklumkan, pelajar pengambilan tingkatan empat telah diberi briefing tentang disiplin sekolah ini. Jangan disalahgunakan perkataan – ‘Saya budak baru dan saya tak tahu peraturan di sini!’ Sekali lagi, nama awak?”

“Muhammad Addin bin Mustaqim,” jawabku akur. “Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.”

Aku berjalan melintasi pengawas itu tanpa menoleh sedikitpun. Antara peraturan dalam kumpulan 4A – dilarang berbual tanpa sebab dengan pelajar perempuan dan dilarang memandang mereka dengan sengaja.

Tidak berapa lama aku meninggalkan kelas, aku terdengar bunyi sesuatu mengaduh kesakitan. Kutoleh ke belakang dan mendapati pengawas tadi sedang melutut di koridor kelasku sambil menekan perutnya. Dengan berasa tanggungjawab, aku berpatah semula ke kelas.

“Awak tak apa-apakah?”

“Awak pergi! Pergi!” tegas pengawas itu sambil cuba berdiri sementara tangannya masih menekan perut.

Dia terciritkah? Soalku dalam hati. Namun, tiba-tiba aku tahu apa yang menyebabkan dia kesakitan. Aku terlihat baju sekolahnya bahagian belakang berlumuran darah. Ya ALLAH, dia cedera! Serta-merta pengawas itu termelutut semula.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangkat pengawas itu. Aku takut dia mati di depan mataku. Kulihat wajah pengawas itu pucat seperti mayat dan bawah matanya berwarna hitam seperti pontianak. Oleh itu, lebih baik aku menyelamatkan nyawanya.

“Eh, apa awak buat ni! Lepaskan saya! Lepaskan saya!” pengawas itu memukul-mukul dadaku.

Aku tidak mengendahkan pukulan itu. Tujuan aku sekarang hanyalah menyelamatkan pengawas itu dengan menghantarkannya ke bilik guru. Nanti dia boleh dibawa ke hospital.

Akhirnya aku sampai di bilik guru. Aku berasa lega kerana bilik tersebut masih penuh dengan guru-guru dan beberapa pelajar yang mungkin bertanya tentang pelajaran atau program. Pengawas itu terjerit-jerit ketika aku masuk ke bilik guru. Mungkin rohnya dah sampai halkum agaknya, pasal tu dia terjerit-jerit kesakitan – fikirku.

Keriuhan yang datang dari pengawas itu serta-merta mendapat perhatian semua orang dalam bilik guru. Seorang guru yang paling dekat dengan pintu meluru mendapatkan pengawas itu.

“Mengapa dengan dia?” tanya Cik Suwitah selepas aku menurunkan pengawas itu ke kerusi yang ditarik oleh cikgu tersebut. Lantas, aku menjarakkan diriku.

Kami berdua mulai dikerumuni oleh guru-guru sementara pengawas itu mulai menangis. Ramai yang terkejut melihat baju putihku berdarah – terkena darah ketika mengangkat pengawas itu. Bilik guru tersebut mulai riuh-rendah.

“Cikgu, bawa dia segera ke hospital! Dia cedera parah! Cepat cikgu, ini kecemasan!” ujarku.

“Mengapa dengan dia?” ulang Cik Suwitah.

“Dia cedera parah cikgu. Tadi, tiba-tiba dia melutut dan saya lihat dia berdarah!” jelasku lantas membuat esakan pengawas itu lebih kuat sambil menutup wajahnya.

“Di mana yang cedera parah?” tanya seorang guru yang lain – ketika itu aku belum kenal semua nama guru.

“Belakang dia!” jawabku pantas.

Beberapa orang guru kulihat sedang berbisik-bisik. Tiba-tiba wajah beberapa orang guru lelaki berubah seperti menahan tawa sementara guru-guru wanita menyuruh semua lelaki yang ada di situ termasuk aku untuk meninggalkan bilik guru.

Aku keluar bersama pelajar-pelajar lelaki yang turut berkumpul melihat kejadian itu. Seorang pelajar tingkatan lima menarik aku jauh dari bilik guru. Dia ketawa terbahak-bahak ketika menarik aku. Pelajar yang lain membuntuti langkah kami.

“Kau tahu tak darah apa yang melekat di baju kau ni?” tanyanya. “Dan kau tahu tak apa yang membuat pengawas itu berdarah?”

Aku menggeleng kepala.

“Pengawas tu sedang datang bulan. Dan ini darah bulanan perempuan! Hahaha…” pelajar tingkatan lima itu tertawa diikuti oleh pelajar yang lain.

Mataku terbeliak! Dan permusuhan telah tercetus disebabkan kebodohanku! Sungguh! Aku tak suka bermusuh! Dan sungguh! Aku tidak arif tentang perempuan!

Doa Ketika Ditimpa Sesuatu yang Tidak Disukai

Posted Image
Allah sudah menakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.
***********************************************************************************************************
5

Zaman sekarang…

“Hidung awak dah okey belum?” tanya Noni 3A ketika menghidangkan sarapan pagi untuk kami berdua. Wajahnya masih takut-takut.

“Saya lebih rela dapat sakit macam ni daripada sakit hilang ingatan,” ujarku selamba.

Noni 3A mengerutkan keningnya. “Awak ada penyakit hilang ingatan? Hmm… sekarang ni awak kenal saya tak?"

Aku tertawa kelucuan. “Saya hilang ingatan selepas bangun tidur saja. Tak lama lepas tu okey semula.”

“Tak pernah saya dengar penyakit macam tu. Awak ni kes pertamalah ya?”

Aku mengangkat bahu. “Entahlah. Agaknya kot.”

“Awak tak pernah berubatkah?” Noni 3A mulai bertanya seperti seorang polis menyoal siasat penjenayah.

“Dah banyak kali saya berubat. Bermacam-macam rawatan saya buat. Tapi ALLAH SWT belum mengizinkan saya untuk sembuh. Mungkin ada hikmah di sebalik penyakit ni yang saya belum ketahui,” ujarku panjang lebar.

Noni 3A mengangguk. Aku tak tahu untuk apa dia mengangguk. Sama ada dia faham atau pun ingin menandakan bahawa perbualan tamat setakat itu saja.

Selepas menghabiskan sarapan yang disediakan, aku mengambil kunci kereta yang tersimpan di dalam mangkuk kaca khas di atas meja. Noni 3A tergesa-gesa dari dapur menuju ke pintu utama.

“Addin!” panggilnya.

Aku menoleh, “Ya, mengapa?”

Sambil membetulkan tudungnya, dia melangkah menuju kereta.

“Petang ni boleh tak awak balik awal sikit? Saya nak beli barang,” ujarnya.

“Eh, bukankah dua hari lepas kita dah berbelanja barang dapur? Tak kan dah habis?” aku kebingungan.

“Bukan nak beli barang dapurlah,” dia mencebik. “Saya nak beli sedikit barang.”

“Hmm… yalah kalau macam tu. Jumpa awak petang ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Petang itu, seperti yang dirancangkan, kami bertolak ke pusat membeli barang yang dimaksudkan Noni 3A. Dalam perjalan, dia menjadi penunjuk arah sementara aku memandu mengikut arahannya. Aku memberhentikan kereta di hadapan semua pusat farmasi – Farmasi Syifa’ Muslim.

“Awak nak ikut tak?” tanyanya ketika aku mematikan enjin.

“Hmm… takpelah. Saya tunggu dalam kereta saja.”

Sememangnya aku keletihan ketika itu. Mana tidaknya, balik saja dari pejabat terus keluar semula untuk memandu Noni 3A. Radio Ikim kupasang, mendengar celoteh juruhebahnya dalam bahasa arab. Tidak lama kemudian, aku terlelap sehinggalah tingkap keretaku diketuk.

“Maaflah buat awak lama menunggu,” ujar Noni 3A selepas masuk ke dalam kereta.

“Awak beli apa?” Mataku melirik pada bungkusan yang dibawanya.

Noni 3A tersenyum. Wah, menawan sekali senyumannya! Jantungku berdegup kencang seperti genderang mahu perang – seperti lirik lagi Ingin Bercinta.

“Semua ni saya belikan untuk merawat penyakit ‘hilang ingatan selepas bangun tidur’ awak tu,” ujarnya sambil mengangkat bungkusan itu.

“Mengapa awak susah-susah nak belikan untuk saya?”

Noni 3A mencebik. “Pasal saya tak nak awak anggap saya sebagai orang asing ketika saya kejutkan awak. Sedih tau kalau ‘suami’ tak kenal ‘isteri’ walau sesaat.” Ketika mengungkapkan ayat terakhir, aku dapat melihat pipi Noni 3A bertukar merah.

“Hmm…” sambil memulakan pemanduan, aku menyambung perbualan kami. “Berapa yang awak bayar tadi. Biar saya bayar semula dengan awak.”

“Eh, tak perlu! Lagipun duit yang saya gunakan tu ialah duit lebihan belanja barang dapur hari tu. Saya cuma tambah sikit saja,” Noni 3A menolak selembut mungkin tawaranku tadi.

“Terima kasih, Nurri.” Dan mulai saat itu aku mulai memanggilnya dengan nama sebenarnya – Nurri yakni ‘cahayaku’. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan isteri sepertinya. At least, she brights my life!
Hak atas Pasangan Suami Isteri
Sabda Rasulullah saw. di Haji Wada', "Ketahuilah, bahwa kalian mempunyai hak-hak atas wanita-wanita (isteri-isteri) kalian, dan sesungguhnya wanita-wanita (isteri-isteri) kalian mempunyai hak-hak atas kalian." (Diriwayatkan para pemilik Sunan dan At-Tirmidzi men-shahih-kan hadits ini).
************************************************************************************************************
6

Zaman persekolahan…

“SENYAP!”

Serentak, semua ahli 4A terdiam. Kebingitan yang melanda bilik studi tadi serta-merta padam ditiup kelantangan Abang Azlan – YDP (Yang di-Pertua) 4A.

Mata Abang Azlan meliar tajam merenung satu persatu anak buahnya. Matanya kemudian berhenti ke arahku. Aku mulai berasa tidak sedap perut. Matilah aku! Matilah aku! Hatiku bermonolog kerisauan.

“Kita kembali kepada topik perbincangan kita yang paling utama. Tinggalkan sebentar isu sampingan yang mencetus kontroversi baru-baru ni!” ujar Abang Azlan menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

“Isu kita sekarang ialah ‘Kemerosotan Aspura dalam Akademik’. Sekarang saya nak Hasif bacakan rekod pencapaian ujian bulanan dalam bulan ini,” sambung Abang Azlan lagi.

Hasif, selaku setiausaha 4A, bingkas berdiri.

“Assalamualaikum. Ini merupakan rekod ujian bulanan yang akan saya bacakan sebentar lagi. Saya akan bacakan tentang carta 10 Terbaik dan jantina pelajar tercorot dalam setiap tingkatan.

Tingkatan Satu, hanya empat orang aspura tersenarai sebagai Top 10 – namun keempat-empat mereka mendominasi carta satu hingga empat. Tahniah!”

Semua ahli bertepuk tangan, bangga.

“Namun, tiga orang dalam kalangan aspura juga menyandang gelaran sebagai tiga pelajar tercorot dalam ujian yang sama!” Hasif merenung wajah wakil Tingkatan Satu – Saufi.

“Kemudian, Tingkatan Dua pula hanya tiga orang yang tersenarai dalam Top 10. Dan itu pun bawah dari nombor empat!” tekan Hasif lantas membuat wajah Azlan semakin masam. “Apa yang menariknya dalam Tingkatan Dua ialah – tiada seorang pun aspura yang menjadi 20 puluh orang tercorot!”

“Hmm,” Hasif menggaru-garu dagu sambil melihat kertas laporannya. “Tingkatan Tiga – pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR! Mengapa hanya Afnan dan Haikal seorang saja yang tersenarai dalam Top 10? Nasib baik tempat pertama disandang oleh Afnan. Tetapi ini belum memuaskan kita. Jika bulan lepas sembilan orang menjadi Top 10, mengapa bulan ni merosot? Wakil tingkatan, sila ambil peranan! Jantina paling merosot saya tak nak sentuh kerana kita telah sedia maklum siapa yang selalu corot dalam tingkatan ini.”

Jantungku bedebar-debar ketika nama tingkatanku disebut.

“Tingkatan Empat.” Kesemua 15 ahli 4A serentak merenung ke arahku. Aku menelan air liur. “Tahniah, Top 10 semuanya dalam kalangan aspura. Malah, carta sebelas hingga 16 juga adalah aspura! Dan jantina yang corot ialah aspuri.”

Bilik studi Blok J yang menjadi markas perjumpaan 4A tiba-tiba riuh dengan sorakan dan ucapan kesyukuran. Ahli kumpulan yang duduk berdekatan dengan aku dan Fathi menepuk-nepuk bahu kami memandangkan kami berdua ialah wakil tingkatan empat.

“Seterusnya pelajar SPM – tingkatan saya dan YDP kita,” Hasif menunjuk ibu jarinya kepada Abang Azlan. “ Alhamdulillah, YDP kita yang tidak pernah lepas dari nombor satu masih mengekalkan mahkotanya. Seterusnya tiga orang lagi tersenarai dalam Top 10. Malangnya, pelajar corot ialah aspura.”

Beberapa orang ahli 4A berbisik-bisik sambil memandang sinis ke arah Hasif ketika dia mengungkapkan perkataan terakhir. Fathi menarikku agar dia dapat berbisik di telingaku.

“Pelajar corot Tingkatan Lima – Abang Hasif sendiri,” bisik Fathi perlahan yang mungkin.

“Sekian saja laporan dari saya. Kembali kepada YDP,” ujar Hasif lantas duduk di tempatnya. Aku perasan mukanya ketika itu merah – disebabkan malu.

Abang Azlan bangkit semula. “Terima kasih kepada Hasif. Jadi saya nak simpulkan bahawa tingkatan yang didominasi oleh aspura dalam bidang akademik, sila tingkatkan prestasi anda. Manakala tingkatan yang dicacati oleh kecorotan aspura, saya harap kita sedia membantu mereka dan sentiasa follow up perkembangan mereka.

Sekarang saya nak sentuh sekejap tentang isu yang tercetus baru-baru ini!” Abang Azlan berdiam seketika – seperti mengawal kocakan amarahnya. “Addin, sila berdiri.”

Aku berdiri perlahan-lahan – chuak dowh!

“Bacakan saya sepotong hadis yang kamu belajar minggu lepas.”

Aku terkedu! Apa motif Abang Azlan suruh aku membacakan hadis pula? Bukankah aku sepatutnya dimarah, diherdik?

Takutlah Godaan Dunia dan Godaan Wanita
Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: "Hendaklah kalian takut terhadapa (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita."


Selesai sahaja membacakan hadis tersebut, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan bersama-sama dengannya. Oh tuhan, apalah nasibku selepas ini!

************************************************************************************************************

7

Zaman sekarang…

“Ini tablet buah zaitun dan ini pula minyaknya,” ujar Nurri sambil menunjukkan bungkusan ubat dan sebotol minyak yang tertera logo farmasi.

“Khasiat buah zaitun ini ialah dapat mencegah penyakit pembuluh nadi, peningkatan tahap kolestrol, peningkatan tekanan darah, penyakit kencing manis, dan kegemukan. Malah ia juga dapat mencegah sebahagian daripada pelbagai jenis barah.

Hadis Kelebihan Buah Zaitun

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, Makanlah buah zaitun dan minyakkan rambut dengannya kerana buah zaitun itu keluar dari pohon yang berkat. [Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ini hadis hasan]


"Semoga darah di bahagian kotak memori awak dapat mengalir lancar dan minyak yang disapukan di atas kepala awak tu menyenangkan pemikiran awak,” jelas Nurri panjang lebar.

Kemudian dia mengeluarkan pula ubat-ubatan yang lain – saya rasa semuanya adalah ubat. “Ini pula ialah tablet habbatus sauda’, jus habbatus sauda’, dan minyak jintan hitam.”

“Apa beza habbatus sauda’ dengan jintan hitam?” aku mencelah penerangan Nurri.

“Kedua-duanya adalah sama. Yang membezakannya ialah habbatus sauda’ nama Arab, jintan hitan nama Melayu. Hehe…” Ketika itu, mahu saja kucubit pipi Nurri – sangat mencuitkan hati.

“Habbatus sauda’ ni pun ada kelebihannya. Berdasarkan kajian Pusat Penelitian Florida, habbatus sauda’ mampu meningkatkan dan menambah daya kekuatan dan daya tahan tubuh manusia bagi melindunginya daripada penyakit serta melawan kuman dan bahan kimia aktif,” Nurri berhenti seketika untuk merehatkan celotehnya.

“Kalau kita kaitkan dengan penyakit awak, khasiat habbatus sauda’ insyaALLAH boleh menguatkan daya ingatan awak.

Hadis Kelebihan Habbatus Sauda'

Ummul Mukminin Aisyah r.ha berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya habbatus sauda’ mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali al-sam.” Aisya bertanya, “Apakah itu al-sam?” Dijawab oleh Baginda, yang bermaksud: “Al-sam adalah kematian.” [Muttafaq ‘alaih]


Berdasarkan hadis ini, Nabi junjungan besar kita Muhammad SAW telah memberi petua untuk merawat penyakit. Jadi, kita amalkanlah petua ini.”

Aku menghulurkan air kosong kepadanya. Selepas mengucap terima kasih, dia meneguk air itu tiga kali – mengikut sunah. Aku perhatikan saja tindak-tanduknya. Aku sendiri tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini aku terpikat dengan setiap tindakan Nurri. Mungkinkah aku telah jatuh cinta?

Oh, mustahil! Aku tetap ingat apa yang dilakukannya terhadapku sewaktu di sekolah dulu. Aku masih ingat! Dan sukar untuk aku lupakan. Kerana itulah, aku dan dia masih menggunakan ‘saya-awak’. Kami berdua belum serasi. Malah, aku belum pernah sekalipun ‘menyentuhnya’ sejak dua bulan perkahwinan kami.

“Di mana awak tahu semua ni?” tanyaku.

“Dari majalah Solusi isu 17. Dalam tu terkandung fakta yang mengatakan bahawa penduduk Palestin merupakan penduduk paling sihat di dunia. Faktornya ialah mereka mengamalkan cara pemakanan nabi,” syarah Nurri bersungguh-sungguh.

“Malah mereka berterima kasih kepada Israel kerana tembok yang dibina di sekeliling mereka menyebabkan mereka tidak terkena tempias ubat-ubatan barat yang ingin disalurkan kepada mereka. Pasal itu jugalah mereka masih dapat bertahan dengan bahan kimia fosforus. Subhanallah, menakjubkan, kan?” sambungnya lagi.

Aku mengangguk setuju sambil membalas senyumannya. Kemudian, Nurri meminta izin untuk menyiapkan baju yang ingin kupakai esok untuk ke pejabat. Walau keruh bagaimanapun perhubungan kami, namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Buat entah ke berapa kalinya, aku bersyukur kepada ALLAH SWT. Dalam hatiku tidak putus-putus berdoa agar cinta keranaNYA mekar dalam diri kami berdua.

Setelah memastikan Nurri telah naik ke tingkat atas, aku mengambil gelas yang digunakannya tadi. Dalam gelas tersebut masih tersisa sedikit air. Aku mengangkat gelas itu di paras mata sambil memusing-musingnya. Dan akhirnya aku jumpa apa yang aku cari – bekas bibir Nurri pada gelas tersebut. Dengan lafaz basmalah, kuminum air itu pada bekas bibir Nurri.

Rasulullah SAW Seorang yang Romantik

Dari Aisyah r.ha berkata: “Suatu saat ketika saya haid, saya minum dengan gelas Rasulullah SAW. Kemudian baginda minum di tempat saya meletakkan mulut. Ketika saya haid dan tubuh saya berkeringat, saya memberikan gelas pada Rasulullah dan baginda minum di tempat mana saya minum.” [HR Muslim]

************************************************************************************************************

8

Zaman persekolahan...

Aku terhendap-hendap di hadapan bangunan akademik. Menanti kemunculan Noni 3A untuk meronda bangunan tersebut. Aku dah tahu jadual bertugasnya – Rabu selepas kelas dan Jumaat selepas prep petang.

Semenjak kejadian tempoh hari, dia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa ‘rakan setugas’. Manalah tahu dia senggugut lagi. Tetapi aku tahu, rakan setugasnya itu selalu memeriksa kelas yang berasingan.

Akhirnya, setelah lima belas minit pelajar-pelajar meninggalkan bangunan akademik selepas prep petang – Noni 3A kelihatan berjalan di koridor tingkat tiga. Dengan langkah yang tersangatlah senyapnya, aku menuju ke arahnya.

“Noni!” seruku dari belakangnya.

Noni 3A menoleh! Serta-merta dia menjerit – “Mak!!!”

Aku menjadi gelabah ketika itu. Jeritan Noni 3A – aku yakin – dapat didengari seantero kawasan sekolah.

“Shh! Shh!” Aku menyuruhnya diam namun dia berdegil. Malah tindakan seterusnya lebih dahsyat. Dia melempar buku catatannya ke arahku.

Zupp! Sempatku elak. Kemudian dia membaling pula pennya kepadaku. Zupp! Aku dapat elak lagi. Dan tiba-tiba…

PONG!!!

Kepalaku pitam. Pandanganku kala itu perlahan-lahan menjadi gelap. Oh, aku menghampiri pengsan! Namun, kugagahkan diri melangkah mendekati Noni 3A. Dan sekali lagi…

PONG!!!

Dua kali lagi…

PONG!!! PONG!!!

Aku pengsan.

Dua jam. Tiga jam. Entahlah, aku sendiri tidak tahu berapa lama aku terlantar di bilik sakit ini. Namun, apa yang aku tahu, aku telah terlepas latihan hoki. Langit di luar tingkap menunjukkan senja menghampiri Maghrib.

“Itulah. Lain kali jangan nak mengacau anak dara orang. Perbuatan tu tak elok. Berdosa!” ujar Cikgu Kamil, guru bahagian kesihatan.

“Mengapa saya di sini, cikgu?” tanyaku sambil menyentuh belakang kepalaku yang berdenyut-denyut. “Auchh!” aduhku ketika tersentuh benjolan sebesar bola golf di kepalaku.

“Fazilah, kawan Nurri, pukul kepala kamu dengan replika Menara Kuala Lumpur. Replika tu diambil dari kelas yang satu lagi – sebelah kelas kamu nak kacau Nurri!” jawab Cikgu Kamil selamba sambil menanda buku-buku pelajarnya.

“Saya apa?” tanyaku terkejut. “Saya nak kacau Nurri? Siapa yang pandai-pandai mereka cerita ni, cikgu?”

“Aik, kedua-dua pengawas tu sendiri yang cakap yang kamu nak mengusik Nurri ketika dia berseorangan! Nasib baik Fazilah terdengar jeritannya petang tadi,” jawab Cikgu Kamil.

Aku menepuk dahiku. “Mereka salah fahamlah, cikgu! Saya bukannya nak mengusik dia!”

“Habis, mengapa kamu tiba-tiba muncul di belakang dia secara senyap-senyap? Bukankah perbuatan itu sangat mencurigakan? Seolah-olah kamu ingin me…”

“Tidak, cikgu! Tidak!” aku memprotes. “Saya tiada niat nak buat perkara tu. Saya cuma nak mohon maaf daripada Nurri atas kejadian hari tu!”

Cikgu Kamil menutup buku yang sedang diperiksanya tadi. Dia merenung ke dalam anak mataku – mencari kebenaran kata-kataku tadi. Aku tidak mengedipkan mataku. Cuba meyakinkan bahawa aku benar.

“Hmm… saya tak boleh nak buat apa-apa untuk kamu. Saya cuma boleh merawat benjol di kepala kamu tu. Teruk dia pukul – boleh menyebabkan amnesia!” lelucon Cikgu Kamil seraya ketawa mendengar lawaknya sendiri. Perut buncitnya turut berombak-ombak seiring dengan tawanya yang pelik.

Menyedari bahawa aku tidak ketawa, mukanya kembali serius. “Malam ni Cikgu Rosli nak berjumpa dengan kamu di Bilik Disiplin. Kamu beritahulah dia perkara sebenar, okey? Sekarang kamu boleh balik ke asrama.”

Usai mengucap terima kasih, aku meninggalkan bilik tersebut. Kepalaku masih pening-pening namun itu tidak menghalangku daripada memasang sebuah ikrar.

Ya, aku berikrar! Aku tidak akan menuntut kemaafan daripada Noni 3A! Maafkan aku, Abang Azlan. Arahan abang tidak dapat kuturuti! Malam ini, aku akan berdepan dengan musuhku di hadapan beberapa orang guru. Doa, jangan pernah lupa!

Doa Ketika Berhadapan Dengan Musuh

Posted Image
Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.



************************************************************************************************************

9

Zaman sekarang…

Hari ini aku sendirian di dalam kereta. Selalunya Nurri turut berada di dalam kereta ini kerana aku perlu menghantarnya ke UIAM. Namun hari ini dia tiada kelas untuk dihadiri. Menarik bukan, aku telah bekerja sedangkan isteriku masih bergelar mahasiswi walaupun hakikatnya usia kami sama – 24 tahun. Tahun ini merupakan tahun ketiga Nurri di universiti antarabangsa tersebut.

Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi rezeki kepadaku untuk masuk ke alam pekerjaan lebih awal berbanding rakan-rakan yang sebaya denganku. Sebaik sahaja tamat SPM, aku terus mengambil A-Level di Australia Matriculation (AUSMAT) dalam bidang perakaunan.

Selepas itu aku menyambung pengajian di University of Melbourne, universiti kedua terbaik di negara kanggaru tersebut. Memandangkan aku ditaja oleh Sime Darby Property sejak dari matrikulasi sehingga tamat pengajian di universiti, aku terikat dengan kontrak pekerjaan dalam syarikat agam tersebut. Aku hanya berehat dua bulan sahaja selepas graduasi. Pada bulan seterusnya, aku mulai bekerja – ketika itu aku berumur 22 tahun.

Pendapatanku, alhamdulillah, sangat lumayan sehingga teman-temanku mengusik bahawa aku boleh berkahwin lebih jika aku mahu. Namun, aku punya prinsip. Aku lebih senang untuk mengahwini seorang wanita sahaja sebagai permaisuri hidupku seperti sekarang. Anehnya, bibit-bibit percintaan antara aku dan Nurri lambat berkembang! Segalanya hanya kuserahkan kepada ALLAH SWT.

Pagi-pagi begini, terkandas dalam kesesakan trafik telah menjadi rutin harian bagi setiap pekerja. Hanya radio yang menjadi peneman kebanyakan pemandu. Sudah tentu radio pilihanku ialah Ikim.FM. Radio islami ini sangat berguna untukku yang sedang berusaha mengislahkan diri menjadi lebih beragama.

Jika sebelum ini, aku selalu membuka siaran Era.FM yang memutarkan banyak lagu terkini. Malah, celoteh Pak Nil dan Din Beramboi dalam Riuh Pagi Era menggamatkan lagi suasana dalam konti mereka. Namun, Nurri tidak suka. Nurri langsung tidak ketawa mendengar lelucon mereka berdua.

“Banyak ketawa akan menyebabkan hati kita mati,” tegurnya ketika aku tertawa mendengar lawak Din Beramboi yang ketika itu memainkan watak sebagai tukang jahit kasut.

Hadis Banyak Ketawa Hati Mati

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” [Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi]


“Hati mati disebabkan oleh manusia lalai mengingati ALLAH SWT. Awak mesti pernah dengar hadis ini, kan? Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati. Malah ALLAH SWT juga telah berfirman dalam al-Quran iaitu;

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.” [Surah at-Taubah, 9:82]

Saya bukan menolak untuk berhibur. Namun, berhibur itu ada batasannya. Kita tidak boleh berhibur sehingga boleh menyakitkan hati orang lain. Malah, hiburan yang menipu wajar kita tinggalkan. Saya nak mengajak awak untuk berhibur dengan cara yang boleh mendekatkan kita dengan ALLAH. Oleh itu...” Nurri menekan punat radio kereta. Alunan nasyid kemudiannya berkumandang dalam kereta.

Subhanallah! Serta-merta aku berasa tenang dan dalam masa yang sama turut berasa terhibur. Setiap bait kata juruhebah Ikim.FM sangat berhikmah. Semuanya dipetik dari kitab suci al-Quran. Semenjak itu, selera hiburanku berubah kepada hiburan yang lebih islami. Syukur kepadaMU ya ALLAH! Terima kasih juga wahai isteriku, Nurri! Dakwahmu memang menarik.

Ingat Allah Hati Akan Tenang


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (emngingati ALLAH). Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Surah Ar-Ra'd, 13:28]


Setelah beberapa lama terperangkap dalam lautan kereta, akhirnya semua kenderaan dapat berjalan dengan lancar. Aku meneruskan perjalanan ke pejabat. Alhamdulillah, aku selamat sampai di sana tanpa terlewat sedikitpun.

Baru sahaja aku melabuhkan punggung di tempatku, telefon bimbitku bergetar. Segera kuseluk poket seluarku dan mengeluarkan alat komunikasi bersaiz kecil itu.

“Assalamualaikum,” salamku sebaik menekan punat hijau.

“Waalaikumussalam,” jawab Nurri – suaranya kedengaran cemas. “Addin, awak di mana sekarang?”

“Saya baru saja sampai di pejabat. Mengapa?”

“Saya ada masalah! Eh, bukan! Kita ada masalah!” dia memperbetul struktur ayatnya.

“Maksud awak?”

“Awak mesti tak percaya kalau saya beritahu awak,” ujar Nurri membuat aku seperti bermain teka-teki. “Ada orang buang anak depan rumah kita!”

Aku terdiam. Cuba untuk memproses ungkapannya sebentar tadi masuk ke dalam kepalaku. Pertama, ada orang buang anak – itu perbuatan salah. Kedua, pembuangan itu bertempat di depan rumahku – itu satu musibah. Hasilnya, perbuatan salah telah menjadi musibah kepada aku dan Nurri!

“Betulkah ni?” tanyaku setelah menangkap maklumat yang disampaikan Nurri.

“Betul. Sekarang bayi tu ada dalam rumah! Di luar sekarang hujan renyai-renyai. Saya takut bayi ni sakit!” jelas Nurri seperti hampir menangis. “Awak, saya tak tahu nak buat apa sekarang ni. Awak baliklah!” rayunya terdesak.

“Baiklah, saya balik sekarang! Awak jangan buat apa-apa sehingga saya sampai, okey?” arahku dengan perasaan cemas.

Setelah mengisi borang keluar awal, aku terus meninggalkan pejabat. Dalam fikiranku mulai berserabut. Huh! Siapa pula yang hilang akal membuang anak di depan rumah aku ni? Dah tiada sikap keperimanusiaankah manusia sekarang ni? Anak dibuang macam sampah sahaja! Nurri, tunggu abang sampai!
**********************************************************************************************************
10

Zaman persekolahan…

“Abang Azlan tolonglah faham. Berita tu tak benar!” aku cuba menyakinkan Abang Azlan. Berita tentang aku cuba ‘mengganggu’ kehormatan Noni 3A tersebar dengan pantas di sekolah.

Di mana saja aku berjalan, pasti mata-mata meluat turut bersama dalam perjalananku. Sindiran-sindiran daripada kebanyakan pelajar juga tidak putus-putus menghentamku. Ketika itu, aku berasa sangat lemah. Mahu saja kusumpah pelajar-pelajar yang menyindirku itu. Tetapi itu satu tindakan yang bodoh. Malah boleh memburukkan lagi keadaan yang telah sedia rosak ini.

“Abang tahu, kamu cuba melaksanakan nasihat abang dalam mesyuarat tempoh hari. Tapi, cara kamu tu salah. Bukankah lebih molek kamu membawa teman untuk berjumpa dengannya?” tegur Abang Azlan penuh berhikmah.

Istighfar

Posted Image
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.


Aku beristighfar panjang. Mahu saja aku menangis di hadapan Abang Azlan ketika itu kerana kukira dia sebagai abang kandungku sendiri. Ukhuwah kami teramat erat. Namun, egoku sebagai lelaki masih utuh. Tidak mungkin kutumpahkan mutiara jantanku semata-mata kerana tuduhan wanita.

“Apa yang Cikgu Rosli cakap dengan kamu dalam Bilik Disiplin semalam?” tanya Abang Azlan.

“Dia cakap dia tidak akan kenakan hukuman berat kepada saya kerana dia percaya bahawa saya tidak bermaksud untuk menggangu Noni,” jawabku sedikit lega. “Tapi saya tetap mendapat demerit pasal saya berada di bangunan akademik sewaktu pelajar dilarang berada di sana.”

“Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu.” Abang Azlan menepuk bahuku tanda syabas. “Tapi macam mana dengan pemilihan hoki?”

Aku mengeluh kasar. “Saya terlepas untuk pemilihan. Nampaknya tiadalah peluang saya untuk mendapat markah sepuluh peratus dalam kokurikulum.”

Kebimbanganku jelas terpamer di wajah. Sistem kemasukan IPT sekarang memerlukan sepuluh peratus daripada aktiviti kokurikulum manakala selebihnya ialah pencapaian dalam akademik. Penolong Kanan sekolah pernah menjelaskan dalam perhimpunan bahawa walau cemerlang bagaimanapun seseorang pelajar itu, jika tiada peratus dalam kokurikulum maka tiada IPT yang layak untuknya. Itulah yang merisaukan aku sekarang.

“Persoalan tentang markah kokurikulum tu tak perlu kamu risaukan. Abang akan cuba membantu kamu,” Abang Azlan tersenyum mesra.

Mataku lantas membundar – kembali bersemangat!

“Bagaimana?”

“Kamu dah lupakah yang abang ni bekas pembahas terbaik dalam HKSBP tahun lepas?” tanya Abang Azlan, cuba memancingku untuk berfikir lebih kritis.

“Ya, saya tahu. Tapi, apa kaitannya dengan saya?”

“Markah sepuluh peratus yang kamu kejar itu tersimpan dalam arena perbahasan,” jawab Abang Azlan ringkas.

“Maksud abang… saya perlu masuk perbahasan untuk merebut peluang peratus kokurikulumkah?” tanyaku dengan nada terkejut.

Pertanyaanku dibalas dengan anggukan.

“Masalahnya saya tak pandai berbahas,” luahku.

Abang Azlan tertawa. “Abang boleh tolong kamu berlatih. Lagipun, pemilihan untuk wakil perbahasan bermula minggu hadapan. Kalau berlatih sekarang, insyaALLAH kamu boleh mewakili sekolah.”

“Sungguh, bang! Saya runsing sekarang ni. Saya risau kalau yang dikejar tak dapat, akademik yang digendong berciciran,” aku mengeluh lagi. Entahlah, sejak akhir-akhir ini aku banyak mengeluh seolah-olah aku tidak tabah menempuh ujian ALLAH SWT.

“Addin, dalam 4A ni kita bukan saja berkumpul untuk memboikot golongan aspuri yang ‘kita tak boleh terima perangainya’. Malah, dalam kumpulan ini juga kita berkumpul untuk saling membantu,” nasihat Abang Azlan. “Di sini abang ada satu doa yang baik untuk kita amalkan jika dalam keadaan runsing.”

Posted Image

“Oh, ayat ni dah lama saya hafal! Tapi tak tahu pula ia dibacakan ketika runsing.”

“Ayat ni bukan saja untuk orang yang runsing. Banyak lagi kegunaannya seperti jika kita tidak terdaya melakukan sesuatu pekerjaan dan sebagainya,” jelas Abang Azlan. “Hmm… tak lama lagi waktu rehat tamat. Sebelum masuk ke kelas, abang nak tambah kata-kata abang tentang ‘sikap anti kita’. Ingat, kita hanya anti kepada aspuri yang ‘berperangai tidak molek’. Yang baik-baik kita tak anti, cuma kita tak boleh dekati kerana masanya belum sesuai untuk bercinta.”

Selepas menghabiskan minuman, kami berdua meninggalkan kantin sekolah yang mulai lengang. Menurut Abang Azlan, aku akan dilatih berbahas mula pada petang ini ketika riadah. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yang mengurniakan senior seperti Abang Azlan kepadaku.


************************************************************************************************************
11

Zaman sekarang…

Sebaik mematikan enjin kereta, aku segera bergerak masuk ke dalam rumah. Nurri bingkas berdiri sejurus selepas aku memberi salam kesejahteraan. Wajahnya mempamerkan sedikit kelegaan walaupun masih tercalit perasaan risau yang bercampur baur.

“Mana bayi tu?” tanyaku sebaik mendapatkan Nurri.

Nurri menunjuk sebuah bakul bayi yang diletakkan di atas sofa panjang. Aku merapati bakul tersebut perlahan-lahan. Perasaanku berdebar-debar ketika cuba melihat kandungan bakul tersebut.

Mataku sedikit membundar sebaik sahaja sesusuk tubuh kerdil yang dibaluti pakaian bayi sedang lena di dalam bakul tersebut. Subhanallah! Hatiku serta-merta tertarik dengan kemulusan bayi yang sedang lena itu. Aku menoleh memandang Nurri yang turut terpukau melihat bayi tersebut.

“Boleh awak ceritakan kepada saya tentang kejadian ni?” soalku sambil melabuhkan punggung di sebelah bakul tersebut.

Nurri turut duduk di sofa yang sama – bakul tersebut menjadi penengah kami berdua. Matanya masih tertancap pada wajah bayi comel itu seolah-olah dia sedang memerhatikan sebuah keindahan yang sangat diimpikannya.

“Selepas awak keluar untuk ke pejabat, loceng di pagar rumah kita ditekan banyak kali – seperti orang terburu-buru. Ketika itu saya sedang mengemas rumah. Sebelum membuka pintu, saya meninjau dari tingkap untuk melihat gerangan yang menekan loceng tu. Saya dapati seorang wanita berdiri di luar pagar. Sebaik dia menyedari saya mengintai dari tingkap, segera dia meninggalkan rumah kita. Dan…”

Nurri menahan nafasnya. Mata kami bertentangan seketika namun cepat-cepat Nurri melarikan pandangannya ke arah bayi itu semula.

“Apabila saya keluar, saya dapati bakul ini ditinggalkan betul-betul di tempat wanita itu berdiri sebelum dia pergi. Saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Jadi, saya melihat bakul tersebut dan mendapati seorang bayi di dalamnya. Selepas tu, saya terus telefon awak,” Nurri mengakhiri ceritanya.

“Saya rasa kita patut telefon polis,” cadangku sebaik mendengar cerita Nurri.

“Tapi, saya terjumpa sepucuk surat diselitkan di sebalik selimut bayi ni,” Nurri mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat kecil-kecil dari bakul tersebut. Dia menghulurkan kertas itu kepadaku. “Surat dari ibu bayi ni.”

Aku membuka lipatan kertas itu dan mulai membacanya. Surat tersebut ditulis dengan menggunakan dakwat pen biru pada kedua-dua muka surat – depan dan belakang.

Kepada pasangan suami isteri yang budiman.

Aku lantas mengarah bebola mataku ke arah Nurri. Mesti dia berasa malu apabila kami berdua diklasifikasikan sebagai pasangan suami isteri yang budiman walaupun hakikatnya kami selalu berbeza pendapat. Kemudian, aku menyambung bacaanku.


Saya merupakan ibu kepada bayi lelaki ini. Namanya Mun Xi Zian. Dia adalah anak saya dan teman lelaki saya. Saya menyembunyikan perihal kandungan bayi ini sehinggalah teman lelaki saya menyedari bahawa perut saya telah berisi.

Dia menggesa saya menggugurkan kandungan ini namun saya membantah. Ketika itu usia kandungan saya telah mencapai lapan bulan. Risau akan keselamatan saya dan kandungan, saya menyembunyikan diri di rumah kawan.

Saya menyangkakan saya selamat tinggal di rumah tersebut. Malangnya, kawan saya memberitahu teman lelaki saya tentang persembunyian saya selepas dua bulan melahirkan bayi ini. Teman lelaki saya datang ke rumah tersebut dan cuba merampas bayi tersebut.

Nasib baik ketika itu saya tiada di rumah. Saya segera melarikan diri apabila terlihat kereta teman lelaki saya berada di rumah tersebut. Saya bermalam di depan restoran pada hari kejadian.


Aku membalikkan kertas tersebut - membaca tulisan pada muka surat seterusnya.

Setelah dua hari mencari perlindungan, saya terlihat pasangan awak berdua di sebuah pasaraya. Ketika itu saya yakin - awak berdua merupakan pasangan yang baik dan memahami. Saya mengekori kereta kamu dengan teksi.

Di sini, saya sangat-sangat memerlukan bantuan awak berdua untuk menjaga bayi saya selama dua minggu. Tolong! Saya merayu agar jangan menghantar bayi saya ke balai polis. Saya pasti akan mengambil bayi saya semula.

Saya perlu menyelesaikan masalah saya dengan teman lelaki terlebih dahulu. Jika lebih daripada tempoh tersebut saya belum datang, saya relakan bayi saya dihantar kepada pihak berkuasa.

Minta maaf yang teramat kerana menyusahkan awak berdua. Mohon pertolongan buat sementara waktu.

Yang sangat berharap,
Ibu Mun.


Aku melipat kertas itu kembali. “Apa pendapat awak? Wajarkah kita menjaga bayi ini atau menghantarnya kepada polis?”

Nurri tidak segera menjawab. Dia kelihatan asyik bermain dengan pipi bayi itu. Setelah beberapa ketika, dia kembali memberi perhatian kepada saya.

“Saya rasa, kita patut menolong ibu Mun untuk menjaganya selama dua minggu – sama seperti cadangan dalam kertas tu,” jawab Nurri yakin.

“Apa akan jadi kalau ibu Mun tak mengambilnya seperti dalam tempoh yang ditetapkan?” tanyaku ingin kepastian. Aku tidak mahu mengambil langkah terburu-buru. Banyak perkara yang perlu dipertimbangakan dalam masalah ini.

“Macam yang ibu Mun katakan, lebih sahaja dua minggu – kita dibenarkan untuk menghantarnya kepada polis,” jawab Nurri ringkas.

“Awak tak risaukah kalau ayah Mun datang ke rumah kita? Boleh tergugat keselamatan kita sekeluarga. Saya tak rasa ayah Mun ini seorang yang baik. Boleh jadi ayahnya seorang ahli kongsi gelap. Pengedar dadah. Atau penjenayah!” aku meluahkan kegusaran yang bermain di fikiranku.

“Addin, kita banyakkan doa kepada ALLAH SWT untuk memohon perlindungan. Saya yakin, ALLAH SWT akan mempermudahkan urusan kita. Semoga urusan ini dicatatkan sebagai amalan soleh buat kita berdua,” Nurri telah tekad untuk menjaga Mun.

Tiba-tiba, sebuah doa yang diajarkan oleh Abang Azlan sewaktu di sekolah dulu berlegar di kepalaku. Sebuah doa untuk mengelak gangguan daripada orang kafir dan zalim. Lantas aku membacakannya dalam hati.

Doa untuk Mengelak Gangguan daripada Orang Kafir dan Zalim


Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang kafir. Dan ampunilah kami. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya Engkau (Allah), Engkau adalah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). [Surah Al-Mumtahanah, 60:5]



Sebagai ketua keluarga, aku yang berkuasa untuk memberi kata putus. Sama seperti dalam institusi keluarga Baginda Rasulullah SAW. Musyuwarah tetap dijalankan bersama isteri-isteri baginda untuk mendapat pendapat mereka. Kerana itulah aku membawa Nurri berbincang dengan sebaiknya.

Akhirnya aku bersuara setelah berselawat sebanyak tiga kali. Semoga dengan selawat tersebut, jawapan yang bakal keluar dari mulutku dirahmati dan diredhai ALLAH SWT.

“Kita akan menjaga Mun Zi Xian dengan syarat…”


************************************************************************************************************
12

Zaman persekolahan…

Berdebar-debar aku melangkah masuk ke dalam kelas Tutorial 2. Pemilihan pembahas diadakan di dalam kelas tersebut – kelas yang biasanya digunakan untuk pelajar PMR atau SPM menjawab ujian percubaan mereka. Nasib baik kelas itu berpenghawa dingin. Jadi, tidaklah aku berpeluh sangat disebabkan oleh peluh gementar.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kelas Tutorial 2, semua mata serentak memandangku. Ada yang merenung dengan pandangan menyampah dan ada juga yang sekadar melihat sekali imbas sebelum kembali membaca teks perbahasan. Aku mengambil tempat duduk yang paling belakang.

Setelah kuhitung berulang kali, ada dua belas orang semuanya di dalam kelas itu. Paling malang, lelaki hanya empat orang termasuk aku. Di hadapan kelas, tiga buah meja disusun dalam satu baris – untuk guru yang menilai – dan sebuah meja lagi di letak di bahagian tengah. Semestinya meja itu untuk peserta uji bakat.

Sementara menunggu guru-guru yang menjadi penilai, aku cuba mengingat tips-tips yang diajarkan oleh Abang Azlan sepanjang dua minggu ini. Setakat ini, aku cuba mempunyai masalah struktur bahasa kata Abang Azlan. Keyakinan dalam pengucapan berada di tahap yang bagus. Huh, macam hendak tergelak aku mendengarnya! Tetapi, Abang Azlan seorang yang pakar dalam arena perbahasan. Oleh itu, kujadikan nasihat dan kritikannya sebagai aset pemangkin semangatku.

Tidak berapa lama kemudian, dua orang guru masuk ke dalam kelas dibuntuti oleh seorang pelajar perempuan… Pelajar perempuan… Pengawas. Oh, pengawas itu! Tidak mungkin! Dia mengambil tempat di meja yang disediakan. Apa yang dia buat di meja penilai? Jangan-jangan dia salah seorang penilai dalam pemilihan ini!

Aku melurutkan tubuhku sehingga posisiku dalam keadaan separa baring – cuba berselindung di sebalik pelajar lelaki yang berada di hadapanku. Setelah bercakap-cakap seketika dengan dua orang guru tersebut, pengawas itu berdiri dan memulakan ucapannya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kita mulakan perjumpaan kita dengan umul kitab al-Fatihah,” ucapnya penuh keyakinan sambil merenung semua peserta uji bakat. Ketika matanya bertembung dengan mataku, dia sedikit tersentak. Namun segera dilarikannya pandangan kepada pelajar seterusnya sambil melirik senyuman yang kelihatan risau. Hehe… risau pasal ada akukah?

“Pertama sekali ingin saya berikan alu-aluan terhormat kepada Cikgu Masrah dan Cikgu Redzuan selaku guru-guru penasihat dalam perbahasan. Seterusnya selamat datang kepada semua peserta uji bakat pemilihan pembahas,” ujar pengawas itu seperti seorang yang sangat pakar dalam berucap.

“Seperti mana yang kita telah sedia maklum, tahun ini Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) akan dilangsungkan di SM Sains Kubang Pasu – SBP terbongsu setakat ini. Memandangkan pembahas-pembahas sekolah kita kebanyakannya telah meninggalkan sekolah dan ada juga yang sibuk dengan persiapan SPM, sekali lagi pemilihan pembahas sekolah diadakan.

Jika mengikut senarai yang saya terima – ada sebelas orang yang mendaftarkan diri untuk uji bakat. Namun, satu nama bertambah pada pagi tadi. Oleh itu, kita mempunyai dua belas orang peserta kesemuanya. Semoga para peserta telah bersedia untuk menyampaikan gaya perbahasan masing-masing.

Untuk pengetahuan, empat orang pembahas akan mewakili sekolah kita. Namun, dalam pemilihan pada hari ini – tiga orang pelajar sahaja yang akan dipilih memandangkan pembahas utama telah dipilih iaitu saya sendiri, Nur Fazilah bte Harun Hanifa.”

Beberapa orang pelajar bertepuk tangan sementara dua orang pelajar perempuan berbisik-bisik seperti tidak puas hati. Aku mulai berpeluh walaupun suhu dalam kelas tersebut rendah. Alamak, pengawas yang memengsankan aku itu pembahas sekolah rupanya! Apa yang harus aku lakukan? Tarik diri atau teruskan?

“Semoga ilmu yang saya curahkan dapat kamu manfaatkan dengan sebaiknya,” harapan Abang Azlan berngiang-ngiang di telingaku.

Aku berfikir-fikir seketika. Kalau aku tarik diri, aku tidak akan menjadi rakan perbahasan dengan Fazilah. Itu sudah cukup bagus – dalam konteks menjauhi musuhku. Namun, impaknya ialah Abang Azlan. Abang Azlan pasti akan kecewa dengan tindakan penarikan diri tersebut. Hmm… Baiklah! Aku telah mendapat kata putus. Aku akan teruskan uji bakat ini.

Satu persatu nama peserta dipanggil. Melihat gaya penyampaian mereka, aku boleh meneka empat orang yang pertama tidak akan terpilih memandangkan ekspresi wajah mereka menunjukkan bahawa mereka gugup. Lantas, sebutan mereka tersangkut-sangkut dan bahasa badan mereka kelihatan cacat.

Akan tetapi aku dapat melihat aura pembahas dalam diri peserta kelima. Seorang pelajar lelaki yang setingkatan denganku, Lukman Afizi. Aku kurang rapat dengannya memandangkan dia berada di kelas pertama sedangkan aku dan kebanyakan pelajar baru ditempatkan di kelas ketiga. Ketika Fazilah mencelah untuk memberi soalan membunuh, Lukman Afizi dengan mudah dapat mematahkan hujah rapuhnya.

Aku tanpa sengaja bertepuk tangan dengan kuat ketika hujah Fazilah diranapkan dengan senang. Serentak – dan sekali lagi – semua mata tertumpu ke arahku. Aku kembali melurutkan posisi tubuhku menjadi separa duduk dan separa baring. Fazilah kelihatan sangat malu dengan tepukanku itu. Haha… padan muka!

Kemudian, lima orang peserta seterusnya mempersembahan penyampaian mereka. Setiap penyampaian akan mendapat soalan membunuh oleh ketiga-tiga penilai. Peserta yang tidak dapat berfikir secara spontan akan tergagap-gagap ketika membidas soalan yang diajukan.

Bidasan yang paling tidak dapat kuterima ialah ketika Cikgu Redzuan mempersoalankan hujah peserta kesebelas tentang masalah pelajar luar negara yang kehilangan moral disebabkan pengaruh budaya. Peserta itu – dengan muka yang yakin dan penuh bersemangat – dengan lantangnya memberikan hujah-hujahnya dan akhirnya menyebut, “Saya lebih sukakan buah sukun daripada epal! Noktah!”

Kesemua yang berada di dalam kelas itu terkejut dengan mata terbeliak – cuba mencari kaitan antara buah sukun, epal, dan masalah moral? Serta-merta kelas Tutorial 2 digamati dengan gelak-ketawa. Peserta kesebelas tersebut tersenyum bangga sebelum kembali ke tempat duduknya. “Aku yakin aku akan terpilih!” bisiknya kepada pelajar di sebelahnya.

Akhirnya, namaku dipanggil untuk mempersembahkan penyampaianku. Aku sempat melihat Fazilah mencebik ketika aku berdiri di hadapan kelas. Naik turun pernafasanku dikawal dengan tenang. Dengan lafaz taawuz dan basmalah dalam hati, aku memulakan bicara.

“Sembilan – sembilan – sembilan. Bukan nombor mainan,” Cikgu Masrah dan Cikgu Redzuan serta-merta menunjukkan muka berminat termasuk peserta yang lain sebaik mendengar ayat pertamaku. Aku menjadi bersemangat melihat reaksi mereka lantas aku menyambung ucapanku.

“Ditambah satu, menjadi seribu. Dikuasakan dua, menjadi sejuta! Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis. Panel hakim yang adil, arif, lagi bijaksana. Penjaga masa yang selalu tidak senang dengan peserta. Seterusnya hadirin hadirat, warga dewan sekalian. Mukadimah bicara, awalul kalimah – assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam perbahasan!”

Sangat mengujakan – aku menerima tepukan gemuruh daripada semua warga kelas tersebut. Malah, ramai lagi pelajar yang mengintai-ngintai dari tingkap kelas yang tidak tertutup sepenuhnya oleh langsir turut memberikan tepukan. Aku menjadi semakin bersemangat lalu menyambung penyampaianku.


************************************************************************************************************
13

Zaman sekarang…

Munzier. Itulah nama yang aku berikan kepada Mun Zi Xian sebagai syarat untuk menjaganya. Bukan aku bersikat perkauman. Namun, aku lebih suka bayi yang suci ini mendapat nama yang indah. Sudah semestinya nama-nama yang indah itu diambil dari agama Islam.

‘Yang Memberi Amaran’, itulah maksud nama Munzier. Semoga nama ini dapat memberi kepositifan kepada aku dan Nurri. Dengan melihat Munzier, boleh saja kami teringat amaran-amaran ALLAH SWT jika kami mengabaikan tanggungjawab sebagai makhluknya. Malah, semoga Munzier dapat menjadi pemberi amaran kepada musuh Islam tatkala dewasa kelak. Mudah-mudahan ibu Munzier mendapat hidayah untuk memeluk Islam.

“Dia dah tidurkah?” tanyaku kepada Nurri yang sedang membuai buaian Munzier.

“Shh!” Nurri mengisyaratkan aku agar memperlahankan suara.

Cepat-cepat aku menutup mulut. Takut juga kalau Munzier terjaga semula. Alamatnya terpaksalah aku menari dan bergelek untuk membuatnya kembali memejam mata. Semalam hampir terbelit tulang-belulangku membuat tarian aneh (seperti yang Nurri katakan). Huh, buat malu aku saja! Munzier ni pun satu hal, cerewet sangat nak tidur.

Tetapi, Nurri pun agak melucukan juga pada hari pertama menjaga Munzier. Dia terpaksa membuat mimik muka pelik sambil mengeluarkan suara-suara yang melucukan di hadapan bayi lelaki tersebut. Hampir pecah perutku melihatnya ketika itu yang tidak ubah seperti wanita Barbarian. Hahaha!

Hampir pukul dua pagi, barulah aku dan Nurri dapat berehat. Tiga jam selepas dapat melelapkan mata – pukul lima pagi – aku terjaga! Bukan terjaga kerana jam loceng yang kupasang. Namun, disebabkan oleh tangan halus yang sedang memelukku. Kutoleh di sebelahku. Nurri sedang lena tidur!

Sungguh memeranjatkan! Aku tidak lagi mengalami ‘hilang ingatan selepas bangun’ seperti selalunya. Kali ini aku dapat mengenal Nurri sebagai isteriku. Alhamdulillah, penyakitku beransur pulih. Walau bagaimanapun, tangan Nurri yang memelukku membuat aku mulai berpeluh. Bermacam-macam fikiran bermain di kepalaku.

Wajarkah aku menuntut hakku kepadanya? Boleh jadi dia menolak kerana dia tidak menyukaiku. Hal ini boleh menyebabkan dia dilaknat malaikat jika menafikan hakku. Oh, aku tidak sanggup isteriku dilaknat oleh makhluk suci itu! Aku sanggup menahan diriku daripada menyentuhnya. Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dan surutkanlah kemahuanku!

Memandangkan aku tidak dapat ‘menyentuhnya’ dalam konteks implisit, aku mengambil keputusan untuk menatap wajahnya sahaja. Lagipun, menatap wajah Nurri adalah halal untukku. Berbeza jika aku menatap wajahnya ketika belum berkahwin, hukumnya haram.

Dari kening Nurri kualihkan pandangan ke arah hidungnya yang tidaklah terlalu mancung, namun indah bentuknya. Kemudian mataku turun di bawah lagi, bibirnya. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan ALLAH SWT. Dalam hati, kumembacakan ayat ini.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. [Surah at-Tin, 95:4]


Aku menelan liurku. Sebelum bisikan naluriku menghayutkan akalku lebih jauh, segera aku melarikan pandanganku – memandang siling. Buaian Munzier yang diletakkan di sebelah Nurri bergerak-gerak. Aku bingkas dari katil dan memeriksa buaian itu. Munzier masih tidur, sama macam Nurri. Aku kemudiannya mengejutkan Nurri untuk mengerjakan solat tahajud berjemaah.

Aku tersenyum sendiri apabila mengimbas semula hari pertama Munzier bersama kami. Tanpa kusedari, Nurri rupa-rupanya sedang memerhati ekspresi mukaku.

“Awak tersengih-sengih sendirian ni kenapa?” tanya Nurri sinis.

“Sedang fikirkan awak,” jawabku spontan.

“Hah?!”

“Err… maksud saya, sedang fikirkan Munzier!” aku segara membetulkan ayatku.

Nurri menggeleng kepalanya. Entah apalah agaknya yang Nurri monologkan dalam hatinya. Mungkin dia fikir aku dah mula miang. Hmm… miang-miang pun, dengan isteri aku juga. Bukan dengan orang lain. Hehe… fikiran nakalku berbicara.

“Tadi mak telefon. Mak cakap dia nak datang lawat kita minggu depan,” beritahu Nurri sambil memeriksa satu persatu baju baru yang kami berdua belikan untuk Munzier.

“Mak awakkah atau mak saya?”

“Ish, awak ni! Mak sayalah. Takkan mak awak pula!” tukas Nurri.

“Alah, mak awak pun mak saya juga. Sayakan dah jadi suami kesayangan awak. Hahaha…” usikku kepada Nurri sambil mengenyit mata ke arahnya. Wah, nampaknya aku makin berani menggodanya! Perubahan yang baik!

“Oh, please!” Nurri membuat muka meluat. “Nak termuntah saya mendengarnya!”

“Kalau macam tu saya akan selalu cakap yang saya ni suami kesayangan awak ketika mak datang nanti,” aku tidak mengalah dari mengusiknya.

“Mengapa pula?”

“Supaya awak muntah-muntah mendengarnya. Kemudian, mak akan fikir yang awak mengandung! Hahaha!” gelakku tanda kemenangan.

“Tidak! Tidak! Tidak!” Nurri kelihatan geram dan dalam masa yang sama nampak riak terhibur dalam dirinya. Biasalah perempuan, suka jual mahal. Padahal dia suka diusik. Hehehe… Tiba-tiba…

“Uwekkk!” Munzier telah terjaga dari tidurnya.

Aku dan Nurri saling berpandangan. Oh, tidak!

“Awak buat tarian aneh sekarang! Semua ni salah awak gelak kuat-kuat!”

“Tak nak! Semua ni salah awak yang cakap ‘tidak’ banyak kali tadi. Suara awak nyaring tahu tak. Pasal tu Munzier terjaga,” balasku untuk mengelak dari membuat tarian aneh sekali lagi. “Sekarang buat muka pelik dan suara lucu awak macam semalam!”

“Tak nak! Awaklah buat!” bantah Nurri.

“Saya pun tak nak!” bantahku pula.

“Uwekkk!” tangis Munzier semakin kuat. Serta-merta kami berdua terus memainkan peranan kami serentak – aku menjadi penari aneh manakala Nurri menjadi wanita Barbarian!


**********************************************************************************************************
14


Zaman persekolahan…

“Boleh tak awak berdua berhenti bertekak?” tegur Lukman Afizi. Nampaknya dia sudah tidak dapat menahan diri daripada mendengar aku dan Nurri bertikam lidah.

Aku pun pelik. Mengapa aku dianti sangat-sangat oleh kumpulan 3A? Jahat sangatkah aku ni? Huh, memang tak adil betul! Fazilah terus duduk membungkam di tempatnya.

“Maaf ya Akak Zila dan Abang Addin. Saya bukannya nak kurang ajar atau sebagainya. Cuma saya berharap kita semua dapat memberi perhatian dengan tugasan kita ni,” tegur Didiana – pembahas termuda yang terpilih. Dia merupakan pelajar tingkatan dua. Orangnya kecil sahaja namun apabila berbahas, aku pun turut terpegun.

“Hah, betul cakap Didi tu! Kita berempat ni sepatutnya bersatu sebagai satu pasukan. Tolonglah ketepikan dahulu persengketaan kamu berdua ni dulu, ya. Pening tahu tak dengar ‘perbahasan tanpa lesen’ kamu berdua,” sampuk Lukman Afizi dengan gayanya yang agak lembut.

“Baiklah, saya minta maaf kepada semua. Mari kita teruskan dengan usul yang akan diperbahaskan nanti,” ujarku sambil mengemas kertas-kertas maklumat yang berselerak di atas meja.

Setelah habis berlatih dan berbincang, kami meninggalkan bilik Simulasi yang menjadi markas perjumpaan kami. Aku berjalan seiringan dengan Lukman Afizi sambil menyambung topik perbincangan kami sebentar tadi.

Tiba di persimpangan blok, aku dan Lukman Afizi mengambil haluan sendiri untuk ke dorm masing-masing. Sewaktu masuk ke dalam dorm, Fathi terus mendapatkanku.

“Kau jalan dengan siapa tadi?” tanya Fathi dengan wajah yang serius.

“Dengan Lukman Afizi,” jawabku ringkas. “Mengapa?”

Fathi menggaru-garu kepalanya. Hmm… apahal pula budak ni? Muka serius ketika bertanya dengan aku tadi. Masuk giliran aku bertanya, dia garu kepala pula.

“Cakaplah dengan aku! Mengapa kalau aku jalan bersama dengan Lukman Afizi?” ulangku lagi sambil menanggalkan baju untuk bersiap ke bilik air. Doa menanggalkan pakaian tidak kulupa untuk dibacakan.

Doa Ketika Membuka Pakaian
Posted Image


Sambil berjalan menuju ke bilik air, Fathi masih mencari kekuatan untuk memberitahu aku sesuatu tentang Lukman Afizi. Aku pula balik-balik menggesanya agar berterus terang. Huh, lambat sungguh!

“Come on lah! Apa yang kau nak sembunyikan dari pengetahuan aku ni?” soalku separuh merayu.

“You know what?” Fathi akhirnya bersuara.

“I don’t know!” pintasku segera.

“That’s why I want to tell you, mengong!”

“Hahaha… go ahead! No pauses, okey! I hate waiting,” amaranku awal-awal kepada Fathi. Memang betul, aku tidak suka ternanti-nanti kalau menunggu ayat perbualan dengan seseorang.

“Okey, I’ll tell you. Straight to the point – Lukman Afizi is gay!”



Masa seolah terhenti seketika.





Processing data from Fathi.





“Hey, tak baik kau tuduh dia macam tu! Dia tu sekadar lembut saja. Dia bukannya gay!” aku masih belum mahu menerima maklumat yang disampaikan oleh sahabat baikku.

“Up to you nak percayakah tidak,” ujar Fathi sambil mengambil pencuci mukanya. Aku sendiri pun pelik melihat Fathi ni. Mukanya tiada jerawat. Bersih dan kacak sepanjang masa. Tetapi masih juga nak pakai pencuci muka.

“Mana kau dengar yang dia tu err…” aku tak sanggup untuk mengulang perkataan itu. “… yang dia tu begitu?”

Dengan wajah yang diselaputi buih pencuci muka, Fathi menyambung gosipnya, “Tahun lepas, dia kantoi ‘qiamulail’ dan merayap ke katil pelajar lain. Lepas dapat nasihat kaunseling, dia dah okey. Cuma ramai yang masih belum yakin dengan dia.”

“Ya tuhan! Susah aku nak percaya,” ujarku sambil berwaspada daripada menyebut kalimah ALLAH secara kuat di dalam bilik air. Oleh itu aku mengambil inisiatif dengan menukarkannya dengan perkataan tuhan.

Pintu bilik mandi terbuka. Seorang pelajar tingkatan lima keluar. Oh, Hazwan rupanya! Dia merupakan pengawas perpustakaan dan merangkap jiranku di sebelah dorm.

“Aku nak menyampuk juga,” celah Hazwan sambil tersengih-sengih. “Kau tahu tak dah ramai terkena dengan aktiviti Lukman Afizi. Semuanya terkena time tidur.”

Aku mengangguk-angguk dengan perasaan yang terkejut. Malah aku juga berasa risau kerana aku bakal sebilik dengannya ketika di SM Sains Kubang Pasu nanti. Gulp!

“Hahaha… salah seorang mangsa Lukman ialah Hazwan sendiri!” Andi, rakan sedorm Hazwan menyampuk.

“Tak payahlah kau cerita pasal tu!” tukas Hazwan sambil cuba menarik tuala Andi.

“Ops! Sebarang aktiviti yang boleh mengundang dosa adalah dilarang sama sekali,” tegur Abang Zharif yang kebetulan baru selesai mandi. Dia merupakan Pengerusi Surau. Semua orang menghormatinya sama seperti Abang Azlan. Telah menjadi budaya di asrama, pelajar senior yang disegani akan dipanggil abang pada pangkal nama mereka.

“Apa-apa pun Addin, kita perlu menerima dia semula. Kalau dia cakap bahawa dia dah insaf, kita perlu mendekatinya dan membimbing dia ke arah kebaikan. Bukan memulaukan dia. Nanti dia kembali kepada tabiat lama,” nasihat Abang Zharif.

Aku dan yang lain berdiam seketika sambil memikirkan teguran Abang Zharif sebentar tadi. Memandangkan aku tidak mahu terlewat untuk ke surau, aku meminta izin untuk bersiap membersihkan diri.

Sewaktu di surau, aku mencari-cari kelibat Abang Zharif. Akhirnya aku terlihat dia di penjuru kanan surau bahagian depan sedang membaca al-Quran. Perlahan-lahan aku mendekatinya.

“Saqallahul ‘adzim,” Abang Zharif menghabiskan bacaannya sebelum mengucup kitab suci tersebut tiga kali. “Addin, ada apa-apa yang abang boleh tolong?” tanyanya seperti mengetahui tujuan kedatanganku.

“Saya nak tanya abang pasal Lukma Afizi. Tentang nasihat abang agar kita mendekatinya untuk membimbing dia kembali ke jalan sebenar,” aku memberi pembayang kepada Abang Zharif untuk soalanku yang seterusnya. “Soalan saya, bagaimana kita (terutamanya saya) nak membimbing dia kalau saya sendiri kurang arif dalam agama?”

“Sebagai langkah pertama – buat baiklah dengan dia. Kasihi dia kerana ALLAH SWT. Kamu mahu dengar sebuah kisah tentang lelaki menyintai lelaki pada zaman Rasulullah SAW?” tanya Abang Zharif.

“Hah! Biar betul, bang?” terkejut aku mendengar ungkapan Abang Zharif itu.

Abang Zharif mengangguk lalu memulakan ceritanya…

Dikisahkan ada seorang hamba Allah. Dia seorang lelaki dan datang bertemu Rasulullah SAW. Katanya pada baginda, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai dia (seorang lelaki).”

Lantas Rasulullah berkata, "Pergi padanya, dan katakan padanya yang kau mencintainya kerana Allah."

Pemuda tersebut pergi dan memberitahu si lelaki yang disukainya. "Wahai saudaraku, aku mencintaimu. Aku mencintaimu kerana Allah."

Seterusnya, lelaki berkenaan menjawab, "Terima kasih wahai saudaraku. Semoga Allah menyayangimu kerana mencintaiku."

“Hatta Nabi dan para sahabat, semuanya saling menyintai kerana ALLAH SWT. Mengapa kita, umat akhir zaman, tidak begitu?” Abang Zharif mengakhiri perbualan kami.

Aku tertunduk. Terharu mendengar kisah percintaan sesama muslim di zaman Rasulullah dahulu. Menyesalnya diri ini kerana selalu su’u dzon dengan saudaraku sendiri. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku.

Doa Supaya Diampunkan Dosa


(Iaitu) orang yang mendoakan: Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami telah beriman. Ampunilah dosa-dosa kami dan selamatkan kami daripada azab neraka. [Surah Ali Imran, 3:16]

*******************************************************************************
15

Zaman sekarang…

Aku menjawab panggilan telefon sementara Nurri sibuk melayan ‘anak’ kami berdua. Ah, kadang-kadang kami berdua berebut untuk mendukung Si Comel Munzier itu. Siapalah yang tak dapat menahan perasaan melihat bayi kecil tersebut dipakaikan dengan baju ala-ala korean baby. Ini semua idea Nurri yang ingin menggayakan Munzier kesayangan kami sebegitu rupa.

“Assalamualaikum,” ucapku sebaik gagang ditekap di telinga.

“Waalaikumussalam,” jawab pemanggil tersebut dengan suara yang teruja. “Boleh saya cakap dengan Addin?”

“Ya, saya bercakap,” kataku.

“Subhanallah! Syeikh, anta tak cam suara anakah?” tanya pemanggil itu.

Aku cuba mengingat suara tersebut. Seolah-olah biasa kedengaran. Tapi, siapa ya?

“Syeikh, takkan kawan lama pun dah lupa syeikh,” ujar pemanggil itu diselangi dengan tawa mesra.

Kemudian aku teringat satu nama. Seseorang yang sangat akrab denganku sewaktu di sekolah menengah dulu. Memandangkan dia berangkat ke India, kami hanya dapat berhubung melalui emel dan YM sahaja.

“Allahu akhbar! Fathi Fadhullah bin Asnawi!” aku turut teruja apabila dapat mengenal empunya suara yang menelefonku sekarang. “Kau apa khabar? Sihat?”

“Alhamdulillah. Ana sihat. Syeikh macam mana pula?” tanya Fathi.

Fathi berasa senang memanggilku ‘syeikh’ semenjak dia aktif dalam dakwah dan tarbiyah di kolejnya dahulu – sewaktu mengambil A-Level. Malah dia akan menggunakan kata ganti diri ‘ana-anta’ denganku. Aku seorang saja yang masih keras lidah untuk membiasakan dengan istilah-istilah tersebut.

“Alhamdulillah. ALLAH SWT memberikan sahabatmu ini kesihatan yang lumayan,” kataku.

Kedengaran Fathi tertawa di hujung panggilan. “Kesihatan pun boleh lumayan, ya syeikh?” ujarnya sambil menyambung tawa yang bersisa.

“Apa sahaja nikmat yang ALLAH SWT pinjamkan kepada kita, semuanya lumayan,” jawabku persis seorang ustaz. Hehe… aku bukannya alim sangat nak berbicara tentang agama. Sekadar berkongsi apa yang ada sahaja.

Hadis Sampaikan Ilmu

Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Sampaikanlah walau satu ayat�. [Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667]


“Betul tu, syeikh,” ujar Fathi membenarkan kata-kataku. “Begini syeikh. Ana telefon ni pasal ana nak jemput syeikh datang ke rumah orang tua ana. Ana baru balik dari India. Ada doa selamat dan kenduri kesyukuran. Hari Rabu depan.”

“Bila kau sampai Malaysia?” tanyaku terburu-buru.

“Dah seminggu lebih dah, syeikh. Ana nak beritahu anta. Tapi nombor lama anta tu tak dapat dihubungi. Bila tanya dengan kawan-kawan yang lain, barulah dapat nombor terbaru syeikh,” jelas Fathi.

Aku menepuk dahiku, “Maaf sangat-sangat. Lupa nak beritahu kau yang nombor lama tu dah lama expired sejak aku balik dari Australia dulu. Minta maaf, Fathi,” pohonku dengan rasa bersalah.

“Tak ada apa-apalah, syeikh. Perkara kecil saja tu,” ujar Fathi yang bijak dalam menenangkan kesulitan. Itulah kepakarannya dalam persahabatan kami.

“Boleh aku tahu mengapa ada dua majlis yang dibuat serentak – maksud aku mengapa ada doa selamat dan kenduri kesyukuran ya?” tanyaku seperti soalan bodoh.

“Doa selamat tu dibuat sempena ana yang selamat pulang dari India – alhamdulillah ana tak terkena H1N1 gelombang kedua. Dua orang penumpang pesawat yang sama dengan ana meninggal dunia pasal virus tu,” jelas Fathi yang membuat aku berasa kecut perut.

Sungguh, cerita sahaja pasal mati serta-merta aku akan berasa takut. Namun, takut dengan mati saja tidak cukup kerana perlunya ada persiapan seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya;

Hadis Tentang Kematian dan Kebijaksanaan

Ibnu Umar berkata: "Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar mengucapkan salam lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, manakah antara kaum mukminin yang paling utama?"

Baginda menjawab: "Yang paling baik akhlaknya antara mereka."

Dia bertanya lagi: "Manakah di antara kaum mukminin yang paling bijak?"

Baginda menjawab: "Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itulah orang yang bijak."
[Hadis riwayat Imam Ibnu Majah]



Fathi kemudian menyambung ceritanya. “Kenduri kesyukuran ni pula sempena mensyukuri tunang ana yang baru selesai mendapat Diploma.”

“Alhamdulillah. Bertuah kau, Fathi,” pujiku secara ikhlas. “Bila kamu berdua nak kahwin?”

“Ana akan beritahu dalam kenduri nanti. Nak beritahu sekarang – panjang pula cerita kita. Bil telefon ana pun makin panjang juga nanti. Hehe… gurau saja, syeikh!” ujar Fathi dengan mesra. Aduhai, rindunya nak menggunakan 'aku-kau' dengan dia! Macam tu rasanya lebih mesra buatku. Tapi, tidak mengapalah. Aku hormati setiap perubahan sahabat baikku ini.

“Haha… pastikan aku tak terlepas satu pun cerita dari kau,” pesanku kepada Fathi.

“Jangan lupa bawa Noni sekali,” ujar Fathi.

“Nurri,” perbetulku kepada Fathi.

“Astaghfirullah. Maaf, syeikh! Dah terbiasa. Ya, Nurri – bawalah dia sekali.”

“Memang wajib bawa pun. Dia nak atau tak nak – aku heret saja dia bersama. Haha…” tawaku yang kuat lantas menarik perhatian Nurri yang sibuk melayan Munzier. Dia memberi sedas jelingan kepadaku.

Gulp! Dia marahkah?

Lekas-lekas aku menyambung perbualan. “Nanti kami jumpa kau di sana. Apa-apa pun, tahniah ya buat kau sekeluarga dan tunangan.”

“Jazakallah, syeikh!” ucap Fathi. “Mohon doanya. Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam,” jawabku sebelum menamatkan panggilan. Aku menghadap ke arah Nurri. “Fathi telefon. Dia jemput ke rumah orang tuanya untuk beberapa kenduri.”

“Bila?” tanya Nurri ringkas.

“Rabu minggu depan.”

“Mak saya kan datang waktu tu?”

“Tak mengapalah. Ajak mak sekali. Lagipun inikan hak muslim terhadap muslim yang lain?” aku cuba mengingatkan Nurri.

Hak Muslim Terhadap Muslim Yang Lain

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.

[Hadis Riwayat Muslim]


Nurri mengangguk akur. “Hmm… awak tolong tengok Munzier sekejap. Saya nak buat susu untuk dia.”

Nurri melangkah menuju ke dapur selepas aku mengambil alih menjaga Munzier. Aku mengacah-acah Munzier di atas tilam kecilnya. Bayi itu menendang-nendang kakinya gembira. Wah, comelnya!

Aku yang mulai tidak dapat menahan diriku melihat Munzier lantas mencium pipinya sepuas-puasnya. Tiba saja hidungku mencium dahinya – Munzier menangis.

“Eh, mengapa ni sayang? Sakit mana? Sakit mana? Beritahu abah,” ujarku seolah-olah Munzier boleh menjawab pertanyaanku.

Tangis Munzier menjadi-jadi. Aku mulai panik. Nurri pula tidak keluar-keluar dari dapur. Aku memeriksa setiap inci tubuh Munzier. Belakang seluarnya kupegang. Terasa lampinnya lembut dari luar seluar. Lantas kutanggalkan seluarnya – lampin Drypersnya kelihatan. Setelah mendirikan Munzier di atas ribaku, aku menarik sedikit lampin tersebut.

Bluuek! Nak termuntah aku apabila bau buangan Munzier menyengat hidungku. Munzier masih menangis. Sudah pasti dia tidak selesa dengan lekitan najisnya sendiri. Aduh, akukah yang perlu menukarkan lampinnya? Nurri, dimanakah engkau? Aku sangat memerlukan kau sekarang ni! Monologku dalam hati. Haish, macam manalah agaknya kalau aku betul-betul menjadi bapa budak nanti?


**********************************************************************************************************
bersambung......

ehem ehem ..like je ?

Comments
2 Comments

2 taip taip: